Assalamualaikum,
Saudara, di dalam Islam seorang suami itu diberi laluan untuk berkahwin dengan tidak lebih dari empat wanita sebagai isterinya. Berkahwin lebih dari satu oleh seseorang lelaki itu adalah satu syariat Islam. Namun, si suami diperingatkan bahawa seseorang yg suami yg tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya akan dibangkitkan di ahirat kelak berjalan senget. Selain itu, seorang suami yg tidak adil mendapat dosa pula, terutama jika dia tidak menunaikan tanngung jawabnya melayani isteri-isterinya dengan adil, selain kewajipannya memberi nafkah zahir dan batin kepada semua isterinya dengan adil pula. Nafkah zahir adalah: pertama, tempat tinggal yg mampu diadakannya untuk setiap isterinya; kedua, saraan hidup (i.e. makan minum) untuk setiap isterinya dan anak-anaknya dengan isteri tersebut; dan ketiga, pakaian untuk isteri dan anak-anaknya engan isteri tersebut. Ini kewajipan yg tidak boleh tidak.
Tanggungjawab utama suami, sama ada dia beristeri satu ataupun lebih, adalah mendidik dan membimbing isteri-isteri supaya menjadi wanita yg solehah dan melaksanakan perintah Allah (a.w) dan RasulNya, serta mendidik anaknya menjadi anak-anak yg soleh dan solehah dan menjadi umat Islam yg akur dengan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Kerana, ini adalah perintah Allah (a.w) fundamental iaitu: 'Wahai orang-orang yg beriman! Jagalah dirimu dan (jagalah diri-diri) ahlimu (i.e. keluargamu) dari api neraka' [Ayat 6, Surah at-Tahrim]
Di dalam Islam adalah wajib seorang suami itu bersama tinggal dengan setiap isterinya bergeler-geler, dan geleran itu wajib adil. Contoh: kalau ada empat isteri, dia perlu tinggal dengan setiap isteri berganti-ganti. Satu hari dan malam dengan isteri no 1, hari dan malam kedua dengan isteri no 2, hari dan malam ketiga untuk isteri no 3, dan hari dan malam keempatnya pula untuk isteri no 4. Kemudian digeler-geler semula, i.e. hari dan malam kelima dengan isteri no 1, hari dan malan keenam dengan isteri no 2 dan begitulah seterusnya. Jika isterinya uzur (i.e. haid) maka dia boleh menggelerkan isteri yg lain, tetapi isteri yg haid berhak dengan hari-hari lain setelah dia suci. Jika si suami bertugas di luar qariah atau dalam bermusafir, maka hendaklah dia mengadakan undian di kalangan isterinya, siapa yg wajib menemaninya ketika berada di luar qariah atau ketika dalam perjalanan. Suami isteri dikehendaki mengasihi dan menyayangi isteri-isterinya dan ikhsan terhadap mereka. Tidak boleh di kasari. Tidak boleh dicederakan. Tidak boleh dizalimi seumpama di'gantung tanpa tali' dan sebagainya.
Insya Allah kita akan teliti lagi ketetapan as-Sunnah mengenai peraturan mengenai rumah tangga dalam masyarakat Islam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment