Wednesday, March 31, 2010

Nikah: Berbulan madu dgn Janda atau dara

Assalamualaikum,
Saudara Islam membolehkan lelaki beristerikan dua atau tiga atau empat, dan jika tidak boleh berlaku adil, maka kahwinlah seorang isteri saja. Itulah ketetapan al-Quran Ayat 2, Surah an-Nisa'.
Firman Allah (a.w): ' ... maka nikahi perempuan yg kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja ...' [Ayat 2, Surah an-Nisa']
Ayat ini memberikan ketetapan yg membolehkan seorang lelaki itu menikahi lebih dari dua isteri, sekiranya dia mampu. Poligami adalah amalan lazim masyarakat zaman para rasul dan bani yg terdahulu. Contohnya: Nabi daud (a.s) mempunyai 100 isteri. Begitu jugalah anaknya, Nabi Sulaiman (a.s). Nabi Ibrahim (a.s) mempunyai dua isteri sahaja. Rasulallah (s.a.w) mempunyai sembilan isteri, selepas meninggalnya isteri beliau yg pertama iaitu Siti Hadijah (r.a). Daripada 9 isteri, hanya Aisyah (a.w) yg merupakan anak dara, selainnya adalah janda kerana kematian suami atau kerana suaminya tidak masuk Islam. Antaranya Habsyah (anak Omar b Khattab (r.a)) dan Ummu Salamah (r.ah), janda Abi Salamah , seorang sahabat Nabi (s.a.w) yg meninggal. Dengan turunnya ayat di ats itu, Islam menghadkan pernikahan hanya empat sahaja.
Keadilan di dalam Islam tidak menyentuh tentang perasaan, maksudnya jika seorang lelaki itu memiliki 4 isteri, tidaklah wajib dia mengasihi setiap isteri sama.Mustahil seorang lelaki itu boleh mengasihi antara perempuan sama banyak atau mendalamnya. Tetapi, suami wajib kasihi semua isterinya dan melayani setiap seorang dengan saksama, termasuklah giliran bermalam dengan setiap satunya sama mesra dan rukun dan berkasih sayang. Demikian juga anak-anaknya. Suami bertanggungjawab mengadakan tempat tinggal, saraan makan minum yg adil, pakaian yg adil terhadap semua isterinya. Tidak dibolehkan melebihi satu dengan yg lain, kecualilah bilangan anak-anak yg berbeza antara isteri, maka dilebihkan isteri yg mempunyai anak yg lebih. Malangnya, hari ini lelaki nak kahwin banyak tapi tak mampu dan tidak adil dari segi nafkah zahir dan batin, Lebih-lebih lagi membimbing isteri serta anak-anak menjadi umat Islam yg tidak lupa tanggungjawab kepada dan terhadap Allah (a.w).
Kalau seseorang itu sudah mempunyai isteri, kemudian dia menikahi seorang anak gadis (i.e. dara) bagaimana? Dan, kalau dia sudah ada isteri kemudian menihaki pula seorang janda, berapa harikah dia wajib berada dengan isteri mudanya selepas menikah? Islam mengatur ketetapan segala sesuatu secara terperinci, sehinggakan giliran antara isteri juga ditetapkan. Malah berapa lama disyaratkan berbulan madu apabila kahwin isteri kedua, ketiga dan keempat.
Menceritakan hadith kepadaku (ata Bukhari) ... dari Anas (r.a): 'Andaikata bahawasanya berkata, bersabda Nabi (s.a.w) akan tetapi berkata: 'Adalah suatu sunnah apabila mengahwini seorang gadis (i.e. dara) hendaklah berada bersamanya (i.e. menetap di rumahnya) 7 malam, dan ketika menikahi seorang janda, hendaklah bersamanya 3 malam.'[Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
Hadith ini memberi ketetapan as-Sunnah bahawa lamanya berbulan madu ketika berkahwin itu adalah 7 hari tujuh malam, dan jika menikahi seorang janda dibenarkan bersama-samanya buat pertama kali 3 hari tiga malam. Inilah tempoh berbulan madu dalam Islam.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... dari Anas (r.a) berkata: 'Adalah dari ketetapan as-Sunnah ketika menikahi seorang lelaki seorang anak dara melebihi janda (ie. memilih sebagi isteri anak dara, hendaklah) bertempat dia bersama-sama (isteri barunya) 7 hari tujuh malam, kemudian hendaklah kembali (i.e. menggiliri isteri atau isteri-isteri yg lainnya); dan jika menikahi seorang dia janda (i.e. memilih janda sebagi isteri barunya, hendaklah) menetapi bersama-samanya (isteri barunya) selama 3 hari tiga malam, kemudian kembali (i.e. menggilirkan isteri atau isteri-isterinya yg lain.' Berkata Abi Qilabah: 'Andainya berkehendakkan aku nescaya berkata aku sungguh-sungguh telah merafa'kan Anas ini hadith dari Nabi (s.a.w). Dan, berkata Abdul Razak: 'Menceritakan kepadaku (ini hadith) oleh Sufian dari Ayub dan Khalid. Berkata Khalid: 'Dan seandainya mengkehendaki aku, berkata aku merafa'kan ini hadith dari Nabi (s.a.w).' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah (hadith marfu')]
Hadith marfu' ini memberi ketetapan as-Sunnah bahawa berbulan madu dengan anak dara yg dinikahi itu adalah selama 7 hari tujuh malam sahaja dan bagi janda 3 hari tiga malam, kemudian hendaklah kembali ke rumah isteri pertama dan, jika ada isteri-isteri lain, menggilirkan bersama dengan isteri-isteri lain.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment