Saturday, February 13, 2010

Memperkukuh pegangan ASWJ??

Assalamualaikum,
Selain tulisan seorang pegawai IKIM tentang menghebahkan keaiban orang yg disiarkan dalam ruangan 'Rencana' akhbar Utusan Malaysia 12 Februari 2010, penulis juga ingin komen tulisan saudara Sahbulah Darwi, seorang pengarang Utusan Malaysia, tentang tajuk 'Memperkukuh pegangan ASWJ' yg juga disiarkan dalam ruangan 'Rencana'. Saudara Sahbulah melapurkan pandangan tiga orang pembentang kertas kerja di suatu majlis diskusi ugama yg dianjurkan oleh NGO Islam Johor bersama-sama dengan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Universiti Tun Husein Onn (UTHM) yg diberi tajuk: 'Multaqa Ulama' dan Imuwan', yg berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, yg diresmikan oleh TPM. Dalam lapuran tersebut, penulis telah menyebutkan pendapat tiga tokoh yg sering kita dengar bercakap tentang Islam, dakwah dan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Mereka adalah Dr Uthman al-Muhammady, yg merupakan ilmuwan arus perdana fahaman mazhab as-Syafie, Us Mohd Nakha'i Ahmad, ketua YADIM, sebuah badan dakwah Malaysia yg sering mendapat kritikan dari bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri mengenai halatuju dan peranan YADIM dan Dr Sidek Baba, dalam zaman sekolahnya terkenal sebagai penulis cerpin. Dr Uthman suatu masa dulu adalah pensyarah di Jabatan Pengajian Islam di UM. Us (Dato') Nakha'i memimpin YADIM sekian lama, namun keberkesanan YADIM dalam perkara dakwah belum dapat dilihat dengan nyata. Dr Sidek bukanlah seorang ulama' dan bukan juga seorang ilmuwan Islam jikalah kita teliti latarbelakang beliau, tetapi beliau sebagaimana ramai orang yang memiliki ijazah PhD telah beralih minat kepada membincangkan Islam kerana perkara-perkara mengenai Islam memang boleh menyerlahkan diri kita. Malahan kerana sumbangannya kepada temadun Islam di Malaysia telah menyerlahkan beliau sehingga diangkat sebagai 'Tokoh Ma'al Hijrah' tahun 2008.
Sebenarnya tidak banyak penulis hendak komen, kerana kesemua yg disebutkan dalam tulisan tersebut dan segala sesuatu pandangan tokoh-tokoh tersebut tidak lebih dari mengatakan sesuatu atas pandangan manusia, khususnya para ulama' yg mereka telah kaji dan mendalami tulisan dan karya mereka, termasuklah Imam Abu Hassan al-Asya'ri, yg banyak pengikutnya di Malaysia, iaitu mereka yg berpegang kuat kepada fahaman mazhab as-Syafie. Seperti biasa penulis/pembentang kertas kerja dalam polemik tersebut akan menyebutkan kebenaran fahaman kemazhaban, khususnya Mazhab as-Syafie. Mereka akan mencemuh semua bentuk fikiran yg terasing dari fikiran kelompok mereka. Mereka mengecam aliran atau pandangan yg mirif salafiah, wahabiah dan juga golongan yg mereka sebut sebagai 'Islam liberal', Yg paling kuat mencemuh pandangan yg berasingan itu adalah Dr Uthman dan Nakha'i sendiri. Sebenarnya, orang-orang seumpama mereka ini tidak akan membuka mata hati mereka kepada pandangan yg berlainan dari fahaman para ulama' dan ilmuwan dari kalangan mereka, walaupun mereka diberitahu perkara yg haq yg datangnya dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah! Sebagai penulis saya sering mengikuti program percambahan fikiran golongan ini untuk melihat bilakah masanya mereka akan membuka al-Quran dan al-Hadith yang memberikan kita ilmu yg haq tentang segala seusuatu yg mereka jadikan tajuk perbincangan! Adakah mungkin mereka akan menjemput para ilmuwan yg faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah untuk memberikan pandangan sebagai hujjah yg haq tentang Islam dan syariatnya? Jikalah mereka ini sanggup meneliti al-Quran dan as-Sunnah, dan ketepikan tulisan-tulisan manusia, mungkin mereka akan ketemui begitu banyaknya ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg secara jelas menidakkan banyak pandangan serta rumusan yg mereka capai. Pendirian mereka akan tergugat.
Dalam konteks ini, cuba kita teliti tulisan saudara Sahbulah yg memetik maksud Ayat 103, Surah ali-Imran sebagai (petikan beliau): 'Berpegang teguhlah kamu kepada tali ugama Allah dan jangan bercerai berai, ...' (i.e. terjemahan kalimah: 'Wa'tasimu bihablillahi jami'an wala tafarraqu ...') Ini adalah terjemahan yg amat biasa di kalangan pengikut fahaman kemazhaban, khususnya mazhab as-Syafie di Malaysia. Dalam buku-buku atau kitab-kitab karangan manusia, ini lah terjemahannya. Kalimah 'jami'an' diterjemahkan 'kesemuanya' dan kalimah 'wal-la tafarraqu' diterjemahkan sebagai 'jangan bercerai berai'! Inilah contoh terjemahan yg batil. Kerana kalimah 'jami'an' itu bermaksud 'secara berjema'ah' dan kalimah 'walatafarraqu' bermaksud 'jangan berfirqah atau berkumpulan atau bermazhab'. Mereka yg mempelajari al-Quran dan as-Sunnah (secara berguru dari guru yg faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah) akan faham perkara ini, kerana di dalam hadithpun disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa Allah (a.w) perintahkan beliau supaya pimpin umatnya supaya anuti Islam secara berjema'ah dan jangan menubuhkan perkumpulan-perkumpulan seumpama mazhab! Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita yg Islam supaya amalkan Islam atau jadilah orang Islam berjema'ah dan jahuhi atau tinggalkan firqah atau berkumpulan! Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa Allah (a.w) merahmati orang Islam yg berjema'ah dan tidak menerima perpecahan secara berkumpulan dan perkumpulan mengakibatkan perpecahan dan mereka akan terjerumus ke dalam neraka!
Namun, ketaksuban orang-orang yg berpegang kuat kepada fahaman kemazhaban tidak akan terbuka hati mereka untuk meneliti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan as-Sunnah, mereka akan mencari hujjah untuk menolak ketetapan as-Sunnah, jikapun mereka terserempak dengan suruhan Rasulallah (s.a.w) yg menetapkan sesuatu yg berlainan dari pendapat atau pegangan perkumpulan mereka. Mereka akan mencemuhi mereka itu sebagai golongan yg ingin memecahbelahkan Islam di kalangan orang Melayu.
Oleh itu semoga kita tidak dipengaruhi oleh kecanggihan argument golongan sedemikian. belajarkan al-Quran dan as-Sunnah dari mereka yg faqih atau faham dan yg mendapat ilmu dari guru yg haq supaya tidaklah kita rugi di akhirat kelak. Insya Allah. Saudara ikutilah segala sesuatu yg dimuatkan dalam blog ini, kerana kesemuanya diasaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah yg benar, supaya kita tidak terpesong, insya Allah. Hendaklah kita sentiasa berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, kerana itu sajalah panduan yg benar. Barangsiapa yg mengatakan sesuartu atas pandangannya atau kepandaian otaknya ternyata orang yg ditempatkan di akhirat kelak dalam neraka, itulah pesanan Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) memberitahu kita di dalam al-Quran bahawa sesiapa yg memaknakan sesuatu dalam al-Quran mengikut pendapatnya, akan ditempatkan di dalam neraka di akhirat kelak.
Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa Ayat 103, Surah ali-Imran itu menyuruh umat Islam berjema'ah dan jangan bergerombolan atau bermazhab. mereka yg inginkan selamat dalam Islam hendaklah akur dengan ketetapan Ayat ini.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment