Thursday, February 18, 2010

Solat: Waktu haram bersolat

Assalamualaikum,
Saudara dalam Islam kita dibolehkan bersolat di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini, kecuali di tempat-tempat yg pasti ada najis. malah kita dibolehkan bersolat dalam kandang lembu, unta dan kambing selagi tidak ada najis-najis tahi haiwan tersebut atau diberisihkan tempat solat dari najis-najs berikut. Yg tidak dibolehkan adalah bersolat di dalam kawasan kandang kaldai. Itu syariat Islam.
Kita dibolehkan dalam Islam bersolat solat-solat fardu yg lima dalam waktunya, i.e. waktu yg ditetapkan bagi setiap solat tersebut. Kita dibolehkan mengerjakan solat sunat pada bila-bila masa sehari semalam, kecualilah beberapa solat sunat yg dikhususkan waktunya, seperti solt-solat sunat rawatib (solat mengiringi waktu solat fardu). Maka dengan itu Bilal b Rabbah (r.a), maula (bekas hamba Nabi (s.a.w)), bersolat dua rakaat setiap kali beliau berwudu'. Kerana amalan tersebut, Rasulallah (s.a.w) mersa hairan mendengarkan bunyi selipar atau tapak kaki beliau dalam syurga (i.e. berjalan dalam syurga), walhal Bilal masih hidup!
Walaupun kita dibolehkan bersolat, khususnya solat sunat, tanpa dibatasi masa kecualilah tiga waktu yg kita diharamkan oleh Islam bersolat. Waktu-waktu haram solat itu adalah:
1. Ketika matahari mula trbit disebelah Timur (sunrise);
2. Ketika matahari tegak di atas kepala (atau ubun kepala) kita (noon); dan
3. Ketika matahari terbenam ketika hendak malam (i.e. senja) (sunset).
[Insya Allah, penulis akan muatkan nas dan dalil hadith tentang ini kemudian nanti]
Itulah tiga waktu yg kita dilarang bersolat. maka dengan itu, sesiapa yang terlewat bangun pagi sebelum terbit matahari, tak sempat Solat Subuh, hendaklah tunggu 15-20 minit selepas waktu terbit matahari, barulah kerjakan Solat Subuh yg terlewat itu. begitu juga dengan Solat 'Asar. Jika terlewat kerana sebb-sebab yg tidak dapat dielakkan, dan matahari hampir terbenam di ufuk Barat (i.e. sudah senja dan malam akan tiba), maka janganlah kerjakan Solat 'Asar. Hendaklah kita tunggu dulu 15-20 minit setelah masuk atau terbenam matahari, barulah kita solatkan Solat 'Asar yg tertinggal itu.
Sahkan solat kita dalam keadaan kita kerjakan di luar waktunya?
Kita telahpun teliti dalam post yg lalu bahawa jika kerana terlupa atau tertidur, kita tertinggal waktu untuk mengerjakan Solat Subuh atau Solat 'Asar, kita dibolehkan bersolat Solat Subuh walaupun matahari sudah tinggi atau mengerjakan Solat 'Asar walaupun matahari sudah terbenam atau malam sudah tiba. Itulah ketetapan Islam mengikut ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Wajib kita ingat bahawa tiada kelonggaran' qada' atau mengqada'kan solat fardu dalam Isam dan syariatnya. Kita diajarkan oleh ulama' dan para ilmuwan Islam tentang mengqada'kan solat-solat fardu yg tertinggal itu kononnya atas sandaran ijtihad kemazhaban! Didalam amalan dan ibadah khusus dalam Islam, tiada siapa yg boleh membuat ijtihad, walaupun 'ulil amri' apakala ketetapan mengenai sesuatu itu wujud dalam al-Quran ataupun as-Sunnah. Oleh itu janganlah saudara membuang masa mengqada'kan solat-solat byg terttinggal zaman muda saudara! Di dalam islam solat fardu wajib ketika kita sampai baligh (i.e. cukup umur). Perempuan cukup umur apabila dia mengalami pendarahan haid, mungkin umur 12 atau 13 tahun. Lelaki cukup umur apakala dia bermimpi bersetubuh dengan perempuan dan keluar mani. Jika tertinggal solat semenjak itu, maka tertinggallah solat. Hanya, mungkin kita dalam kejahilan mengenai hukum Islam.
Di dalam Islam meninggalkan satu waktu solat bererti kita 'kufur' (i.e. ingkar terhadap perintah Allah (a.w), maka kita tergolong di kalangan mereka yg menzalimi diri sendiri, kerana di akhirat pasti dihkum di bakar dalam neraka), itu hukum paling ringan. Hukum paling berat adalah tergolong sebagai orang yg 'kafir' (i.e. menentang Allah (a.w) atau tidak Islam, maka hukumannya pasti masuk neraka), wal iya zubillah! Lebih teruk lagi, jika kita tahu hukumnya kemudian kita senagaja tidak mahu bersolat, kita jatuh 'syirik', yakni tidak akui Allah (a.w) itu Zat yg Maha Berkuasa, kononnya ada yg lain lebih berkuasa yg menyebabkan kita pilih ketetapan yg lain itu untuk mengatsi ketetapan Allah (a.w) yg memerintahkan kita bersolat! Wal iya zubillah min zalik.
Maka dengan itulah belog ini memperingatkan kita supaya janganlah remehkan solat fardu. Solat fardu adalah ibadah yg terutama dalam Islam - solat fardu adalah tiang ugama, meninggalkan solat meruntuhkan ugama Islam (i.e. tidak Islam kita), solat fardu ibadah yg mula-mula dihisab, jika beres hisaban solat, bereslah hisaban amalas yg lain, mudahlah dapat syurga. Oleh itu beringatlah sebelum nyawa kita disentap oleh malaikal-maut...nanti kita kita akan menyesal tanpa penghabisan. Kalau di dunia orang kata sebelum nasi jadi bubur. Tapi, kalau jadi buburpun masih boleh dimakan. Kadang-kadang sedap bubur dari nasi! Di akhirat, apabila dicop ahli neraka, tidak ada yg boleh dilakukan, sesal sebanyak manapun, tidak berguna. Dan neraka itu kekal ...
Jazakallahu khaiurah

1 comment:

  1. Salam, saya memang antara orang yang sering bersolat qada' pada masa-masa terluang semasa di tanah haram. Yelah seolah2 "ganti" solat yang telah tetinggal masa lampau waullahualam..tak terkira. Kerana tidak tahu apa caranya lagi. lagipun saya mengambil kesempatan kerana tiada waktu haram sembahyang di tanah haram, itu yang saya faham.

    Harap komen bagi saya yang sangat kurang pengetahuan ini, wassalam

    ReplyDelete