Monday, February 8, 2010

Solat Fardu: Jangan abaikan (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara keutamaan solat fardu itu mengatasi segala keutamaan yg selainnya dalam ibadah kita kepada Allah (a.w). Ini dapat dilihat dari ketetapan dalam hadith berikut.
Hukum meninggalkan Solat Fardu

Solat fardu yang lima waktu sehari semalam itu adalah difardukan atau diwajibkan atas kesemua orang Islam yang mukallaf (i.e. baligh). Ibadah solatlah yang membezakan antara orang yang Islam dan beriman dan orang yang musyrik atau kafir atau kufur terhadap Allah (a.w). Solat adalah manifestasi pengabdian manusia terhadap Allah (a.w), Tuhan mereka, selain perintah atau suruhan lain yang wajib dikerjakan oleh manusia sejajar dengan perintah dalam Ayat 13, Surah an-Nisa’ i.e. taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w).
4. Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Buraidah hadith dari bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya janji yang (dimeterikan) antara aku (Nabi (s.a.w)) dengan kamu sekelian adalah solat fardu, maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia kafir.’ [Hadith an-Nasa’i]
Di dalam hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa janji antara beliau dengan umatnya adalah ibadah solat. Sesiapa yang tidak solat tidak ada janji tersebut. Jika tiada jandi maka tiadalah apa-apa manfaat yang akan diperolehi olehnya di akhirat kelak, apabila dibeza-bezakan antara umat Muhammad (s.a.w) dengan umat selainnya. Kita semua tahu bahawa sesiapa yang tidak diakui umat Muhammad (s.a.w) tidak akan mendapat syafaatnya. Malah ketika menunggu hisaban di padang makhsyar nanti tidak dibenarkan oleh malaikat pergi ke Telaga al-Kauthar untuk minum airnya. Ketika itu matahari didekatkan ejengkal dari atas kepala dan bumi masa itu adalah tembaga yang dipanaskan oleh matahari, yang begitu panas dan mendatngkan kehausan yang teramat kepada manusia. Sesiapa yang diberi peluang minum air al-Kauthar itu, tidak akan haus dia selama-lamanya, menunggu hisaban selama 50 tahun (Nota: sehari di sana adalah sama panjangnya dengan 1,000 tahun kiraan tahun dunia).
Hadith itu menyebutkan bahawa sesiapa yang meninggalkan solatnya,walaupun hanya satu waktu, jatuh kafir. Demikianlah utamanya solat fardu itu bagi orang Islam yang beriman.
Rasulallah (s.a.w) juga berjanji dengan umatnya bahawa syafa’atnya di akhirat kelak akan diberikan kepada mereka yang kekal mengerjakan solat lima waktu sehari semalam itu tanpa meringankannya. Ramai orang bersolat tetapi meringankannya, seperti membuatnya secara tergesa-gesa dan cepat tanpa berhari-hati, tidak tamaknnah, dan tidak khusyuk seolah-olah hendak tak hendak sahaja. Kerana mengejar masa, contohnya, Surah al-Fatihah dibaca secara bersambung di dalam solat, walhal solat itu adalah ibadat yang paling utama yang wajar dijaga dari segi pelaksanaan rukun-rukun qalbi (iktikad, keluhuran hati dan khusyuk), rukun fe’li (perlakuan dan perbuatan dalam solat, iaitu gerakan) dan rukun qaulinya (bacaan dan lafaz serta sebutan), dengan betul mengikut letentuan atau ketetapan as-Sunnah. Orang-orang yang sedemikian sebenarnya meremehkan solatnya. Ramai juga yang bersolat tanpa tertinggal tetapi seumpama ayam mematuk padi atau makanan di tanah, begitu cepat dan pantas. Orang tersebut meremehkan ibadat solatnya. Begitu jugalah orang-orang yang mengerjakan solatnya tanpa ilmu dan berpandukan beberapa prinsip secara ikut-ikutan dan kata-kata manusia[. dalam melaksanakan rukun fe’li, qalbi dan qaulinya. Maka itupun meremehkannya. Apatah lagi mereka yang meninggalkan solat. Sesiapa meninggalkan solatnya, mengikut hadith, walaupun satu waktu, jatuh kafir dia atau jatuh syirik dia, dan janji Allah (a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w) tersebut terbatal secara otomatis:
5. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Buraidah (r.a), katanya hadith daripada bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesunguhnya janji yang (telah dimeterikan) antara aku dan antara mereka (yakni, umatku atau umat Islam) adalah solat, maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia kafir.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Di dalam hadith di atas itu jelas ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa janji beliau dengan umatnya, yakni beliau adalah imam umat Islam, hanya wujud selagi mereka tidak meninggalkan solatnya. Sesiapa yang meninggalkan solatnya akan terbatallah janji beliau (termasuk mendapat syafaat atau pertolongan di padang makhsyar), malah Rasulallah (s.a.w) menjatuhkan hukuman ‘kafir’ kepada umatnya yang meninggalkan solat fardunya. Begitu penting ibadah solat itu. Malangnya, bukan sahaja ramai orang Islam meremehkan ibadat solatnya, malah ramai pula mengakui dirinya Islam dan beriman tetapi tidak mengerjakan solat. Paling ramai umat Islam bersolat dengan cara dan kaedah yang sama sekali berlainan daripada cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) bersolat. Mereka ini juga mengabai dan meremehkan solat mereka. Jika berlainan, maka perlakuan tersebut tergolong dalam ‘bid’ah’, kerana melakukan sesuatu yang tidak dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w).
Hadith yang sama juga diriwayatkan oleh ibnu Majah dalam kitabnya ‘Sunan Ibnu Majah’. Malah di dalam kitab tersebut terdapat beberapa hadith sahih yang lain, satu daripadanya menyebut sesiapa yang meninggalkan satu solat fardu jatuh syirik, waliya zubillah! Apabila kita menyentuh isu dosa dan keampunan, kita diperingatkan oleh Allah (a.w) bahawa Allah (a.w) mengampunkan dosa-dosa orang yang berdosa yang bertaubat, walau banyak manapun dosanya sekalipun, asalkan tidak syirik dan sombong dia. Orang yang ada sifat sombong dalam hatinya, walaupun sebesar biji sawi atau sebesar semut hitam, atau sebesar zahrah, tidak masuk syurga. Dan, taubat orang yang syirik tidak diterima Allah (a.w).
Apabila kita meneliti nas dan dalil al-Quran dan al-Hadith, kita dapat rumuskan beberapa perkara penting untuk kita ambil perhatian dalam ibadah solat itu. Antaranya yang utama:

· Pertama, Allah (a.w) berjanji bahawa barangsiapa yang mengerjakan solat fardunya tanpa meninggalkannya dan tanpa meremehkannya (yakni, meringankannya), tetap dalam waktunya, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurga di akhirat kelak;

· Kedua, Rasulallah (s.a.w) juga menjelaskan janji Allah (a.w) dan menambah bahawa beliau juga berjanji akan memberikan syafaatnya di akhirat kelak kepada mereka yang mengerjakan solat fardunya tanpa meremehkannya (yakni, meringankannya) dalam waktunya;

· Ketiga, barangsiapa meninggalkan satu waktu solat fardu maka mengikut sepotong hadith sama ada dia jatuh ‘kafir’ atau menjadi ‘syirik’;

· Keempat, solat fardu itu adalah tiang ugama Islam, maka barangsiapa meninggalkan solat fardu yang lima itu bererti dia meruntuhkan ugamanya, bererti keluarlah dia daripada Islam; dan

· Kelima, solat fardu itu, mengikut sepotong hadith, adalah ibadat yang terawal atau yang paling mula dihisab di akhirat kelak

Dapat kita rumuskan bahawa umat Islam hanya mendapat balasan syurga jika dia tetap mengerjakan solat fardunya dengan penuh keinsafan dan keikhlasan dan tidak sekali-kali meringankannya, i.e. mencari kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan azabNya (Surah al-Isra'. Ayat 36].
Kerana itulah janji Allah (a.w), maka tidak mungkin seorang Islam itu mendapat syurga tanpa bersolat, kecuali dengan kerahmatanNya, Allah (a.w) mengampunkan dosanya kerana tidak bersolat itu. Ada disebutkan di dalam al-Hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa sesiapa yang akhir kalamnya adalah ‘lailaha ilallah’ (yakni, seorang yang mengakui dia Islam) akan masuk syurga. Ini merujuk kepada umat Islam yang menyakini bahawa wujud Allah (a.w) dan hari ahirat dan lain-lain dimensi rukun iman, maka akhirnya kelak dia mendapat syurga setelah dibasuh dosa-dosanya di dalam neraka. Namun, harus diingatkan bahawa ada hadith menyebutkan bahawa sesiapa yang meninggalkan solat fardunya, walaupun satu waktu sahaja, jatuh syirik. Jika begitu maka pastilah dia tidak beriman. Dan, kerana itu meninggalkan solat masuk neraka sebagaimana orang syirik dan kafir juga. Kerana seseorang yang bersyahadah dan tidak bersolat maka dia seumpama orang munafik.
[Nota-nota:
1. Disebutkan dalan al-Hadith bahawa apabila kita membaca Surah al-Fatihah itu, Allah (a.w) menyukai tiga ayat pertama yang memuji dan mengagungkan Allah (a.w) dan ayat yang tiga atau empat kemudiannya adalah permintaan kita kepadaNya, dan Allah (a.w) menjawab setiap bacaan ayat dan Allah (a.w) member permintaan kita dalam Surah al-Fatihah tersebut. Kita akan tahu kemudian nanti dalam blog ini.
2. Rujuk hadith beliau: ‘Sollu kama ra-aitumini usalli’ (Maksud: solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.’ [Hadith yang diriwayatkan oleh Abi Qilabah (r.a) dalam Sahih Bukhari]
3. Mengikut beberapa hadith, Rasulallah (s.a.w) bersabda bahawa seseorang yang meninggalkan satu waktu solat fardu sama ada jatuh kafir atau berlaku syirik! Begitu besar dosanya di dalam Islam. Kafir dijamin neraka. Begitu jugalah syirik. Tetapi, mungkin kerana mengucap syahadah akhirnya dapat masuk syurga juga, selepas dibersihkan, wallahu ‘alam.
4. Ada ulama’ berpendapat bukan ‘kafir’ tetapi ‘kufur’, yakni engkarkan perintah Allah (a.w). Sebenarnya sesiapa yang engkar perintah Allah (a.w) adalah fasiq, ‘kufur’ hampir menjadi ‘kafir’ atau jatuh pada hakikatnya ‘kafir’. Ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu jelas, mengapakan ada ulama’ yang meringankan takrifnya?
5. Firman Allah (a.w) dalam banyak ayat al-Quran. Orang yang sombong bererti dia tidak menerima ayat-ayat atau hukum-hukum Allah (a.w) dan RasulNya atau tidak menerima ugama Islam.
6. Hanya Allah (a.w), yang memiliki segala sesuatu dan yang berkuasa terhadap segala sesuatu dan tidak bergantung kepada sesiapapun berhak bersifat sombong. Sifat sombong itu adalah sifat Allah (a.w). maka dengan itu Allah (a.w) teramat marah kepada orang yang sombong walaupun sebesar zarah sahaja. Hadith.]
Semoga kita mengambil peringatan,insya Allah. Amin

No comments:

Post a Comment