Assalamualaikum,
Saudara jihad itu bukanlah semata-mata memegang senjata dan berperang dengan orang kafir untuk menegakkan Islam dan syariatnya. Berjihad juga melihat soft maneuvres dalam mengilmukan manusia tentang Islam dan dalam memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam, mudah-mudahan tertarik mereka menganuti Islam. Berjihad juga melibatkan dakwah kepada orang Islam sendiri untuk memberi kefahaman yg betul kepada mereka yg kurang atau tidak faham tentang Islam, terutama memungkinkan orang-orang yg kononnya berilmu, tetapi sebenarnya jahil tentang Islam yg haq berandukan al-Quran dan as-Sunnah. Mengapa mereka jahil kerana merena terlalu taksub kepada manusia. Mereka bertaklid kepada manusia tanpa menyemak ilmu mengenai sesuatu. Maka orang yg mengilmukan manusia yg kononnya 'berilmu' itu adalah juga suatu kegiatan berjihad dalam Islam.
Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ... hadith dari Humaidin hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Berjihadlah kamu di dalam membela ugama Allah (a.w) (i.e. fi sabilillah) dengan tangan kamu (i.e. tubuh badan dan usaha sendiri) dan (berjihadlah) dengan lisan kamu (i.e. kata-kata atau perkataan dan percakapan) dan (berjihadlah kamu) dengan harta (i.e. harta benda dan kekayaan) kamu.' [Hadith an-Nasa'i]
Hadith ini menyebut i.e. menyuruh kita yg Islam itu hendaklah berusaha berjihad di dalam jalan Allah (a.w) atau berjihad dalam membela ugama Islam dan umat Islam, dengan tiga cara: pertama, dengan usaha kita sendiri, yakni susah payah kita sendiri mengimarahkan Islam di kalangan manusia; kedua, dengan lisan seperti berdakwah dan mengajarkan ilmu kepada manusia supaya yg tidak Islam fahami Islam dan yg islam itu benar-benar terpandu dalam amalan dan ibadah mereka, supaya menepati yg dicontohi oleh Rasulallah (s.aw); dan ketiga, dengan harta dan kekayaan kita yg kita belanjakan demi membela Islam dan umatnya.
Malangnya hari ini begitu ramai para ulama' dan ilmuwan Islam yg enggan berjihad. Bagaimana? Mereka menegah dan menghalang orang berdakwah dan menyampaikan ilmu, walhal mereka sendiri tidak rajin menyampaikan ilmu yg mereka ada! Malang juga begitu ramai ilmuwan Islam di IPTS dan IPTA yg dilamuni oleh kata-kata, cakap-cakap serta pendapat dan buah fikiran orang-orang (i.e. mentor) yg mereka kagumi dan sanjungi, sehingga mereka lupa menyemak al-Quran dan as-Sunnah apakah, apa yg mereka belajar atau pelajari atau ilmu yg mereka terima itu benar atau batil?? Ilmu yg benar atau haq atau yg pasti tidak menyesatkan adalah hanya ilmu al-Quran dan as-Sunnah! Ilmu selainnya, walaupun menggunakan istilah yg canggih dan esoterik seumpama 'firqatul najihin' merujuk kepada golongan yg berjaya mendapat syurga dari 73 golongan atau firqah manusia Islam akhir zaman itu, tidak membuktikan kebenaran ilmu mereka! Golongan yg satu yg berjaya mendapat syurga dari 73 golongan yg disebutkan oleh Nabi (s.a.w) itu adalah mereka yg berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah dan mereka menganut Islam secara berjema'ah. It's that simple, but so difficult to these people because of the vastness of their knowledge, which make it impossible for them to undertand a simple message of Rasulallah (s.a.w)!!
Mudah-mudahan, kita kekal di jalan yg betul (siratul mustaqim) dan tidak disesatkan oleh manusia. Mudah-mudahan kita kekal berpandukan dengan ilmu yg haq - al-Quran dan as-Sunnah. Dan, dengan itu kita berjihad demi membetulkan kesilapan umat Islam tentang Islam dan ilmu. Kerana, segala amalan dan ibadah yg tidak disandarkan kepada bentuk-bentuk, kaedah serta cara yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) tidak diterima Allah (a.w). Itulah sebab utama mengapa terdapat 73 golongan umat Islam, tapi hanya satu golongan yg berjaya mendapat syurga, yg 72 lagi tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, dan tidak mengikuti contoh Rasulallah (s.a.w) dalam beribadah dan beramal!
Prinsip ini kelihatan straight forward dan simple, namun majoriti umat Islam keliru dan menyimpang tanpa mereka sedari! Yg sedar adalah merka yg faqih dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
Assalamu'alaikom,
ReplyDeleteMemang saya setuju bahawa atas sebab kejahilan ilmu yang haq itulah, maka ramai orang Islam tidak dapat mengamalkan sesuatu dalam hidupnya yang bukan sahaja tidak mendapat pahala yang maximum (+ve) malah ada yang mendatangkan dosa pula (-ve.
Kita tidak patut mengharapkan sangat pertolongan dari pihak2 yang berwajib dalam hal utk mengatasi perkara ini. Kalau hal hukum Allah tentang "aurat" pun tidak dapat dilaksanakan dan dipertahankan, apatah lagi perkara yang lebih berat. Kalau ulama'2 sendiri tidak menunjukkan akhlak yang baik, mengatasi sesuatu perkara dengan ilmu dan berhemah, lebih lagi yang berpolitik, masakan kita dapat dipimpin olih mereka ke jalan yang haq. Bila berlaku sesuatu yang menjijikan yang dilakukan olih orang Islam atau dipermain2kan olih orang kafir, baru itulah hendak membuat ulasan, kajian dsb. Padahal puncanya adalah kejahilan ilmu Quran & Hadith.Itulah kata kuncinya kepada semua masaalah yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku.
"JIHAD" pada mata-kaca orang kafir adalah perlakuan keganasan. Pada kebanyakan orang Islam pula, ianya hanyalah bersekitar berperang dengan orang kafir. Itu saja.
Siapakah yang patut dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan ilmu yang haq itu? Ramai akan berceramah, berhujah, berseminar tapi habis disitu sahaja. Apa tindakan? Wallahu'alam.