Kebaikan Beristighfar
Di dalam al-Quran disebutkan bahawa barang siapa memperbaiki ketaqwaannya, maka akan dikurniakan oleh Allah (a.w) rezki dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangka:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa melazimkan beristighfar (yakni, menyebutkan ‘astaghfrullah’ (lebih baik sepenuhnya, iaitu: ‘astaghfirullahl-‘azim, allazi lailaha-illalah hual-haiyul-qaiyim, wa-atubu ilaihi’), akan menjadikan Allah (a.w) baginya (kesenagan) dari setiap kesusahan, maka diberikan dari setiap kesempitan jalan-jalan keluar dan memberi rezki padanya (oleh Allah (a.w)) dari jalan (i.e. sumber) yang tidak disangka-sangka.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu kefahdalan atau kebaikan yg diperolehi oleh seseorang yg Islam dan beriman yg melazimkan dirinya menyebut kalimah 'Astaghfirullah' itu, iaitu: pertama, Allah (a.w) datangkan kesenangan bagi setiap kesuasahan yg kita hadapi; kedua, Allah (a.w) memberikan kepada kita jalan keluar atau penyelesaian terhadap segala kesusahan yg kita hadapi; dan ketiga, Allah (a.w) memberi kita rezki dari sumber-sumber atau arah yg kita tidak sangka-sangka. [Nota: Hanya orang Islam yg beriman sahaja yg akan diberi ganjaran. Orang 'beriman' adalah mereka yg tidak meninggalkan perintah wajib seumpama bersolat, berpuasa dan sebagainya. Mereka hendaklah pula ikhlas menyebut kalimah serta yakin dia bahawa pertolongan Allah (a.w) adalah suatu yg hak, i.e. pasti. Maksudnya, kalau Allah (a.w) nak bagi sesuatu kepada kita, tiada siapa boleh halangi, dan kalau Allah (a.w) tidak mahu beri, tiada siapa yg boleh memberikan kepada kita.]
Disebutkan di dalam hadith yang lain bahawa walaupun Rasulallah (s.a.w) itu ‘maksum’ (tidak berdosa) tetapi beristighfar dia 70 (dan mengikut riwayat lain 100) kali sehari. Di dalam sepotong hadith disebutkan pula, setiap manusia itu melakukan tidak kurang daripada 2,500 jenis dosa sehari. Ini tidak termasuk dosa-dosa besar. Maka dengan itulah umat Islam digesa beristighfar, semoga Allah (a.w) menghapuskan dosa-dosa kita yang kita lakukan setiap hari itu, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment