Wednesday, March 3, 2010

Aqidah: Islam dan Syariatnya

Assalamualaikum,
Penulis terpanggil mengingatkan semula kita semua tentang Islam yg haq itu. Semua orang Melayu dia Islam, walaupun mereka pada hakikatnya Islam kerana dilahirkan Islam oleh ibubapanya yg Islam. Selepas dilahirkan ke dunia, majoriti orang Melayu tidak belajar tentang Islam. Kalau adapun semasa kecil ibubapa mereka menghantarkan kepada ustaz kampung atau tok guru di bandar-danbar untuk belajar membaca al-Quran - supaya tau makhraj huruf, sebutannya, pendek panjangnya, dan tartilnya. Hari ini sudah ada program TV pula dengan tajuk'Mari belajar mengaji' atau 'Mari belajar al-Quran' atau 'Tarannum', i.e. melagukan al-Quran. Lain daripada itu kebanyakan orang Melayu tidak belajar apa-apa tentang ugamanya. Hanya, ketika di sekolah rendah atau sekolah menenagh ada ibubapa yg menghantar anaknya ke sekolah ugama, supaya anak-anak mereka tahu nak solat, nak puasa dan tau serba sedikit halal haram dan sebagainya.
Apabila kita teliti satu dimensi lagi, iaitu belajar as-Sunnah atau al-Hadith. Tidak ada kelas ataupun matapelajaran ugama tentang hadith diajarkan, selain beberapa potongan hadith popular yg diajarkan oleh ustaz/ustazah! Lepas itu, wujud satu lompang yg besar lagi ketara mengenai ilmu tentang Islam, bermula di peringkat sekolah tinggi atau di kolej atau di universiti. Mereka yg menghantar anaknya belajar di luar negeri pula, lagilah tidak mendapat ilmu tentang Islam selain apa yg diwarisi dari ibu bapa mereka.
Orang islam itu diwajibkan belajar ilmu tentang Islam dan syariatnya. Malah mereka wajib tahu ilmu tentang sesuatu amalan dan ibadah,. bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal. Tapi, hari ini majoriti umat Islam, termasuk para ulama' dan ilmuwan Islam sendiri yg tidak mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah sebagaimana yg diteteapkan oleh Islam.
Mengapa ilmu itu wajib wujud sebelum beramal? Inilah perintah Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): 'Wala taqfu ma laisa laka bihi ilmun'.' [Maksud: Janganlah kamu melakukan/berbuat sesuatu atau apa-apa yang tiada bagi kamu ilmu mengenainya.] (Sebahagian Ayat 36, Surah al-Isra').Dalam konteks realiti sekarang, kebanyak kita, mungkin 99 daripada 100 orang yg Islam hari ini, gagal. Kebanyakan kita belajar tentang Islam dari tok-tok guru yg mereka sendiripun masih jahil tentang ilmu dalam konteks firman Allah (a.w) ini. Selalunya kita bertaklid - ikut apa orang kata dan apa orang buat walhal kita sendiri jahil dari manakah ilmu atau asas amalan atau ibadah tersebut! Dan, inilah juga suruhan dan peringatan Rasulallah (s.a.w): ‘Al-ilmu qabla amal’ [Maksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan] Kita diwajibkan memiliki ilmu dahulu mengenai sesuatu ibadah dan amalan sebelum kita mengamalkannya. Tapi, adakah kita telah menyediakan diri dengan ilmu kemudian barulah kita beramal dan beribadah? Mungkin. kalaulah ilmu itu bererti apa yg diajarkan oleh nenek moyang, ibubapa dan tok-tok guru atau ustaz dan ustazah semasa di sekolah!
Islam mewajibkan kita yg Islam itu mempelajari dan mendalami ilmu mengenai Islam dan syariatnya. Inilah ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Menuntut (belajar) ilmu (iaitu ilmu mengenai syariat Islam itu) fardu (wajib) atas setiap orang Islam. ’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Jika kita akui diri kita Islam, tapi kita tidak berusaha mempelajari ilmu mengenai Islam, maka kita berdosa setiap saat dan ketika. Inilah implikasi hadith di atas itu. Kemudian kita wajib pula apakah ilmu yg diwajibkan kita ketahui dan pelajarisebagai seorang Islam? ini dijelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Amru bin ‘As (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: 'Al-Ilmu thalathatun, fa wara a zalika fahua fadlun: Ayatun mukhkamatun, au sunnatun qaimatun, au faridatun ‘adilatun.' [Maksud: Adapun ilmu yang utama (yakni, yang dikatakan wajib dipelajari dan dijadikan panduan hidup sebagai seorang Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dengan jayanya) itu tiga; maka di belakang (yang tiga itu) adalah baik (dikuasai juga): iaitu Ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), atau sunnah yang tegak (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith) atau Hukum Faraid yang ‘adil][Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah] [Nota: Hadith Abu Daud]
Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa ilmu yg wajib kita orang Islam pelajari serta fahami adalah tiga: pertama, ilmu al-Quran; kedua, ilmu as-Sunnah (i.e. al-Hadith) dan ketiga, imu faraid (i.e. pembahagian harta waris dalam Islam). Sebenarnya, hanya dua ilmu yg wajib, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, kerana jika kita pelajari al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti kita mempelajari ilmu faraid itu. Dalam konteks masyarakat Melayu mereka utamakan pelajaran ilmu al-Quran setakat membacanya dan yg ibubapanya 'peka' sedikit tentang ugama, menyuruh anaknya menjadi 'al-Hafiz' (i.e. hafal al-Quran). Tidak diutamakan mempelajari apakah isi kandungan al-Quran kerana al-Quran adalah panduan hidup serta panduan mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Islam mewajibkan setiap kita tiga perkara dalam konteks ilmu al-Quran: Pertama, mahir membacanya dengan sebutan dan mahraj huruf yg betul serta tartil; kedua, faham isi kandungannya (i.e. mesej dalamnya); dan ketiga, berusaha menghafalnya kerana kita perlu membaca surah-surahnya dalam solat, terutama dalam solat-solat sunat yg disunatkan kita membaca surah-surah yg panjang.
Apabila kita teliti pula ilmu as-Sunnah (atau ilmu al-Hadith), kita amat meleset sekali. Berapa ramaikah para ulama' dan ilmuwan Islam yg khattam , sebagai contoh, enam kitab hadith yg diakui sahih dan wajib dijadikan panduan tentang Islam dan syariatnya? iaitu Kuttubul Sittah (Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'i, Sunan Abu Daud, Sunan at-Termidzi, Sunan bnu Majjah)? Untuk mempastikan kita benar-baner mengerjakan bentuk-bentuk ibdah, cara dan kaedah beribadah menepati cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) beramal dan beribadah, kita perlu merujuk kepada enam kitab tersebut! hanya dengan itu kita dapat mencontohi Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) adalah contoh yg wajib semua orang Islam jadikan contoh dan ikuti, kerana dia 'uswatun hasanah' (model ikutan terbaik bagi orang Islam). Kerana, kita yg Islam wajib ambil pakai semua yg dibawakan oleh beliau dan tinggalkan yg ditegahnya. Inilah perintah Ayat 7, Surah al-Haysr. Semua perkara, terutama bentuk-bentuk amalan dan ibadah,. cara dan kaedah beramal dan mengibadahkannya wajib menepati contoh atau yg didemokan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika berlainan, amalan dan ibadah tersebut tidak diterima Allah (a.w)! Rugilah kita. Yg tidak meneapti contoh atau apa yg didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah 'bid'ah'. Kita telah teliti apakah implikasi dan akibat mengamalkannya dalam post-post yg lalu.
Melalui ilmu al-Quran kita faham apakah yg dimaksudkan 'keikhlasan dalam mengerjakan amalan dan ibadah kerana Allah (a.w)' itu, iaitu menetapi perintah Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w):[Maksud: Dan kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) (yakni, syurga Allah (a.w)) dan takutkan akan azab Allah (a.w) (yakni, neraka Allah (a.w))] [Ayat 57, Surah al-Israk]. Niat serta hasrat kita hanyalah supaya dikurniakan kerahamatanNya kerana hanya dengan kerahmatanNya saja kita boleh dapat syurga, dan kita dijauhi dari ‘azabNya (i.e. neraka). Tiada gunanya kita beramal dan beribadah jika bukan untuk tujuan tersebut!
Melalui ilmu al-Quran itu kita tahu dan faham maksud firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Qul, In kuntum tuhibbu nallaha fat-tabi’uni yuhbib kumullahu wa-yaghfirlakum zunubakum.' [Maksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) kepada manusia sejagat)! Jika adapun kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku (yakni, ikuti ketetapan dan suruhanku, yakni as-Sunnah), Allah (a.w) akan mengasihi kamu, dan (Allah (a.w)) akan mengampunkan dosa-dosa kamu.] [Ayat 31, Surah ali-Imran].
Jika kita akur dengan perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) kita selamat dan berjaya dalam ahirat kita. Kerana kita akan akur dengan dua ketetapan Rasulallah (s.a.w) berikut dalam menganuti Islam dan barulah kita berjaya tergolong dalam golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w) (yakni, ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’) (iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali).’] [Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll]
Barulah kita faham bahawa yg dikatakan 'ahlus sunnah' itu adalah mereka yg mengikuti 'sunnah' iaitu sunnah Rasulallah (s.a.w) dan 'sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin' yg empat menjadi khalifah selepas wafat Rasulallah (s.a.w). Orang ini berjaya mendapat syurga. Orang 'Islam' lain, iaitu 72 golongan lagi, nampak Islam tetapi tidak berjaya mendapat syurga. Apabila orang islam itu menepati pula ketetapan hadith berikut, maka mereka diterima sebagai 'berjema'ah'. Maka menepati kedua-dua syarat tersebut barulah boleh digolongkan sebagai golongan yg diiktiraf 'ahlus sunnah wal-jama'ah' yg berjaya mendapat syurga. Syarat kedua itu adalah:
Diriwayatkan hadith daripada Muawiyah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang Ahli Kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam) telah berpecah kepada 72 firqah (atau mazhab atau golongan), dan sesungguhnya umat ini (yakni, umat Islam) akan berpecah kepada 73 firqah (mazhab atau golongan), 72 golongan dalam neraka dan satu golongan sahaja dalam syurga, mereka itulah yang mengikuti jemaah.’] [Hadith Bukhari dan Hadith at-Termidzi]
[Nota: 'Jema'ah' di sini bermaksud mereka yg beramal dan beribadah semata-mata berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah secara berjema'ah. Islam adalah ugama yg dianuti secara berjema'ah bukan sebagaimana lain-lain ugama ciptaan manusia.]
Kita akan perjelaskan konsep 'jema'ah' dalam Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah di lain kesempatan, insya Allah. Post ini memadai untuk menjelaskan kepada kita bahawa dua syarat utama perlu wujud untuk menjadikan kita benar-benar Islam dan berjaya mendapat syurga di akhirat kelak.
Semoga kita diberi masa untuk mengilmukan diri kita supaya kita faham Islam yg haq itu, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah






No comments:

Post a Comment