Assalamualaikum,
Hari ini (18 Feb. 2010 bersamaan 4 Rabiulawal 1431Hijriah) sesiapa yg membaca banyak akhbar, termasuk Utusan Malaysia, akan terbaca tajuk-tajuk seumpama: 'Tiga wanita sudah jalani hukuman sebat syariah 9 Februari lalu' (di muka depan UM). Bagi seseorang yg tidak jahil tentang Islam dia pasti tahu bahawa hukuman yg djalankan itu tiada dalam Islam. Maka dengan itu bukanlah hukum syariah yg haq. Hukuman itu, walaupun dijalankan oleh Mahkamah Syari', tetap hukuman manusia bukanlah hukuman Islam.
Hukuman Islam terhadap orang yg berzina itu jelas dan tidak mengelirukan, iaitu:
1. Jika pasangan terlibat sudah berumah tangga, maka hukumannya adalah direjam kedua-dua sampai mati; dan itulah penebusan taubat bagi mereka; dan
2. Jika kedua-duanya adalah orang bujang (i.e. belum berumah tangga) maka hukumannya adalah disebat 100 kali setiap seorang.
Mengikut lapuran penuh UM di ms 3 tu, mereka yg disebat telah didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) dan dihukum oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan KL bulan Disember 2009/Januari 2010. Katanya pegawai mewakili jabatan atau organisasi yg 'faham tentang Islam dan syariatnya' hadir sama e.g. JAWI, JAKIM.
Yg perlu penulis jelaskan dalam blog ini adalah hukuman tersebut bukanlah hukuman yg selari dengan ketetapan Islam dan syariatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itu adalah suatu pendustaan jika hukuman yg disebutkan itu adalah hukuman syariat Islam! Amat dicurigai dua perkara mungkin berlaku:
1. Kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia yg bukan Islam bahawa pertamanya hukuman Islam melibatkan kesalahan zina (i.e. persetubuhan bebas) itu ringan atau, kedua, hukuman Islam boleh diubahpinda oleh kepimpinan Islam, sebagaimana juga kepimpinan ugama-ugama lain boleh boleh mengurangkan dosa pengikut mereka atau membersihkan dosa-dosa mereka; dan
2. 'Signal' yg buruk kepada muda mudi atau remaja Islam bahawa hukuman dalam Islam tentang zina dan persetubuhan haram (i.e. di luar pernikahan itu) ringan dan tidak memberatkanpun. Kemungkinan ada yg berpandangan kalaupun tertangkap dan terbukti bersalah mengikut undang-undang tersebut, hukumannya, walaupun disebat, tidak berat. Malah mungkin ada yg berkata dalam hati kecil mereka, keseronokan dari persetubuhan yg berlaku antara mereka lebih dari kesakitan kerana disebat! Berbaloi kalau meneruskan perbuatan demikian.
Ditakuti juga, kerana begitu ringannya hukuman kerana persetubuhan bebas tanpa pengesahan ugama itu, akan lebih ramailah kita temui bayi baru lahir oleh anak-anak muda dan mudamudi yg bergaul bebas, melakukan seks bebas dengan pasangan bebas dan, malah, bertukar-tukar pasangan pula, akan bertambah serius lagi. Tidak hairanlah bila Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith menyebutkan bahawa satu daripada tanda-tanda dekatnya kiamat adalah apabila berlaku perzinaan (i.e. persetubuhan) di kalangan umat Islam secara terang-terangan, i.e. di hadapan khalayak ramai! Kini sudah ada. Kerana terdapat laman web yg menunjukkan klip video adegan seks bebas antara remaja yg didiskan dan disampaikan serta dijadikan bahan dagangan pula melalui laman web internet dan melalui mms.
Yg amat jelas, dan amat ditakuti adalah hukuman yg dikenakan tidak mungkin menghapuskan perbuatan seks bebas di kalangan orang Islam di Malaysia. Orang Islam berada (i.e. berwang) akan melakukan seks bebas dalam klub yg eksklusif yg tidak boleh dimasuki oleh non-members atau di kondo-kondo dan apartment mewah mereka yg hanya boleh dimasuki dengan 'access cards' atau di hotel-hotel mewah di luar negara. Muda-mudi yg tak berwang akan terus mengadakan seks bebas di dalam ladang sawit, dalam belukar atau di rumah-rumah terbiar atau kawasan projek perumah yg belum siap atau dibelakang batu batan di tepi laut, misalnya!
Memandangkan ada orang yg sewajarnya faham tentang ketetapan Islam - orang yg menderafkan undang-undang tersebut dulu dan orang-orang yg menyaksikan hukuman yg dijalankan pada 9 Feb. itu, juga wajib faham bahawa mereka bersekongkol mendustakan hukuman dalam Islam! Wajarlah mereka bertaubat. Wajarlah mereka waspada dengan ancaman Allah (a.w) tentang hukumannya kerana mendustakan hukuman Allah (a.w) dan kesalahan meminda hukuman dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kalaulah apa yg berlaku adalah percubaan menterjemahkan ketetapan Allah (a.w) dalam konteks dunia. Antara ancaman-ancaman Allah (a.w) tentang meminda ketetapan Allah (a.w) itu adalah balasan neraka, wal iya zubillah. Maka, lebih baik disebutkan bahawa undang-undang yg dimaktubkan dan kaedah hukuman yg dikenakan bukanlah atas dasar syariah Islam (khususnya ketetapan dalam Surah an-Nur) atau bukannya ketetapan Islam tetapi ketetapan manusia, tetapi atas dasar 'moral grounds' dalam masyarakat Islam moden!
Penulis berpendapat kalaulah hendak dimaktubkan hukum Allah (a.w) buatlah sebaik mungkin, bukan memperoleok-olokkannya. Kita mungkin terlepas di dunia, tapi di akhirat kelak 'ulil amri' bertanggung jawab. Maka dengan itulah wajib orang yg mengakui diri mereka 'ulil amri' itu benar-benar faham tentang Islam dan syariatnya! Tanggungjawab itu amat berat sekali ... Dan, balasan akhiratnya jauh lebih berat pula ... kerana 'ulil amri' yg tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tidak mencium bau syurga, wal iya zubillah.
Jazakallahu khairah.
Assalam'kom,
ReplyDeleteSaya selalu mempersoalkan kepada sesiapa sahaja yang mengatakan Malaysia ini sebuah negara Islam. Betul ke? PAS yang sentiasa melaungkan perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam masih tidak dapat memberi gambaran jelas bentuk negara Islam yang hendak di tubuhkan itu. Islam di Malaysia ini sebenarnya telah di nodai dengan nafsu semata-mata untuk kepentingan politik, biz ( kekayaan )dan kuasa.
Negara Islam akan hanya tertubuh jika pada keseluruhan pendatbirannya mestilah bersandarkan kepada sumber ilmu yang haq ( benar ) yang terdapat dalam Quran & Hadith.
Assalam'kom,
ReplyDeleteSebelum Malaysia ini bolih dikatakan sebuah negara Islam, penduduk Islam Malaysia mesti terlebih dahalu memahami Ilmu Quran & hadith. Mereka mesti memahami sebenarnya apa yang dimaksudkan,
1. " Ta'at kepada Allah, ta'at kepada Rasul & ta'at kepada Ahlul Amri" Siapa sebenarnya Ahlul Amri itu?
2. " Berpandukan kepada Quran, Hadith secara berjemaah" Apa yang dimaksudkan dengan "berjemaah" itu?
Kalau nak berceritakan tentang perkara ini memang panjang. Sebaik2nya "Islam"kanlah orang2 Malayu terlebih dahulu sebelum kita benar2 bolih maju ke arah penubuhan sebuah negara Islam. Bagaimana caranya? Tak lain tak bukan, mestilah mengaji terus menerus hingga sampai ajalnya masing2 - Quran Hadith secara manqul, asnad & mutasir, insya'allah.