Thursday, March 4, 2010

Nasihat kpd orang ugama...

Assalamualaikum,
Kelmarin sekali lagi kita dikejutkan oleh sebuah organisasi ugama, JAINS, yg menangkap orang yg mengajarkan ilmu, anak bekas Mufti Perlis. Dulu, JAIS telah menangkap dua orang yg menyampaikan ilmu kepada orang Islam - Dr Abdullah Yasin dan Dr Mohd Asri, bekas Mufti Perlis, kerana berdakwah tanpa 'tauliah'. Malah mereka telahpun didakwa. Di Malaysia, sesiapa yg ingin menyampaikan ilmu kepada umat Islam wajib dapatkan 'tauliah', kononnya pra-syarat ini adalah alat untuk membenteras ajaran songsang! Kalau takda taulih tak boleh sampaikan ilmu.
Penulis sudahpun komen perkara ini lama dulu. Penulis telahpun tuliskan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah bahawa tauliah mengajarkan ilmu dalam Islam itu telahpun diberikan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah! Soalnya, bolehkah 'ulil amri' (pihak berkuasa ugama) melampaui atau menidakkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)? Kita telah rujuk Ayat 59, Surah an-Nisa yg maksudnya:' Taatkanlah Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) dan (taatkanlah) 'ulil amri'; dan jika kamu berselisih pendapat tentang segala esuatu, hendaklah kamu sekelian kembali kepada Allah (a.w) (i.e. rujuk kepada ketetapan al-Quran) dan (kembalilah) kepada Rasulallah (s.a.w) (i.e. rujuk kepada ketetapan as-Sunnah), jika kamu sekelian beriman dengan Allah (a.w) dan hari akhirat ...'
Ketetapan ini amat relevan dalam konteks tauliah dan kuasa memberi tauliah dan kewajipan menyampai dan menyebarkan ilmu dalam Islam. Jika Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintah sampaikan ilmu, sebarkan ilmu dan sebagainya, maka sampaikanlah atau sebarkanlah atau kembangkanlah. 'Ulil amri' seumpama mereka yg bertuga di jabatan ugama Islam tidak ada hak dalam Islam melarang seseorang yg berilmu menyampaikan ilmu.

Wajib Sampaikan Ilmu

Kita semua tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) diutuskan oleh Allah (a.w) untuk menunjukkan jalan yang lurus dengan menggesa umatnya menyembah Tuhan yang satu, iaitu Allah (a.w). Segala sesuatu yang diterimanya dari Allah (a.w) disampaikan kepada umatnya tanpa ditokok tambah. Kita manusia sepatutnya begitulah juga. Apa-apa ilmu yang ada pada kita, maka hendaklah kita sampaikan bukan kerana pertimbangan-pertimbangan selain dari mengikuti perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Malangnya, hari ini begitu ramai orang yang ‘alim tidak berusaha untuk menyampai dan mengembangkan ilmu mereka.

(1) Diriwayatkan hadith daripada Jabir (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika melaknat orang-orang terkemudian dari umatku atas orang-orang yang terdahulunya (kerana tidak mewariskan ilmu kepada mereka), maka barangsiapa merahsiakan hadith maka sungguh-sungguh menyembunyikan apa-apa yang diturunkan oleh Allah (a.w) (yakni, melanggar perintah Allah (a.w) yang menyuruh sesiapa yang tahu sesuatu ilmu itu menyampaikannya).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]

Menyembunyikan ilmu samalah dengan menyembunyikan segala suatu perintah dan suruhan Allah (a.w). Hadith-hadith berikut mengingatkan kita bahawa besarlah dosanya jika kita tidak menyampaikan ilmu yang ada pada kita. Isi hadith yang sama disampaikan oleh tiga sahabat Rasulallah (s.a.w), iaitu Annas bin Malik, Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah (r.am):

(2) Diriwayatkan hadith daripada Yusuf bin Ibrahim (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda dia: ‘Barangsiapa ditanya dari ilmu (maka) merahsiakan (atau menyimpankan atau merahsiakan ilmu dari pengetahuan orang), dia akan digari (atau dirantai kedua-dua tangannya) pada hari qiamat dengan gari (rantai) dari api neraka.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]

(3) Diriwayatkan hadith daripada Abdil Rahman bin Abi Said al-Khudri (r.a), dari Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menyimpan (yakni, menyembunyikan) ilmu dengan apa-apa (yang telah) Allah (a.w) memberi manfaat dengan ilmu itu dengannya di dalam urusan manusia, dan urusan-urusan ugamanya, akan digari (atau dirantai oleh) Allah (a.w) pada hari qiamat dengan gari (atau rantai) dari api neraka.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]

(4) Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa ditanya dari ilmu yang tahu dia dengan ilmu itu maka menyembunyikannya, maka digari (diikat atau dikendali) pada hari qiamat dengan gari (atau tali atau kendali) api neraka.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]

Kita diberitahu pada awal blog ini ilmu itu utama kepada seseorang yang Islam dan beriman. Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap yang Islam. Kerana, Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya bahawa hendaklah mereka beramal dan beribadat dengan berpandukan ilmu. Ilmu itu, sabda Rasulallah (s.a.w), adalah tiga: Ilmu al-Quran, Ilmu as-Sunnah (atau al-Hadith) dan Ilmu Faraid yang adil. Maka dengan itu, sesiapa yang memiliki ilmu atau diberikan ilmu oleh orang lain, maka wajiblah baginya menyampaikan atau mengembangkan ilmu. Sesiapa yang berilmu itu menyembunyikan atau menyimpan ilmunya – tidak diberitahu kepada orang lain atau tidak diajarkan kepada orang lain, terutama apakala diminta ilmunya – adalah melakukan satu dosa yang besar di sisi Allah (a.w), kerana wajib dia dicampakkan ke dalam neraka. Itulah mesej empat hadith di atas dan lain-lain hadith yang seumpamanya.

Cuba kita renungi dan halusi perkara-perkara tersebut dan kita halakan pula pandangan dan fikiran kita kepada mereka yang berilmu. Sudah barang pasti kita dapat begitu ramai orang yang mengakui diri mereka atau mereka diiktirafkan oleh masyarakat sebagai orang yang berilmu. Soalnya: berapa ramaikan mereka yang bertaraf sedemikian yang sentiasa berusaha menyebarkan ilmu mereka? Berapa ramai pulakah orang yang berilmu hanya mahu menyebarkan ilmu mereka dengan bayaran yang tinggi? Berapa ramaikah manusia yang berilmu menggunakan ilmu yang mereka ada setakat untuk mendapat tempat dalam masyarakat, mendapat pengiktirafan, sanjungan kemudian dijadikan batu loncatan untuk mendapat kemewahan, kesenangan dan kedudukan keduniaan, kemudian mereka tidak berfungsi lagi dalam konteks mengembangkan ilmu mereka? Dan, tidak kurang pula terdapat orang yang mempunyai ilmu yang sedikit kemudian bermegah-megah dengan ilmunya dan menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk menonjolkan diri mereka di kalangan mereka yang berkuasa tetapi jahil dan mempunyai suatu strategi yang semata-mata keduniaan memberikan orang yang cetek kerana ilmunya kedudukan yang tinggi dan berpengaruh, demi kepentingan dan tujuan keduniaan yang tersirat? Sehinggakan wujud golongan yang kurang ilmu menghalang dikembangkan pula ilmu yang haq kerana itu akan menggugat ‘status quo’ ajaran mereka atau kedudukan mereka?

Sehubungan itu, jikalah ada pihak yg melarang sesiapa menyampaikan ilmu, bagaimana? Di dalam al-Quran disebutkan, semasa Rasulallah (s.a.w) diangkat menjadi Rasul, orang-orang Yahudi dan Arab musyrik cuba menghalang dakwah beliau dengan melakukan berbagai-bagai perkara kerana mereka inginkan status quo kekal, iaitu ugama nenek moyang mereka kekal menjadi anutan mereka. Sehinggakan Allah (a.w) perintahkan Rasulallah (s.a.w) mengubah taktik, berdakwah dalam senyap, kemudian memerangi orang kafir Kuraisy dan Yahudi yg bersekongkol dengan mereka. Itu kita faham. Kerana yg menentang adalah orang musyrik dan kafir. Tapi, hari ini yg menentang dakwah, membatasi proses pengilmuwan yg diwajibkan atas manusia yg tahu dan faham menyampaikan ilmu, bagaimana pula? Tidakan mereka tersebut tak ubahlah seperti tindakan orang musyrik zaman Rasulallah (s.a.w), malah lebih teruk lagi.

Sepatutnya mereka yg pastinya berilmu hnedaklahlah bergiat sekuat mungkin untuk mengembangkan ilmu, mengilmukan orang islam yg jahil dan dahagakan ilmu, berhempas pulas mengerjakan dakwah... Tapi, sebaliknya, sudahlah mereka tidak mengilmukan masyarakat Islam secara konsisten dan dengan penuh komitmen, mereka menghambatpula usaha orang lain, terutama orang yg berilmu dan faham tentang Islam, mengajarkan ilmu dan menyebarkan ilmu?

Di dalam al-Quran banyak kali Allah (a.w) menyebut tentang tindak tanduk kafir musyrik zaman Rasulallah (s.a.w) yg melarang disampaikan al-Quran kepada masyarakat Kuraisy. Berbagai cara dilakukan oleh pembesar-pembesar dan orang kenamaan masyarakat Arab zaman itu, supaya Rasulallah (s.a.w) tidak menyampaikan dakwahnya kepada manusia zaman itu. Itu tidak menghairankan. Kerana mereka tidak Islam dan tidak beriman. Hari ini kita temui orang Islam yg mengakui diri mereka beriman, tetapi melakukan sesuatu yg boleh dianggap sama dengan tindak tanduk masyarakat jahiliah Arab dahulu.

Dalam konteks ini, Allah (a.w) menyebut dalam firmanNya pada Ayat 26, Surah al-An'am: 'Dan, mereka melarang kamu (Muhammad (s.a.w)) mendengarkan al-Quran (i.e. mengajarkan perintah dan ketetapan Allah (a.w), i.e. Islam dan syariatnya) dan mereka sendiri menjauhkan diri daripadanya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya (i.e. tidak menyedari perbuatan mereka adalah menganinya serta membinasakan diri mereka sendiri).'

Ayat ini adalah peringatan Allah (a.w) kepada mereka yg membatasi serta menghalangi usaha dakwah yg haq dari orang yg berilmu dan faham tentang Islam, tetapi dibanteras dari menyampaikannya kepada umat Islam yg lain. Orang yg membantras tersebut pula tidak melipatgandakan usaha untuk mengilmukan masyarakatnya walhal itulah tugas mereka, dan kerana tugas itulah mereka dibayar gaji. Mudah-mudahan mereka yg terlibat dapat dosedarkan dan Allah (a.w) memberi petunjuk kepada mereka, insya Allah. Amin.

Mudah-mudahan Allah (a.w) membuka mata hati mereka itu supaya kembali ke pangkal jalan, jalan yg benar dan menetapi perintah yg benar. Kerana di khuatiri mereka membahayakan diri mereka demi akhirat meraka... Mudah-mudahan Allah (a.w) memberi mereka petunjuk supaya lebih berwibawa dan lebih faham tentang Islam dan tuntutan Islam terhadap mereka yg memiliki ilmu kemudian berdiam diri sahaja, dan membanteras orang yg dengan sukarela menyampaikan ilmu. [Nota: Ilmu yg haq sebagai panduan Islam dan panduan hidup dunia dan akhirat itu adalah al-Quran dan as-Sunnah.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment