Friday, March 5, 2010

Nasihat Rasulallah (s.a.w)

Assalamualaikum,
Saudara dalam hidup ini sebagai seorang Islam yg beriman, wajarlah kita mencari panduan-panduan yg memanfaatkan kita, demi akhirat kita. Dalam konteks ini penulis telah tuliskan beberapa nasihat khusus Rasulallah (s.a.w) kepada para sahabatnya, seumpama Ibnu Abbas (r.a), Abu Zarr (r.a) dan lain-lain lagi dalam blog ini. Kini kita lihat pula apakah nasihat khusus Rasulallah (s.a.w) kpd Abu Hurairah (r.a). Abu Hurairah adalah antara sahabat yg banyak meriwayatkan hadith yg amat berguna demi panduan kita tentang as-Sunnah.
Seperti biasa nasihat serta panduan kepada sahabat adalah panduan kpd kita yg Islam. Apabila kita dapati, wajarlah kita ikuti dan ambil jadi panduan hidup kita.
Diriwayatkan hadith dari Hasan hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Siapakah yg mengambil dariku semua kalimat (i.e. segala sesuatu menyentuh sunnah Rasulallah (s.a.w)) maka beramal dengannya atau mengajarkannya (kpd orang lain supaya) mengamalkan dengannya (i.e. sunah-sunah tersebut)?' Maka berkata Abu Hurairah: 'Maka berkata aku 'Aku (i.e. akulah orang yg mengambil sunnah serta memberitahu rang lain mengenainya supaya beramal mereka dengannya), wahai Rasulallah (s.a.w)!'. Maka mengambil Rasulallah (s.a.w) tanganku (i.e. dipegangnya sebelah tangan kanan Abu Hurairah), maka mengira dia lima (jarinya), dan bersabda: 'Takutkanlah kepada beberapa perkara yg haram, maka jadilah engkau seorang ahli ibadah di kalangan manusia. Dan ridha (i.e. suka) engkau dengan apa-apa yg diberikan oleh Allah (a.w), jadilah engkau orang yg lebih kaya dikalangan manusia. Dan, memperbaikilah hubungan dengan beberapa jiran tetangga, jadilah engkau orang yg sungguh-sungguh beriman. Dan, suka engkau dengan apa-apa untuk manusia lain apa-apa yg engkau suka untuk diri engkau, jadilah engkau orang yg benar-benar Islam (i.e. orang yg benar-benar berserah kepada Allah (a.w)). Dan, janganlah engkau membanyakkan tertawa, maka sesungguhnya membanyakkan tertawa itu mematikan (i.e. mengeraskan) hati engkau (i.e. tidak mau menjadi baik, tidak menerima nasihat orang dan tidak bersifat mulia dan ikhsan terhadap orang lain).' [Hadith at-Termidzi]
Hadith ini menceritakan suatu masa, Rasulallah (s.a.w) bertanya dikalangan para sahabat siapakah orang yg mengambil sunnah beliau (menghafal atau menulis atau mencatitkan apa-apa yg disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya diajarkan atau disampaikan kepada orang Islam lain sunnah Rasulallah (s.a.w) tersebut. Apakala di jawab oleh Abu Hurairrah (r.a), maka dipegang Rasulallah (s.a.w) tangan kanan Abu Hurairah kemudian mengangkat kelima-lima jari tangan Abu Hurairah ke atas sambil memberi nasihat lima perkara:
Pertama, hendaklah seseorang Islam yg beriman itu sentiasa berwaspada dan takuti perkara-perkara yg haram dan menjauhinya, maka berbuat sedemikian menjadikan seseorang itu benar-benar seorang ahli ibadah;
Kedua, hendaklah seseorang yg Islam dan beriman itu suka atau sentiasa mensyukuri pemberian atau kurniaan Allah (a.w), supaya menjadikan orang yg sedemikian itu orang sentiasa merasa cukup dan kaya dalam dirinya, tidaklah terlalu cintakan atau mengutamakan dunia (kerana di dalam al-Quran, Allah (a.w) mengingatkan manusia supaya jangan jadi pencinta dunia maka akan terlepaslah akhiratnya dan apa yg didapatinya untuk dunianya sekadar apa yg sudahpun ditakdirkan (qada') baginya. Dan Rasulallah (s.a.w) mengingatkan manusia bahawa sesiapa yg mengutamakan dunia, maka membahayakan akhiratnya, dan sesiapa yg mengutamakan akhiratnya Allah (a.w) memberi kepadanya dunia dan akhirat bersekali);
Ketiga, sentiasalah berbuat baik kepada dan terhadap jiran tetangga, walaupun mungkin jiran tetangga tidak 'appreciate' kebaikan yg kita dilakukan, maka jika berbuat sedemikian itu, maka jadilah kita orang yg tergolong sebagai orang-orang yang benar-benar beriman, kerana orang yg beriman itu sentiasalah tidak menyakiti atau menyusahkan jirannya;
Keempat, menjadilah orang yg sukakan saudara sesama Islam mendapat sesuatu yg dia suka dapati untuk dirinya, maka jika dia bersifat sedemikian itu, jadilah dia seorang yg benar-benar Islam, i.e. menyerah diri kepada Allah (a.w), yakni menjadi orang Islam yg sebenarnya; dan
Kelima, jangan membanyakkan ketawa, kerana apabila banyak tertawa akan lupa diri, dan menjadikan diri lupa untuk bersedia untuk akhirat, kerana hatinya menjadi keras dan sukar untuk berubah ke arah kebaikan apakala diberitahu yg baik atau diberi nasihat demi kebaikan dirinya di akhirat.
Malangnya, hari ini kita sering temui orang yg sifat-sifatnya 'opposite' kpd sifat-sifat luhur yg dianjurkan atau dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu. Ramai orang Islam yg kaya ataupun tidak, sering menghampiri banyak perkara yg haram dalam hidup seharia-harian mereka dengan berbagai ragam. Ramai orang Islam yg kaya dan tidak kaya tidak mensyukuri pemberian Allah (a.w), yg kaya semakin rakus dan yg miskin semakin penat lelah berusaha untuk mencari kesenangan sehingga melupkan tanggungjawab mereka terhadap Allah (a.w).. Orang-orang sedemikian itu tidak bersyukur kepada Allah (a.w). Ramai yg menjadi tetangga kita tidak mahu bertegur sapa dan melakukan berbagai perkara pula yg menyakiti hati kita yg menjadi tetangganya, mementingkan dirinya sendiri semata-mata dalam perkara tetangga. Ramai orang Islam yg iri hati serta hasad dan dengki terhadap orang lain, Ranmai pula yg mencaci dan mengata serta mengumpat saudara Islam yg lain. Ramai yg suka pula menganianya saudara Islam lain demi kepentingan dirinya. Ramai antara kita yg suka sangat ketawa dan lupa diri. malahan ada pula kaya menjadi pelawak, walhal orang yg sedemikian itu diakhirat kelak mendapat azab yg amat besar kerana melalailan manusia lain!
Mudah-mudahan nasihat atau pesanan Rasulallah (s.a.w) kepada Abu Hurairah (r.a) dapat kita manfaatkan untuk diri kita dan dapat kita jadikan panduan hidup kita sepanjang masa supaya kita mencapai mertabat yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment