Assalamualaikum,
Kali ini kita teliti azan - bila mulanya, apakah kalimahnya, bagaimana sekarang dikerjakan dan kefadhalannya. Kita tahu azan dan kita juga tahu qamat, tapi bilakah bermulanya azan ini dalam syariat Islam.
Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ... hadith dari Abdullah b Omar (r.a) bahawasanya ada berkata adapun orang-orang Islam ketika datang ke madinah (i.e. mula berhijrah kesana) berkumpul mereka (hendak mengundang atau memanggil) orang-orang supaya datang) bersolatdan tidak ada tuakang penaggil seseorangpun. maka bercakap-cakap (i.e. berbincang) mereka suatu hari dalam demikian. maka berkata sebahagian: 'Mengambillah 'nakus' (i.e. loceng) seumpama loceng yg digunakan oleh orang Nesrani.' Berkata sebahaguan yg lain:Bahkan, gunakanlah trumpet sebagainmana terampet yg digunakan oleh orang Yahudi. Maka berkata Omar b Khattab (r.a) Apakah tidak diutuskan orang untuk memanggil kepada solat. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Wahai Bilal! Berdirilah kamu dan panggillah (i.e. azanlah) kepada solat.' [Hadith an-Nasa'i]
Hadith ini merupakan rengkasan apa yg berlaku dalam mencari kaedah atau cara memanggil orang supaya datang ke masjid untuk bersolat berjema'ah. Mengikut hadith ibnu majah, Abu Ma'zurah dan Omar b Khattab (r.a) kedua-duanya bermimpi suatu malam selepas perbincangan mencari kaedah memanggil orang untuk bersolat itu. Dia ditemui oleh seorang yg berpakaian (berjubah) putih bertanyakan apakah yg dimuskilkan. Maka diberitahu bahawa mereka sedang mencari seseorang untuk membeli loceng ataupun trumpet yg akan digunakan untuk memanggil orang bersolat. maka dijawab oleh orang tersebut mengapa tidak diazankan sahaja dan diajarkan olehnya kalimah-kalimah azan dan diberitahu bagaimana, iaitu kaedah yg lebih baik dari apa yg mereka fikirkan itu. Abu Ma'zurah keesokan harinya memberitahu Rasulallah (s.a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu Bilal b Rabbah supaya azan. Omar (r.a) yg mendapat mimpi yg sama tidak dapat bertemu dengan Rasulallah (s.a.w) kerana urusan, maka Abi Mahzurah telah mendahuluinya memberitahu Nabi (s.a.w) yg dimimpikan itu.
Jelasnya, dua orang sahabat diilhamkan oleh Allah (a.w) melalui mimpi kalimah-kalimah azan tersebut. Bilal adalah orang yg pertama menjadi muazin Nabi (s.a.w) di Masjid Nabawi. Abi Mahzurah pula, ketika terbukanya kota Mekah (Fathul-Makkah), menjadi muazin di Mekah. [Nota: Bilal terkenal sebagai orang yg memiliki suaran yg baik serta lantang dan nafasnya yg panjang. Sehingga hari ini, orang tidak menyebut tukang azan itu sebagai muazin, tetapi 'Bilal', walhal Bilal bukanlah bermaksud tukang azan.]
Apakah kalimah-kalimah azan itu? Dan bagaimana mengerjakan azan? Ini dijelaskan dalam beberapa hadith, antaranya hadith berikut:
Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ... dari Abi Mahzurah berkata: 'Mengajarkan aku oleh Rasulallah (s.a.w) azan. maka bersabda Nabi (s.a.w) (mencontohkannya): Allahu Akbar (dua dua kali = 4 kali), Asyahaduallailaha ilallah (2 x) 'Asyahadu anna Muhammadaar rasulallah' (2x). Kemudian diam dia sambil menyebut kalimah 'Asyhadu alla ilaha ilallah' (2x) dan 'asyahadul anna Muhammadar rasulallah' (2x) yg boleh didengarnya sendiri, tanpa boleh didengar oleh orang lain. (Kemudian menyambung) 'Haiya 'alas-solah' (2x), 'Haiya 'alal falah' (2x) . 'Allahu Akbar (2 x) (dan diakhiri dengan) 'Lailaha ilallah'. [Hadith an-Nasa'i]
Nota: Kalau kita perhatikan hari ini, kebanyakan muazin tidak membuat sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu setelah menyebut 'Asyahaduanna Muhammadar rasulallah' (2x) itu, sepatutnya dia diam dan membaca kalimah-kalimah syahadah itu (2x) yg boleh didengar oleh dirinya, i.e. tidak dikuatkan. Hari ini kebanyakan muazin terus menyudahkan azannya tanpa berbuat sedemikian! Jelaslah, muazin itu kurang ilmu, kerana tidak mempelajari as-Sunnah. Di dalam Islam segala amalan dan ibadah itu hendaklah bersandarkan ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah bukan main ikut-ikut saja!
Kita sambung lagi perbincangan tentang azan ini kemudian nanti insya Allah, supaya kita benar-benar faham tentang azan dan qamat mengikut syariat Islam yg haq. Insya Allah
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment