Tuesday, March 23, 2010

Rumah tangga: Suami kawin lain ... (Samb)

Assalamualaikum,
Sememangnya diketahui semua bahawa perceraian itu walaupun dibenarkan dalam Islam tetapi sangat-sangat dibenci Allah (a.w). Adalah menjadi resmi seorang lelaki itu sukakan perempuan. Begitu jugalah dalam Islam suami itu, terutama yg kuat keinginan syahawatnya, terkadang tidak cukup dengan isteri yg satu, maka inginkan isteri lebih dari satu. Oleh kerana Islam membolehkan, maka sebaik-baik isteri dalam Islam adalah membenarkan suaminya berkahwin lebih dari satu. Jika suaminya kurang adil atau tidak adil, itu bukan tanggung jawab isteri, tetai berat atas si suami, apabila berdepan dengan Allah (a.w) di akhirat kelak.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Imam Bukhari) ... hadith dari Aisyah (r.ah) mengenai firman Allah (a.w) (yg berbunyi: 'Wa-imra-atu khafat min baghliha nussyuzan au 'ikradiha' [Maksud: Dan jika seorang perempuan (i.e. isteri) khuatir dari suaminya menyimpang darinya (i.e. inginkan wanita lain menjadi isterinya selain dia) atau berpaling darinya (i.e. tidak lagi ingin semata-mata beristerikan dia sahaja)] , berkata: 'Adapun seorang perempuan (i.e. isteri) ada di sisinya seorang lelaki (i.e. suami) tidak memperbanyakkan (i.e. bersama-sama dengannya) darinya (isteri) maka menghendaki mentalakkan (i.e. menceraikannya) dan ingin mengahwini selain dia, berkata kepada suaminya: 'Menyimpanlah akan daku dan janganlah ceraikan daku, kemudian mengahwini selain perempuan, maka tidak menafkahkan atasku dan sebahagian bagiku'; maka demikianlah firman Allah (a.w): 'Fala junaha 'alaihima an yasalaha bainahuma solha, was-sulhu kahirun' [Maksud: 'Maka tidak berdosa atas kedua-duanya (suami dan isteri) bahawa berdamai antara kedua-duanya berdamai, dan berdamai (kedua-duanya) adalah lebih baik.' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
Hadith ini memberikan panduan bahawa jika seorang suami itu sudah tidak lagi mencintai isterinya, dan ingin beristerikan orang lain, dan jika si isteri itu rela suami mengahwini perempuan lain walaupun dia rela tidak dinafkahkan dan ditiburi, maka tidaklah berdosa atas isteri dan suami. Perdamaian sedemikian itu adalah lebih baik dalam Islam. Islam membenci perceraian. Dan, Islam membolehkan situasi yg disebutkan dalam hadith di atas itu., i.e. isteri bersedia kekal menjadi isteri tanpa disarai zahir dan batin, asalkan tidak diceraikan oleh suaminya, dan dia rela suaminya berkahwin dengan wanita lain. Inilah keputusan terbaik bagi si isteri dan si suami.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment