Assalamualaikum,
Cuba kita teliti, apakah pahalanya jika kita berjihad? Kita teliti beberpa potongan hadith berikut:
Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ... hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a)berkata bahawanya seorang lelaki datang menemui Rasulallah (s.a.w), maka berkata (i.e. bertanya kepada beliau): 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Manakah manusia yg lebih afdhal (atau lebih banyak atau lebih besar pahalanya)?' Bersabda Nabi (s.a.w): '(Orang yg paling banyak pahalanya adalah) Orang yg berjihad dengan dirinya (i.e. naywanya) dan hartanya di dalam jalan (i.e. Ugama) Allah (a.w).' Berkata (ie. bertanya lagi leleki itu): 'Kemudian, siapa wahai Rasulallah (s.a.w)?' Bersabda Rasulallah (s.a.w) (menjawab): 'Kemudian orang yg beriman di dalam (i.e. terhadap) beberapa cabang dari cabang ketaqwaan (i.e. takutkan azab Allah (a.w)) dan (orang-orang yg meninggalkan manusia (i.e. orang lain) dalam atau dari keburukan yg dilakukannya.' [Hadith an-Nasa'i]
Hadith ini menyebutkan bahawa orang yg amat besar pahalanya apabila dia melakukan amalan yg berkenaan adalah:
1. Orang yg berjihad (i.e. berperang) dalam membela ugama Allah (a.w), i.e. Islam, dengan dirinya dan hartanya;
2. Orang yg melakukan sesuatu ibadah dan amalan yg termasuk dalam ibadah dan amalan yg meningkatkan ketaqwaan terhadap atau kepada Allah (a.w) - yakni melakukan yg disuruh dan meninggalkan yg ditegah dalam usaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah (a.w);
3. Orang yg meninggalkan orang lain (yg dikenalilnya atau menjadi kawannya atau rakannya) yg di dapatinya melakukan keburukan (i.e. sesuatu yg ditegah oleh Islam atau yg dilarang oleh Islam)
Berjihad dalam membela ugama Allah (a.w) banyak dimensinya, bukan setakat berperag dengan mreka yg memusuhi Islam. Usaha membangunkan syiar Islam di tempat atau pada masyarakat yg bukan Islam, meberdakwah, mengajak mereka masuk Islam adalah satu jihad. Membelanjakan sebahagian harta benda membangunkan kemudahan-kemudahan untuk umat islam, adalah satu dimensi jihad. Mengilmukan diri dan keluarga supaya lebih faham tentang islam dan syariatnya adalah jihad.
Antara cabang-cabang taqwa adalah sentiasa beristiqamah mengerjakan segala suruhan wajib seperti solat, puasa, zakat, infaq, haji dan umrah. dan, meninggalkan segala tegahan adalah cabang-cabang taqwa. Mengerjakan amalan-amalan sunat siang dan malam adalah cabang-cabang taqwa. Berbuat bai kepada ansuia dan menolong mereka adalah cabang-cabang taqwa.
Berkawan dengan orang yg alim dan baik-baik serta menjauhi rakan-rakan ataulan yg sering melakukan keburukan dan kejahatan, seumpama maksiat, adalah dalam kategori ketiga, dalam ketetapan hadith di atas itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment