Thursday, February 4, 2010

Belajarlah ilmu, jangan suka berdebat! (Sambungan)

Assalamualaikum,
Dalam post yg lalu penulis telah mulakan penelitian kita tentng konsep dan hakikat ilmu dalam Islam. 'Ulama' dalam Islam adalah orang yg berilmu, tetapi bukanlah sebarang ilmu. 'Ilmu' yg relevan dalam Islam itu untuk keperluan dunia dan lebih-lebih lagi keperluan akhirat kita adalah ilmu mengenai Islam dan syariatnya. Logiknya mudah. ilmu dunia itu hanya berguna setakat 60 atau 70 tahun, i.e. umur yg lazim sabda Rasulallah (s.a.w) bagi umat beliau. Ilmu yg dianjurkan oleh Islam kita cari, pelajari, fahami dan kemudian pandui sepanjang hidup, memanfaatkan kita dalam dunia dan selepas matinya kita, manfaatnya, jika diamalkan, adalah abadi, selama-lamanya berada di dalam syurga dan selamat dari neraka.
Sebelum kita teliti ketetapan as-Sunnah tentang ilmu ini, kita lihat beberapa firman Allah (a.w) mengenai ilmu ini sebagai batu asas perbincangan kita tentang konsep dan hakikat ilmu dalam Islam.
1. Firman Allah (a.w): 'Yarfa'ullahul-lazina amanu minkum wal-lazina utull-ilma darajati; wallahu bima ta'maluna khabirun' [Maksud: Mengangkat Allah (a.w) orang yg beriman dari kalangan kamu sekelian dan orang-orang yg diberi ilmu beberapa darjat; dan Allah (a.w) itu dengan apa-apa yg berbuat atau ber'amal atau mengerjakan pekerjaan kamu sekelian amat waspada (i.e. tahu dan menghitung kesemuanya)] [Ayat 11, Surah al-Mujadalah]
Dua golongan manusia akan diangkat Allah (a.w) darjat dan kedudukannya di akhirat kelak, iaitu orang yg beriman (i.e. Islam dan mengikuti ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan RaulNya, bukan ketetapan manusia) dan kedua orang-orang yg diberi ilmu (apabila belajar dia ilmu tentang perintah Allah (a.w) dan perintah Rasaulallah (s.a.w) i.e. as-Sunnah), apabila dia mengamalkan atau mengerjakan apa-apa yg diketahuinya tentang Islam dan syariatnya dan yg dituntut oleh Allah (a.w) dan RasulNya, bukan apa yg diajarkan oleh manusia, terutama apa-apa yg tidak sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Ilmu dunia? Berguna untuk dunia. dan, mungkin untuk akhirat jikalah dengan ilmu dunia itu seseorang itu dapat menyumbang lebih kepada mengimarahkan Islam dan syariatnya dan membela ugama Islam dan membela umat Islam supaya menjadi orang iman yg lebih kental iman dan ketaqwaannya, kerana apa yg diperolehinya dari ilmu dunia yg memanfaatkan dia di dunia - seumpama mendapat kedudukan, mendapat ganjaran wang ringgit, mendapat kekayaan, mendapat pengaruh atau mendapat jawatan dan kuasa - yg membolehkannya membangunkan Islam dan membangunkan ummah agar ramai lagi benar-benar tulen Islamnya dan lebih bertaqwa kepada Allah (a.w) dan lebih mencontohi Rasulallah (s.a.w) dalam amalan dan bawakan kehidupan dunianya. Jika untuk tujuan selainnya, tidak ada gunanya.
2. Firman Allah (a.w): 'Fa'lam annahu lailaha ilallahu was-taghfir lizambika wa-lilmukminina wal-mukminati wallahu ya'lamu mutaqallabakum wa-maswakum' [Maksud: Maka ketahuilah (wahai manusia) tiada tuhan melainkan Allah (a.w) (i.e. kalimah tauhid dan aqidah Islam) memintakan keampunan kerana dosa-dosa kamu dan dosa-dosa orang yg beriman di kalangan lelaki dan (dosa-dosa) orang yg beriman dikalangan perempuan; dan Allah (a.w) maha mengetahui bolak-baliknya hati-hati kamu serta (mengetahui) pada tetapnya hati kamu.] [Ayat 19, Surah Muhammad]
Ilmu itu akan memberi kefahaman kepada manusia bahawa tiada tuhan kecuali Allah (a.w). Ilmu akan membawa keimanan kepada mereka. kalau ilmu itu tidak menunjukkan fakta ini, maka ilmu itu tidak menguntungkan dia dalam akhiratnya.
Orang yg benar-benar berilmu itu akan faham dia kalimah syahadah atau kalimah tauhid atau kalimah yg menjadi paksi aqidah seorang Islam yg beriman itu. Apabila berilmu seseorang itu, dia menjadi lebih yakin tentang Allah (a.w) dan tentang kewajipannya mengesakan Allah (a.w) dan mencontohi segala perbuatan Rasulallah (s.a.w), walaupun dia mencari dunia. Orang-orang yg sedemikian itu sentiasalah didoakan oleh para malaikat supaya Allah (a.w) memaafkan kesilapan mereka dan supaya Allah (a.w) mengampunkan dosa-dosa mereka, terutama dosa-dosa yg dilakukan dalam kejahilan mereka.
3. Firman Allah (a.w):'Wala taqfu ma laisa bihi ilmun innas-sam'a wal-basora wal-fuada kullu ulaika kana 'anhu masulan' [Maksud: Dan, janganlah kamu mengerjakan (sesuatu apapun) apa-apa yg tidak ada untukmu dengannya ilmu menegnainya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati kamu setiap sesuatu (i.e. semuanya) demikian itu (i.e. apa yg didengar, dilihat dan dirasakan) ada dari apa-apa (i.e. amalan) akan disoal.] [Ayat 36, Surah al-Isra']
Dalam firman Allah (a.w) di atas itu, Allah (a.w) memperingatkan kita manusia bahawa janganlah kita lakukan sesuatu tanpa terdahulu kita tahu ilmu mengenai sesuatu itu. Maksudnya, janganlah buat sesuatu dalam kejahilan. Dalam konteks Islam dan syariatnya, terutama dalam manifestasi segala bentuk amalan dan ibadah atau umumnya segala bentuk dan kaedah pengabdian kepada dan terhadap Allah (a.w) itu hendaklah dengan kepastian tentang ilmu mengenainya, bukan debngan cara ikut-ikutan atau buat ikut kata-kata sipolan dan sipolan kerana sipolan dan sipolan buat begitu dan begini. Hendaklah kita kerjakan apa-apa jua bentuk amalan dan ibadah serta cara mengerjakan apa-apa amalan dan ibadah itu dengan kepastian serta penuh kefahaman asas atau perincian ilmu mengenainya! Maka dengan itulah disebutkan di dalam as-Sunnah, segala ibadah dan amalan yg dikerjakan dalam kejahilan tanpa mengetahui ilmu atau asas ilmu mengenainya adalah batil dan batal dan tidak diterima Allah (a.w)! Lebih teruk lagi di akhirat kelak, kita akan disoal dari mana kita dapat ilmu mengenai amalan atau ibadah itu, siapa bagi tahu, siapa yg kita lihat kerjakan amalan atau ibadah itu dan siapa yg memberikan kita pengajaran supaya hati kita benar-benar yakin abahawa yg kita kerjakan - amal dan ibadahkan - adalah ketetapan yg haq? Kiat juga akan ditanya, apabila sesuatu ibadah dan amalan itu, menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mengapa kita tidak merujuk kepada ilmu yg haq, mengapa kita ikuti pendapat manusia?
Insya Allah kita akan ketahui kemudian nanti bahawa pentingnya mencari dan mempellajari dan memahami ilmu amat utama dalam Islam sebelum mengamalkan sesuatu amalan atau ibadah atau apa saja yg bersifat amal makruf.
Islam bukan ugama bersandarkan perasaan, hayalan, atau ajakan, ikutan atau sesuatu yg boleh direka-reka atau dibentuk mengikut kepandaian manusia. Islam ditentukan speksnya oleh Allah (a.w) yg memerintahkan manusia supaya mengabdikan diri mereka hanya kepadaNya. Islam adalah ugama yg dibawakan speksnya yg tetap serta khusus sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) sendiri jahil tentang Islam dan syariatnya serta bagaimana mengabdikan dirinya kepada Allah (a.w) sehinggalah diwahyukan oleh Allah (a.w) dan kemudian diajarkan praktikalnya oleh malaikat Jibrail (a.s). Islam bukanlah ugama yg dicipta manusia atau ditokoktambah atau diubahsuai oleh manusia. Manusia tiada haq menukar dan mengubah Islam dan syariatnya. Maka dengan itu di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberitahu bahawa seseorang yg beriman itu apakala diberitahu sesuatu , dia berkata: 'Aku dengar, dan aku taat', tidaklah dia bvanyak soal. Apabila diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dia akur - dengar dan taat. Kemudian dia mencari ilmu untuk mempastikan bagaiman sewajarnya dia mengerjakan perintah dan suruhan.
Dalam hubungan itulah ilmu itu amat utama dalam islam. Wajib bagi semua yg mengakui diri mereka Islam dan beriman mempelajari ilmu. Buat sebarang ilmu. Bukan belajar kepada sebarang orang. Kita akan teliti nanti bahawa ilmu yg wajib dalam Islam itu adalah tiga: pertama, ilmu al-Quran; kedua, ilmu as-Sunnah; dan ketiga ilmu faraid (i.e. pembahagian harta warith Islam). Sebenarnya jika seseorang itu khattam ilmu al-Quran dan as-Sunnah, sudah pastilah dia khattam secara otomatis ilmu faraid. Kita akan teliti kelak kefaqihan dalam ilmu al-Quran itu bukan semata-mata membacanya dengan tartil, tetapi lebih utama memahami mesej dan perintah Allah (a.w) dan kemudian mengamalkan segala sesuatu yg diilmukan oleh al-Quran, dan kemudian menghafal surah-surahnya bagi tujuan membacanya ketika mengerjakan solat-solat sunat dalam qiamul-lail. Belaja membacanya, walaupun mendatangkan manfaat, namun lebih utama memahami isi kandungannya kerana al-Quran adalah panduan hidup serta panduan amalan dan ibadah dalam proses memperhambakan diri kita kepada Allah (a.w). Orang yg mendalam ilmunya dan faqih tentang al-Quran akan faham tentang, antara lain, mengapa wajibnya kita akur dengan perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), sepeerti mengapakita wajib jauhi amalan bersifat tahyul, kurafat, taklid dan bid'ah dalam Islam. Hanya mereka yg tidak sempurna ilmunya tentang al-Quran yg akan terus berhujjah bahawa wujud 'bid'ah hasanah' dan sebagainya ...
Demikianlah petikan 3 ayat yg utama dalam meneliti ilmu dalam konteks Islam untuk panduan kita.
Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Assalam'kom,

    Saya setuju bahawa yang penting bukan berdebat atas sesuatu perkara tetapi berhujah secara ilmiah dan ilmu itu perlu dipelajari melalui mengaji ilmu yang haq, yang hanya terkandung dalam quran & hadith, secara manqul, asnat & mutasir. Selain dari itu adalah hanya pendapat sesaorang yg bergantung kpd beberapa faktor lain saperti latarbelakang penulis dlm hal politik, tahap akademik, status dlm masyarakat, budaya, bangsa, dll.

    Olih itu disarankan kpd semua yg ingin mencari kebenaran, supaya mengaji Quran & hadith terus menerus hingga sampai ajalnya masing2. Insya'allah

    ReplyDelete