Saturday, March 27, 2010

Solat: Bagaimana jika kehabisan waktu?

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti panduan as-Sunnah dalam post sebelum ini tentang waktu solat fardu jikalah timbul keperluan untuk menentukannya tanpa bantuan lain-lain alat atau maklumat, seumpama kita berada di dalam hutan atau berada di tengah-tengah lautan.
Islam menyuruh kita menyegerakan mengerjakan sesuatu solat fardu itu, di awal waktu atau ketika masuk waktunya. Itu yg terbaik. Sebab: Jika kita lambat-lambatkan, kemungkitan kita terhutang satu solat atau kita menjadi kafir meninggalkannya dengan sengaja. Kita terhutang jika kita ditakdirkan menemui ajal kita, sebelum sempat bersolat solat yg sudahpun masuk waktunya. Atau, kita terlepas apabila terjadi sesuatu yg tidak membolehkan kita menyolatkannya pada waktu kemudiannya, seumpama ketika sibuk dgn tugas di pejabat.
Sehubungan itulah, wanita yg tus darah haid atau nifasnya diwajibkan mandi junub segera supaya mengerjakan solat fardu yg sudah masuk waktunya. Maka dengan itu jugalah wanita disuruh menyegerakan mengerjakan solat fardunya, kerana dikhuatiri, jika dilambat-lambatkan tiba-tiba turun haidnya atau bersalin dia jika dia hamil. Maka tertinggal satu solat. Apabila tertinggal solat, maka jatuh kafirlah dia! Kita telahpun lihat nas dan dalil mengenai perkara ini dalam post yg lalu. Namun, kita diberi kemaafan oleh Allah (a.w) kita tertinggal solat kerana dua sebab sahaja, iaitu kita terlupa atau kita tertidur. Dalam kes sedemikian, kita wajib mengerjakan solat tersebut ketika kita ingat atau ketika kita tersedar dari tidur. Hendaklah kita, dalam kes sebegini, mengerjakan solat yg kita terlupa atau tertidur itu dahulu, barulah kita solatkan solat yg ketika itu sudah masuk waktunya. Justeru itu, jangan bertangguh dalam solat.
Kalau kerana desakan sesuatu yg tidak membolehkan kita bersolat awal, dan tatkala lapang untuk bersolat, kita berada di penghujung waktunya, bagaimana? Rasulallah (s.a.w) memberi panduan dalam hadith berikut:
Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ... hadith dari Abi Hurairah (r.a) (berkata) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Seseorang yg menjumpai pada suatu solat satu rakaat, maka sungguh-sungguh dia menjumpai solat tersebut.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]
Maksud hadith ini adalah jika ditakdirkan kita terlewat solat, dan waktu solat tersebut hampir luput dalam beberapa minit atau saat, maka kita bersolat, kemudian belum sempat menamatkannya atau belum sempat mendapat satu Rukuk, waktunya luput, bagaimana? Hadith ini menyebutkan bahawa jika kita solat dan kita sempat menyudahkan satu rakaat (i.e. mendapat satu Rukuk), dan waktunya luput atau sudah masuk waktu solat yg kemudiannya, kiita boleh teruskan solat sampai selesai, dan kita dikira telah menyempurnakan atau sempurna mendapatkan solat tersebut. Contoh: katalah kita terlewat mensolatkan Solat Zohor, kemudian kita solatkan, apabila kita sudah selesai satu rakaat sahaja, azan 'Asar berkumandang, bermaksud waktunya sudah luput. Kita hendaklah teruskan menyudahkan Solat Zohor kita, dan kita dikira telah mendapati solat tersebut. kalau kita belum sempat sudahkan rakaat pertama, azan 'Asarpun di dengari, maka kita tidak dapat solat tersebut. Yg kita dapt hanyalah menyempurnakan tanggungjawab mengerjakan Solat Zohor tersebut, tanpa terhutang kepada Allah (a.w).
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment