Assalamualaikum,
Saudara, Islam mengaturkan umatnya begitu tertib lagi rapi. Maka dengan itu dalam semua perkara dari yg besar kepada yg kecil ada panduannya dalam as-Sunnah. Termasuklah dalam perkara solat.
Apabila kita hadir di masjid atau surau untuk bersolat secara berjema'ah, kita akan dapati pelbagai kelakuan makmum - makmum lelaki maupun makmum perempuan. Bagaimana dalam sof atau barisan ketika bersolat? As-Sunnah memandu kita dalam perkara ini. Sila kita lihat hadith berikut:
Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ... hadith dari Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sebaik-baik sof (i.e. barisan) bagi lelaki adalah sof yg terawal (i.e. terkdepan sekali, di belakang imam), dan seburuk-buruk sof bagi lelaki adalah sof lelaki yg terakhir; dan sebaik-baik sof perempuan dalah sof yag terbelakang sekali dalam beberapa sof perempuan, dan seburuk-buruk sof bagi perempuan adalah sof mula atau terdepan di dalam sof perempuan.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]
Hadith ini menyebutkan bahawa sof terdepan adalah terbaik bagi makmum lelaki, manakala sof terkebelakang (i.e. yg hampir pada sof perempuan) adalah yg paling tidak baik bagi lelaki. Sebaliknya, sof perempuan yg terbaik adalah sof yg terkebelakang sekali dari beberapa sof perempuan, manakala yg terburuk sekali sof bagi perempuan adalah yg terkedepan sekali (i.e. hampir dengan sof lelaki). Mengapa? Kerana jika sof lelaki itu tekedepan sekali, maka dia lebih hampir dengan imam solat. Yg terkebelakang pula dia lebih hampir dengan wanita, maka sudah pastilah di terganggu apabila Rukuk atau hendak Sujud, terpandangkan perempuan. Demikian jugalah perempuan. Jika dia di sof yg depan maka dia hampir dengan sof lelaki. Maka dia juga tidak khusyu' kerana melihat lekaki di depannya. Maka yg terbaik bagi perempuan adalah dia bersolat dalam sof yg paling jauh dari sof lelaki. begitu juga dengan lelaki, dia bersolat paling jauh dari sof perempuan.
Walaupun begitu, ketika di Masjidil Haram, di Mekah, atau di Masjid an-Nabawai di Madinah, umat Islam diberi keringanan. Tidak ditentukan sof lelaki ataupun perempuan. Maka dengan itu, suami boleh membawa isterinya bersolat di sebelahnya di kedua-dua masjid tersebut. Dalam keadaan sedemikian, jika seorang lelaki itu terpaksa bersolat di sebelah perempuan di kedua masjid tersebut, tidak mengapa,. hanyalah, dia lebih mampu supaya tidak diganggui oleh kehadiran perempuan berhampiran dengannya!
Apabila kita teliti hadith ini, jelaslah di malaysia ini para ulama' terdahulu telah melakukan suatu amalan yg bertentangan dengan syariat Islam mengikut as-Sunnah. Kenapa? Apabila ditetapkan di masjid atau di surau bahawa ruang solat wanita dibuatkan di sebelah kiri. Maka sof perempuan dan sof lelaki di barisan yg sama, walhal sepatutnya sof perempuan di belakang lelaki. Lebih serius lagi apakal ruang solat perempuan di dindingi oleh tabir atau langsir, sehinggakan kaum wanita tidak dapat melihat imam dan terpaksa mengagak pula pergerakan imam! Maka dengan itu terjadilah berbagai-bagai kesilapan oleh wanita seumpama mereka yg kurang tahu tentang al-Quran, apakala imam melakukan Sujud Tilawah (apabila membaca Ayat Sajdah) mereka tidak tahu, dan mereka tidak dapat pula melihat pergerakan makmum lelaki untuk memandu mereka.
Keadaan ini berlaku apakala orang Islam ingin memberi penekanan kepada aurat dan tegahan lelaki melihat wanita dan wanita melihat lelaki, maka diasingkan mereka dalam perkara penetapan ruang solat. Walhal, yg diutamakan adalah sebagaimana panduan hadith di atas. Jelaslah, dalam perkara kecil sebeginipun, kita masih jahil. Atau, kita membuat pembaharuan dalam amalan! Mudah-mudahan orang-orang yg mentadbirkan jema'ah Islam meneliti hadith ini, supaya membetulkan amalan yg tidak wajar dengan ketetapan syariat Islam.
Jazakallahu khairah
assalamualaikum....tuan,mintak kebenaran copy boleh
ReplyDeleteWalakaimus salam,
ReplyDeleteSaudara segala tulisan dalam blog ini adalah disampaikan percuama kpd sesiapa saja, sebagai panduan mengenai Islam dan syariatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Saudara boleh copy dan edarkan kalau mahu. Saudara boleh war-warkan kpd rakan taulan untuk mengikutinya. Insya Allah dgn kerana itu saudara sama-sama berjuang untuk mmemakmurkan syi'ar ugama Allah (a.w). Kerana itu sdr diberi ganjaran pahala oleh Allah. Mempelajari ilmu adalah sebahagian dari jihad orang iman atau jihad fi sabilillah - mendapat ganjaran pahala melebihi dunia dan isinya! Begitulah dermawannya Allah kepada kita. Jazakallahu khairah, amin