Monday, March 1, 2010

Salam: Salutation sesama orang Islam dan Iman (Samb.)

Assalamualaikum,
Apakah ketetapan Islam dalam memberi salutation kepada orang yg bukan Islam? Bolehkah? Isu ini pernah dibangkitkan oleh Dr Mohd Asri, bekas Mufti Perlis, suatu ketika dahulu. Kita lihat ketetapan as-Sunnah mengenainya:

Menjawab Salam Orang Kafir

Di dalam dunia moden ini, terutama di Malaysia, kita akan temui orang-orang bukan Islam yang memberi ‘salam’ kepada kita. Mereka bersekolah atau menuntut bersama-sama rakan-rakan mereka orang Melayu, maka mereka juga tahu peradaban orang Islam. Apabila memberi ‘salam’ dia kepada kita yang Islam bagaimanakah perlu kita berbuat (respons)?

Hadith di bawah ini menjelaskan bahawa orang Islam itu dilarang oleh as-sunnah tidak memberi ucapan ‘salam’ kepada orang bukan Islam. Memadailah kita jawab ‘Atas kamu’ sahaja:

Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubaidullah ibnu Abi Bakar bin Anas hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Nabi (s.a.w) ketika diberi ‘salam’ oleh seorang ahli kitab (yakni, orang Yahudi atau Nesrani) maka dibalasnya dengan ucapan ‘Wa ‘alaikum’ [Maksud ungkapan: Atas kamu].’ [Hadith al-Bukhari]

Jazakallahu khairah

[Nota: Umat Islam ditegah menjawab ‘salam’ seseorang yang tidak Islam sebagaimana kita membalas ‘salam’ seseorang Islam. Namun, demi menjaga persaaan mereka yang Islam yang tidak memusuhi kita kita jawablah sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) di atas itu]

No comments:

Post a Comment