Thursday, March 18, 2010

Jihad: Pahalanya? (Sambungan)

Assalamualaikum,
Saudara, berjihad dalam ugama islam atau berjihad pada jalan Allah (i.e. fi sabilillah) itu, amat banyak pahalanya! Namun, kebanyakan kita jahil tentang apa yg dimaksudkan berjihad dan apakah bentuk-bentuk jihad itu! Bentuk-bentuk jihad itu, termasuklah:
1. Berperang dengan musuh Islam demi mengembangkan atau menyemarakkan Islam sebagai ugama yg diridhai Allah (a.w) (Nota: Inilah yg berlaku zaman Rasulallah (s.a.w) apabila manusia begitu jahil, menyembah batu dan patung dan berhala sebagai tuhan, selepas 600 tahun ditinggalkan Nabi Isa (a.s), manusia kembali menjadi kafir dan musyrik, telah lupa mereka syariat ugama Musa (a.s) dan ajaran Kitab Taurat, dan lupa mereka atau tidak mahu mereka ikuti syariat ugama Allah (a.w) zaman Isa (a.s) dan panduan Kitab Injil. Jarak masa antara kewafatan Musa (a.s) dan dijadikan Isa (a.s) Rasul melalui Kitab Injil adalah 800 tahun. Kemudian, Islam disyariatkan selepas 600 tahun Isa (a.s) diangkat ke langit oleh Allah (a.w) selepas 3 tahun menyanmpaikan syariat ugama Allah (a.w) dengan panduan Kitab Injil). Masyarakat Bani Israil (i.e. keturuan Nabi Ya'kub (a.s) digelar sebagai Bani Israil kerana Yaakub dikenal dengan nama 'Israil') tidak menerima Isa (a.s) dan Kitab Injilnya, manakala masyarakat Barat lain, khususnya mereka yg menggelarkan mereka sebagai Kristian pula, terlalu mengagungkan Isa (a.s), sehingga menjadikan beliau 'anak tuhan' pula. Masyarakat Barat yg beriman dengan Kitab Taurat dan Kitab Injil telahpun diberitahu oleh Allah (a.w) dalam kedua-kedua kitab tersebut, tetapi mereka memadamkan rujukan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) dan rujukan kepada Islam sebagai ugama umat manusia akhir zaman.
Kerana itulah orang Yahudi (Bani Israil) dilaknat Allah (a.w) dan dimurkai Allah (a.w) sementara orang Kristian pula dimurkai Allah (a.w) kerana memandai-mandai mengatakan Isa (a.s) anak Tuhan dan kedua-dua kaum terebut tidak mahu menerima Islam dan Rasulallah (s.a.w), walaupun para ulama' mereka zaman silam tahu. Maka mereka juga sesat kerana tidak menerima Islam dan dimurkai kerana tidak mahu terima Nabi Muhammad (s.a.w) yg diangkat Allah (a.w) RasulNya. [Nota: Inilah juga alasan kokoh mengapa Yahudi dan Nesrani tidak sekali-kali layak dipertimbangkan merujuk kepada tuhan mereka sebagai 'Allah'. Tuhan mereka bukan Allah (a.w) tetapi bayangan imaginasi para ulama' mereka yg sesat, dan tuhan mereka adalah Jesus atau Yesus dan Jesus atau Yesus bukanlah Isa (a.s)!]
2. Berdakwah menegakkan kebenaran (i.e. yg haq) terutama hakikat bahawa Islam dan syariatnya itu hanyalah ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah (inilah sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa tidak akan sesat orang Islam dalam hidupnya di dunia mencari kerhamatan Allah (a.w), i.e. syurga, jika mereka berpegang hanya kepada dua peninggalannya dalam Islam sebagai panduan hidup serta panduan ibadah dan amalan, iaitu Kitab Allah (a.w) i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah);
3. Mereka yg menumpukan masa dan sebahagian kehidupannya menyampaikan ilmu yg haq kepada manusia, supaya manusia yg Islam itu benar-benar beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah;
4. Mereka yg menumpukan masa dan sebahagian kehidupannya mempelajari ilmu yg haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, supaya membolehkan dia terpandu dalam hidup dan dalam mengerjakan amalan dan ibadah sejajar dengan apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). [Nota: Hari ini begitu ramai umat Islam yg tergelincir kerana tidak mahu menyemak ibadah dan amalan mereka dengan mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, dan dengan mempastikan segala amalan dan ibadah yg dikerjakan adalah menepati ketetapan as-Sunnah, kerana hanya ibadah dan amalan yg menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) yg diterima Allah (a.w).]
Apakah pahala yg diperolehi oleh golongan orang-orang iman sedemikian itu? Orang yg berjihad zaman Rasulallah (s.a.w) mendapat kedudukan yg tinggi dalam syurga, terutama mereka yg berjuang menegakkan Islam dengan mengorbankan dirinya dan hartanya, seumpa Saidina Hamzah, yg hatinya dimakan oleh isteri Abu Jahal, walhal dia adalah saudara suaminya! Mereka duduk dalam syurga dimana terdapat para rasul dan para nabi kelak. Yg lain macam mana pula ganjaran balasan ahalanya?
Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ... hadith dari Sahil b Said berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sepagi dan sepetang seseorang itu di dalam membela ugama Allah (a.w) (i.e. fi sabilillah) adalah lebih afdhal (i.e. lebih baik) daridunia dan apa-apa yg menjadi isinya.' [Hadith an-Nasa'i]
Bukankah begitu banyak ganjarannya di akhirat kelak? Hari ini dilapurkan John Carlos (Mexico) adalah orang terkaya di dunia, mengikut Forbes Magazine, mengalahkan Bill Gates (Microsoft, US). namun kekayaan mereka, malah kekayaan kesemua yg tersenarai sebagai terkaya di dunia mengikut Forbes itu, tidak sampaipun ke tahap kekayaan Karun zaman Musa (a.s)! Jadi berbanding dengan mereka yg devote masanya sepagi dan sepetang mengajarkan ilmu dan mempelajari ilmu mengenai Islam yg haq (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah) menghasilkan kekayaan yg jauh lebih lipat kali ganda dari mereka itu. Kekayaan itu diperoleh di akhirat kelak! Walaupun, begitu berapa ramaiklah orang Islam yg bersedia menumpukan sebahagian masa hidupnya mempelajari al-Quran dan as-Sunnah? Walhal, tidak ternilai besarnya pahala yg dianugerahkan Allah (a.w) kepada mereka yg ingin mempelajari al-Quran dan as-Sunnah! Mungkin, ramai orang sedemikian itu tidak yakin dengan janji Allah (a.w). Orang Islam lebih suka menjadikan orang yg kaya itu idola hidup di dunia, walhal semua yg kaya sekarang ini sukar berjaya dalam ujian Allah (a.w) kerana harta dan anak serta isteri dan anak itu adalah fitnah (cubaan) terhadap manusia. Jika mereka gagal ujian tersebut mereka akan merengkok dalam neraka! Waliyazubillah.
Fikirkanlah, dan usahakanlah untuk mengenali Islam dan syariatnya yg haq yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) jika inginkan keselamat akhirat dan berjaya mendapat keridhaan Allah (a.w) di akhirat kelak... Amin
jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment