Tuesday, March 16, 2010

Mandi Junub: Peringatan ...

Assalamualaikum,
Sudahkah saudara mengubah cara saudara mandi junub supaya saudara mandi junub menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)? Jika tidak rugilah saudara. Kerana mandi junub yg tidak menepati ketetapan as-Sunnah tidak sah. Apabila tidak sah mandi kita, maka tidak sah - bahkan berdosalah kita - apabila kita kerjakan sesuatu ibadah dan amalan seperti solat, memegang dan membaca al-Quran, mengerjakan haji dan umrah dan sebagainya.
Bagaimana mandi junub mengikut ketetapan as-Sunnah? Kita semak semula prosesnya. Sandaran nas dan dalilnya saudara boleh rujuk semula post-post yg lalu.
Yg utama diingatkan adalah mandi junub itu mengandungi dua proses, iaitu pertama, berwudu,; dan kedua, mandi meratalan air. Prosesnya adalah seperti berikut:
1. Berniat dalam hati tanpa melafazkan niat seumpama membaca 'Nawaitu hadathil akbari ...' atau 'Sahaja aku mandi junub kerana Allah (a.w)' dan seumpamanya;
2. Membasuh kemaluan dan kawasan yg terkena lendir-lendir mazi dan mani;
3. (Proses Wudu' itu sepertti dalam post sebelum post ini, iaitu 'Wudu': Peringatan ...' );
4. Menyiram air mula-mula di bahagian kanan tubuh mulai dengan kepala sebelah kanan, kemudian menyiram air ke bahagian kiri badan, mulai dari kepala; dan akhirnya, menyiram air ke bahagian tengah badan, mulai dari bahagian kepala;
5. Meratakan air ke bahagian badan.
6. Membaca Doa Wudu' dengan memulakan dengan menyebut dua kalimah syahadah dan Doa Wudu'.
Bagi perempuan yg lebat atau tebal atau panjang rambutnya, tidaklah perlu dia membuka sanggul atau merongkaikan rambutnya, dan membasai rambutnya sepenuhnya, kerana yg disyaratkan hanyalah dengan jari-jari tangan yg ada air wudu' itu, dia mensela-selakan jari-jari tangannya ke pangkal rambutnya supaya rata terkena air. Tidak perlu menyiram air (yg akan menyulitkan pula dia mengeringkan rambutnya). [Nota: Harus diingat: Bahawa yg wajib dilakukan adalah mengenakan air ke pangkal rambut atau ke kulit kepala, bukan membasuh rambut! Mandi junub bukanlah membersihkan kekotoran sebagaimana membasuh najis yg terkena di badan. Ianya adalah ketetapan dalam syariat. inilah hakikat yg sering disalah faham oleh orang Islam, terutama perempuan.]
Bilakah kita perlu mandi wajib? Situasi-situasi yg kita perlu atau wajib mandi junub itu adalah seperti berikut:
1. Apabila keluar mani bagi lelaki atau apabila keluar mazi yg banyak bagi perempuan, tanpa proses jimak atau persetubuhan;
2. Selepas melakukan jimak atau persetubuhan (dengan isteri);
3. Selepas tamat atau tus darah haid;
4. Selepas tus darah nifas (i.e. tus darah perempuan yg bersalin atau melahirkan anak) ;
5. Ketika hendak memakai kain ikhram dan berniat untuk mengerjakan haji atau umrah di miqat (i.e. tempat yg ditetapkan untuk berikhram bagi haji dan umrah);
6. Selepas memandikan mayat
Kalau perempuan tu haidnya tak tus selepas tempoh yg normal, bagaimana? Memang ada perempuan yg haidnya tak selesai atau darah haidnya, melebihi tempoh normal, iaitu 7 hari. Dalam kes ini, jika darah haid tidak tus melampaui 7 hari, maka selepas 15 hari hendaklah dia mandi junub supaya dia boleh solat. dalam kes ini, kerana darahnya belum tus, walaupun mungkin tak banyak, namun masih ada, maka hendaklah dia basuh farajnya kemudian mandi junub seperti biasa, selepas itu dia memakai lampin haid, dan hendaklah dia solat. Hendaklah dia mandi junub setiap kali hendak bersolat. Demikian jugalah kesnya bagi perempuan bersalin yg darah nifasnya tak tus selepas tempoh lazim, katalah melebihi 45 hari. Hendaklah dia berbuat sebagaimana dia berbuat dalam kes yg darah haid tak tus. Yg utama diingatkan adalah perempuan haid dan nifas tidak boleh mengerjakan solat, memegang dan membaca al-Quran dan mengerjakan Tawaf untuk ibadah haji dan umrah.

Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment