Assalamualaikum,
Seseorang Islam yg beriman itu sentiasalah ada keinginan dalaman untuk untuk memperbaiki diri sebagai seorang Islam yg beriman. Antara cara dan kaedahnya adalah mendalami ilmu mengenai Islam dan syaraiatnya, i.e. mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, terutama as-Sunnah, kerana as-Sunnah menunjukkan bagaimana hendak menjadi seorang yg keimanan serta ketaqwaannya yg tinggi dan sentiasa meningkat. Harus diingat bahawa apabila kita menyebut tentang 'ilmu' hendaklah kita faham bahawa ilmu yg wajib kita pelajari dan fahami adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dengan mempelajari al-Quran dan mempelajari as-Sunnah. Semua yg Islam dan beriman itu wajib mendalami as-Sunnuah supaya dengan itu kita dapat mencontohi perbuatan serta perlakuan dan keperibadian Rasulallah (s.a.w) yg diiktiraf Allah (a.w) sebagai 'uswatun hasanah' - model ikutan Muslim terbaik.
Diriwayatkan hadith dari Hamam hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata:' Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ketika memperbaiki salah seorang kamu sekelian akan keIslamannya, maka setiap kebaikan yg dikerjakannya ditulis baginya dengan sepuluh kebaikan seumpama kebaikan yg dilakukannya sehingga 700 kali gandaan kebaikan pula, dan (akan tetapi) setiap kejahatan (atau keburukan) yg dilakukannya ditulis baginya seumpama keburukan tersebut.' [Hadith Bukhari, Kitab Iman]
Hadith ini menyebutkan semula firman Allah (a.w) di dalam al-Quran yg menyatakan bahawa setiap kebaikan yg dilakukan diberi ganjaran 10 kebaikan sehingga digandakan menjadi 700 kebaikan, tetapi setiap kejahatan yg dilakukan dikira sebagai satu kejahatan (i.e. dosa). Firman Allah (a.w): 'barangsiapa mendatangkan (pada dirinya) dengan satu kebaikan maka baginya (gandaan kebaikan) 10 seumpamanya, dan barangsiapa mendatangkan dengan satu keburukan maka tidak dibalas kecuali kejahatan (i.e. dosa) satu seumpamanya, dan mereka tidaklah dizalimi (oleh Allah (a.w).' [Ayat 160, Surah al-An'am]
Demikiannya pemurah Allah (a.w) terhadap kita, manusia. Yg baik diganda dan yag jelik tidak digandakan. Manusia itu tidak dizalimi Allah (a.w) kerana begitu baiknya imbangan ganjaran pahala dan dosa kepada kita. Baik dapat 10 hingga 700 gandaan pahala, jahat dapat satu dosa! Justeru itu, sepatutnyalah kita mendapat ganjaran pahala jauh lebh banyak dari dosa dalam kehidupan kita. Namun, ramai diantara kita kerana sebab-sebab tertentu, terutama kerana pergaulan dengan orang-orang yg jahat dan keji sifatnya, kita sering melakukan kejahatan, atau kita terpengaruh oleh keenakan dunia, sehingga kita melupakan tanggungjawab kita sebagai orang Islam.
Selain itu, sesiapa yg mengikuti tulisan dalam blog ini tahu bahawa ada banyak perbuatan serta amalan kita yg jika kita lakukan atau kerjakan akan menghakis dosa-dosa kita, seperti berwudu', bersolat, merahsiakan keaiban orang, mencanangkan kebaikan orang, bersedekah, memabntu orang dalam kesusahan, bangun malam mengerjakan amalan, berwirid, berzikir dan berdoa selepas solat dan sebagainya.
Semoga kita sentiasa terpandu dan dipandu Allah (a.w) dalam hidup kita untuk sentiasa memperbaiki diri kita menjadi orang Islam yg lebih baik keimananannya dan ketaqwaan kita, insya Allah, Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment