Monday, March 1, 2010

Salam: Salutation sesama orang Islam dan Iman

Assalamualaikum,
Hari ini kita teliti suatu amalan orang Islam yang banyak manfaatnya. Serta amalan yag memboleh ukhuwah dan rasa kasih sayang sesama umat Islam akan meluas dan mendalam. Iaitu amalan 'memberi salam' dan menjawab salam. 
Amalan memberi dan Menjawab Salam
Adalah menjadi sebahagian daripada syariat Islam itu memberi salam orang Islam ketika bertemu dengan orang Islam yang lain. Ketika dijadikan Adam (a.s), memberi salam dia kepada para malaikat di langit, maka menjawab para malaikat akan salamnya. Orang2 Islam yang berjaya di akhirat kelak masuk syurga akan dihormati oleh para malaiukat dengan ucapana ‘salam’. Ucapan sesame ahli syurga adalah ‘salam’. Malahan Allah (a.w), apakala menampakkan dirinya kepada ahli2 syurga akan mengucapkan ‘salam’ kepada mereka (hadith pertama dan kedua bawah ini).
Firman Allah (a.w): ‘Waiza huyitum bitahiyatin ... (hingga) ... ‘ala kulli syai-in hasiba.' [Maksud: Dan ketika memberi penghormatan mereka dengan penghormatan maka balaslah dengan (penghormatan) yang lebih baik darinya atau kembalikanlah (i.e. balaslah) kepada mereka (yang memberi penghormatan) yang sepadan dengannya, sesunguhnya Allah (a.w) ada atas tiap-tiap sesuatu berwaspada atau meneliti.’ [Ayat 86, Surah an-Nisa’]
Demikianlahperintah Allah (a.w) bersabit dengan salam itu. Apabila seseorang memberi salam kepada kita (atau menghormati kita), maka balaslah dengan yang lebih baik dan balaslah seumpamanya. Contoh: jika seseorang itu tatkala bertemu kita dia memberi salam dengan kata-kata ‘Assalamualaikum’, maka kita balaslah dengan ‘Assalamualaiku, warahmatullah’ atau jawablah dengan ‘Wa-alaikummussalam’, yakni balasan yang sepadan. Inilah nasihat Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. Ketika Adam (a.s) dijadikan Allah (a.w) dan diberi Allah (a.w) roh, dia memberi salam kepada malaikat yang ada bersama-nya. Itulah ‘salutation’ dalam Islam. tapi, hari ini kita dalam kejahil;an atau kita mengambil segala amalan orang bukan Islam dengan berkata’ Good Morning’ atau seumpamanya atau ‘Selamat Pagi’ dan seumpamanya. Tidaklah kita mendapat sebarang pahala kerana memberi pengormatan sedemikian. Jika kita ikuti adab Islam, kita mendapat pahala percua tanpa bersusah payahpun!
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) katanya daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Menjadikan Allah (a.w) (Nabi) Adam atas wajahNya tingginya 60 zira’ (i.e. hasta), maka barangapa menjadikanNya (yakni, para malaikat), berfirman Allah (a.w): ‘Pergilah engkau (memberi 'salam' atas Adam’, maka memberi salam atas orang-orang yang demikian itu golongan dari para malaikat yang sedang duduk maka dengarlah apa memberi penghormatan engkau, maka sesungguhnya penghormati engkau dan menghormatilah keturunan engkau’, maka berkata Adam (a.s):‘ Assalamualaikum’, maka berkata mereka: ‘Assalamualaika warahmatullah’, maka menambah pada kalimah ‘warahmatullah’, maka tiap-tiap dari mereka yang masuk syurga atas seperti penghormatan Adam (yg memberi salam kepada para malaikat), maka tidak ada kejadian makhlok kurang (dari memberi ucapan sedemikian) kemudiannya sehinggalah sekarang.’ [Hadith al-Bukhari]
[Nota: Di dalam syurga kelak 'salutation' sesama ahli syurga adalah memberi 'salam' ketika bertemu.]
Semasa mula-mula Nabi (s.a.w) sampai ke Madinah berhijrah, orang-orang Madinah menyambut dengan penuh rasa gembira. Kumpulan kanak=kanak perempuan disuruh berbaris sambil menyanyi syair sambutan. Hari ini, kita teruskan amalan sambutan sedemikian dengan mengadakan Majlis Maulidur Rasul' - berarak. Umat Islam sekarang dajarkan oleh paraulama' dan ilmuwan Islam supaya mengingati Rasulallah (s.a.w) setiap tahun. Sebenarnya, umat Islam sewajibnya mengingatkan Rasulallah (s.a.w) dengan berselawat atasnya setiap ketika terutama selepas selesai bersolat, sebelum berzikir, berwirid dan membaca doa. Bukanlah mengadakan rapat raksksa. malah, lebih baik, mengikut sabda Rasulallah (s.a.w) kita berselawat atas Nabi (s.a.w), maka setiap sekali kita berselawat, Allah (a.w) berselawat atas kita 10 kali. Dengan itu kita mendapat keberkatan dan di akhirat kelak mendapat syafaat (i.e. pertolongan) Rasulallah (s.a.w)].
Hadith berikut menjelaskan bahawa seorang ralib ugama sebelum Islam mengintai sama ada dia itu Rasulallah (s.a.w) sebagaimana yang tersebut dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil, maka didapatinya benar seperti diperjelaskan oleh kitab-kitab tersebut.
[Nota: Satu hasta itu bersamaan, lebih kurang satu setengah kaki. Jadi Adam (a.s) tingginya antara 90-100 kaki. Jika begitu tingginya manusia, maka dinosaurs yg dijadikan legenda binatang zaman purba itu, tidah lebih dari seumpa seekor biawak sahaja kepada manusia!]
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment