Wednesday, March 17, 2010

Dilarang memukul mencederakan isteri

Assalamualaikum,
Hari ini kita sering terbaca dalam media terdapat suami, dan kadang-kadang isteri, memukul atau menderakan isterinya. Ini timbul apabila suami hilang akal atau naik marah atau berang, maka dengan tanpa usul periksa dan bersabar membuat pertimbangan yg wajar, trus memukul isterinya. Terkadang, sememangnya ada suami yg berperangai seumpama binatang kerana memkul isterinya kerana perbuatan atau kesalahan yg kecilpun! Apa kata Islam dalam perkara ini?
Di dalam al-Quran disebutkan kalimah 'wadribuhunna' (maksud: memukullah isteri) kamu kerana salah laku dan seumpamanya. Apakah maksud 'memukul' itu?
Mengkhabarkan kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Abdullah b Zam'ah hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Jangan memukul salah seorang kamu akan isteri kamu seperti memukul seorang hamba abdi kemudian menjimaknya (i.e. menyetubuhinya) pula pada akhir hari (i.e. malam hari).' {Hadith Bukhari, Kitan Nikah]
Panduan dalam hadith ini adalah suatu larangan dan satu sidiran yg halus terhadap suami yg memukul isterinya kerana sesuatu pada siang harinya, dan kemudian, ketika malam dia menjimak atau menyetubuh isterinya pula! Suami diberi laluan untuk 'memukul' isteinya kerana suatu salah laku, tetapi memukul untuk mengajar bukan untuk mencederakannya, i.e. meninggalkan bekas pada tubuhnya atau mencacatkan tubuh badannya pula. Selai itu, suami ditegah memukul isterinya pada bahagian mukanya.Adalah memalukan suami kalau memukul isterinya di siang dengan pukulan yg berat kemudian ingin pula bercengkerama dan bercumbu-cumbuan dengan isterinya ketika tiba malam hari untuk menyetubuhinya!
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment