Thursday, February 4, 2010

Belajarlah ilmu, jangan suka berdebat!

Assalamualaikum,
hari ini begitu ramai orang yg mengaku mereka benar-benar beilmu tentang Islam dan syariatnya. Dalam golongan ini adalah para ulama' yg suka menonjolkan diri dalam forum atau majlis ilmu atau diskusi tentang fahaman kemazhaban yg mereka benci atau anggap sebagai songsang. Kebanyakan mereka dalam golongan ini adalah mereka yg berada di menara gading ilmu dalam negara, mengajar manusia - Islam ataupun tidak - tentang Islam dengan bersenjatakan PhDnya dalam bidang-bidang ugama yag didapati dalam institusi di luar ataupun dalam negeri. Mereka kelihatan amat bijak apabila mereka menceritakan tentang keterroan ulama' dan ilmuwan sianu atau sipolan dan sipolan. Mereka ada koleksi kitab-kitab atau makalah ataupun cebisan tulisan mereka-mereka itu, yg suatu masa dulu diajarkan kepadanya atau disampaikan kepadanya. Mereka itu rajin mentela'ah tulisan para ulama' dan ilmuwan lain termasuklah ulama' yg mereka sebutkan sebagai pengasas, penyokong dan pengembang sesuatu fahaman, terutama fahaman yg mereka sendiri ikuti dan kagumi!
Apakah mereka itu wajar digelar 'ulama' dalam Islam?
Mungkin kita boleh tanya mereka, apakah mereka faqih dalam ilmu al-Quran - dari awal Surah al-Fatihah sehingga ke akhir ayat Surah an-Nas? Apakah mereka faqih tentang as-Sunnah? Sekurang-kurangnya mereka sudah khattam kuttubul Sittah, atau sekurang-kurangnya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim? Kalau mereka khattam 4 kitab yg lain, yg menjadikan 'Kitab yg Enam' i.e. Kuttubul Sittah itu asas ilmu dan panduan ilmu serta kefahaman mereka tentang Islam, maka mungkin kita boleh akui mereka itu oleh yg 'alim' atau 'berilmu'. Memiliki ijazah Sarjana Mudake, Sarjanake atau PhD ke dalam perkara mengenai ugama atau Islam bukanlah orang yg layak diangkat atau dinobatkan sbagai orang yg berilmu! 'Ulama' dalam Islam adalah mereka yg faqih (i.e. sekurang-kurangnya faham) tentang mesej al-Quran dan mereka juga lebih faqih dalam ilmu as-Sunnah, kerana segala sesuatui manifestasi pengabdian umat Islam itu dari yg sebesa-besarnya, seperti solat, dan sekecil-kecilnya, seperti adab, berhubung sesama manusia, disebutkan dalam as-Sunnah. Dan, 'ulama' sudah pasti akur dengan perintah Allah (a.w) mengagungkan Rasulallah (s.a.w) dan menginginkan dirinya dapat mengikuti sebanyak yg boleh contoh Rasulallah (s.a.w), kerana Allah (a.w) perintahkan orang Islam itu, terutama ulama' dan ilmuwan Islam itu. jadikan Rasulallah (s.a.w) contoh ikutan dalam Islam dan dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w)! Rasulallah (s.a.w) bukan sahaja 'uswatun hasanah' yg wajib dijadikan mercu model orang Islam, tetapi segala sesuatu dalam as-Sunnah adalah SOP atau speks tentang bentuk-bentuk, cara dan kaedah serta perincian segala bentuk ibadah dan amalan serta prilaku orang Islam yg sempurna.
Justeru itu, kita yg Islam, terutama mereka yg inginkan mendapat balasan atau ganjaran syurga di akhirat dan selamat dari siksaan neraka hendaklah faham apa dia ilmu yg haq dalam Islam!
Maka dengan itu, kita wajib mencari dan mempelajari dan kemudian, setelah mendapat ilmu, mengajarkan pula orang lain. Hari ini rata-rata begitu ramai orang Islam, termasuk ulama' dan ilmuwan yg masih jahil tentang Islam, tanpa mereka sedari. Atau, mereka tidak jahil, i.e. mereka tau, tetapi mereka mendahulukan pendapat dan ajakan para ulama' yg mengketepikan al-Quran atau as-Sunnah, namun dengan rasa selesa mengakui mereka kekal Islam, malah mereka adalah ilmuwan zaman maya ini! Wal iyazubillah.
Justeru itu, bagi memberikan sedikit penjelasan tentang konsep ilmu ini, penulis akan muatkan dalam blok ini sepanjang minggu ini kwsedaran tentang 'ilmu' dalam Islam. Kemudian, pembaca boleh telek diri sendiri atau telek orang lain, apakah mereka benar-benar berilmu dalam konteks Islam? Oleh itu berwaspadalah mengikut ajakan atau pendapat atau caka-cakap orang-orang yg mengakui dirinya berilmu atau menonjolkan dirinya berilmu, kerana takut kita disesatkan tanpa kita sedari dan mereka juga sememangnya sudah lama tidak sedari yg mereka sudah sesat!
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment