Sunday, March 21, 2010

Azan: Permulaan azan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudari kita sambung perbincangan kita tentang Azan dan Qamat dalam post ini. Dalam post yg lalu kita tahu asal usul azan itu serta kalimah-kalimah azan tersebutserta kaedah berazan.
Dalam post ini kita teliti Qamat, iaitu selepas masuk waktu solat, muazin akan azan dan kemudian setelah diam sebentar (biasanya, selepas mengerjakan solat sunat sebelum solat fardu), maka muazin akan mengqamatkan solat. Di dalam hadith disebutkan bahawa ketetapan Islam adalah siapa yg azan maka dialah orang sepatutnya qamat. Tapi, hari ini kita lihat berlaku orang yg azan bukan pula orang yg qamat. Ini adalah menyalahi ketetapan syairat Islam.
Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ... hadith dari Syu'bah berkata: 'Mendengar aku Aba jaafar, muazin Masjid 'Uryan (suatu tempat) hadith dari Abi Muthanna, muazin Masjid Jami' (i.e. Kubah) berkata: 'Aku bertanya kepada Ibnu Omar (r.a) dari urusan azan, maka berkata dia: 'Adapun azan pada zaman Rasulallah (s.a.w) adalah dua-dua ( dan adapun iqamah itu satu satu kalimah, kecuali bahawasanya engkau ketika menyebut engkau 'Qad qamatis solah', maka sebutlah dua kali, Maka ketika mendengar aku 'Qad qamatis solah',maka berwudu' aku dan keluar aku untuk bersolat jemaah.' [Hadith an-Nasa'i]
Dalam hadith ini ibni Omar (r.a) menyebut bahawa dia hanya berwudu' setelah mendengar kalimah 'Qad qamatis solah'. lazimnya, ketika mendengar seseorang itu azan dilaungkan, maka hendaklah berwudu', kemudian berada di tempat solat berjemah mengerjakan solat sunat, menunggu solat fardu dimulakan oleh imam. Berbuat sedemikian itu mendatangkan pahala kerana menunggu solat di tempat solat.
Apakah kefadhalan atau kebaikan menjadi muazin? Apakah yg berlaku ketika azan muazin? Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ... hadith dari Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ketika terdengar untuk solat larilah syaitan dan dia (lari itu) sampai terkentut-kentut (menjauhkan dirinya dari terdengar suara azan), sehingga tidak mendengar dia (syaitan) azan itu, maka ketika selesai azan kembali semula (syaitah di kalangan manusia yg hendak solat), ketika didirikan solat (i.e. diqamatkan solat) lari semula dia jauh sehingga tidak kedengaran olehnya qamat, apabila selesai qamat, kembali dia sehingga menggangu dia orang yg solat antara seseorang dan dirinya sambil berkata' uzkur kaza, uzkur kaza' (maksud: Ingatlah begini, ingatlah begini) pada apa-apa yg tidak diingati oleh orang yg bersolat, sehingga hilang (i.e. lupa) seseorang tidak tahu sudah berapa rakaat (yg dikerjakannya).' [Hadith an-Nasa'i]
Demikianlah jahatnya syaitan itu datang dia berkeliaran di kalangan orang yg nak solat sambil mengganggu mereka supaya mengingatkan sesuatu yg dia lupa ketika sebelum solat, sehinggakan dia lupa sesuatu ketika bersolat apakala disuruh syaitan ingat-ingatkan apa-apa yg mereka lupa. Supaya hilang atau hapuslah kekhusyukan seseorang akan solatnya.
Demikianlah kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bagaimana syaitan itu takutkan azan dan qamat, tetapi setelah selesai azan atau qamat syaitah akan berkeliaran semula di kalangan ornag-orang yg solat menyuruh mereka ingatkan sesuatu yg mereka sudah lupa sesuatu, supaya tersasul dia atau terlupa dia tentang rakaat solatnya atau bacaannya ketika solat.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment