Tuesday, March 2, 2010

Lagi isu tauliah!!

Assalamualaikum,
Kelmarin gempar pula lagi isu 'tauliah' dalam menyampaikan ceramah ugama. Dulu gempar di Selangor apabila dua orang tokoh ilmuwan Islam di tangkap dan didakwa di mahkamah kerana berceramah atau mengajar ugama tanpa 'tauliah', iaitu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, dan Dr Abdullah Yasin. Kelmarin dilapurkan pula seorang pendakwah dan penceramah muda, Fatul Bari Mat Jahya, kebetulan dari Perlis, dan kebetulan, katanya, anak bekas Mufti Perlis suatu ketika dulu, pula diserbu dan ditangkap oleh Jabatan Ugama Islam Negri Sembilan pula! Nampaknya, sebuah lagi badan Islam yg dianggotai oleh orang yg sepatutnya tahu perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, supaya sesiapa yg memiliki ilmu wajib menyampaikannya, telah bertindak sebagaimana JAIS, menentang perintah Allah (a.w) dan RasulNya.
Fatul Bari adalah mahasiswa untuk Ph D di UIAM, setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda dari Universiti Madinah, Arab Saudi, dan Sarjana dari Jordan, kebetulan universiti di mana Dr Asri mendapat ijazahnya. Sila saudara baca, contoh, akhbar Utusan Malaysia ms 15 terbitan hari ini, 2 Mac 2010, nak tau beritanya.
Isu yg telahpun penulis bangkitkan dulu adalah terdapat perintah Allah (a.w) dalam al-Quran dan perintah Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, pertama, sesiapa yg memiliki ilmu wajib menyampaikannya kepada orang Islam yg lain; kedua, sesiapa yg mempunyai ilmu dan enggan menyampaikannya, maka dia diancam Allah (a.w) di akhirat kelak, tidak mencium bau syurga; ketiga, sesiapa yg mengajarkan ilmu dan ilmu yg diajarkannya diamalkan pula oleh orang yg belajar, yg mengajar mendapat pahala dan orang yg mengajar juga mendapat kiriman pahala oleh anak muridnya yg mengamalkan ilmu yg diajarkannya. Jelaslah perintah menyampai dan menyebarkan ilmu yg haq itu adalah kewajipan terhadap orang Islam yg beriman. Juga, menyampaikan dan mengajarkan ilmu adalah pelaburan akhirat terbaik bagi seseorang yg faham tentang Islam dan syariatnya.
Tapi, bagimana pula hukumannya orang yg mencegah seseorang menyampaikan atau menyebarkan ilmu yg haq? Samalah seperti orang yg menghalangkan ugama dan syariat Islam dikembangkan. Mereka tergolong dalam golongan mereka yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa': Barangsiapa menentang Allah (a.w) dan RasulNya dan melanggar batas-batas ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya dimasukkan ke dalam neraka'. Jika Islam perintahkan sampaikan ilmu, itu adalah perintah wajib. Sesiapa yg tidak melakukan perintah dan sesiapa yg menghalang ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya di laksanakan di dunia, hukumannya berat. Malangnya, orang yg melarang itu adalah supposedly faham tentang Islam dan syariatnya serta faqih dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mengketepikan perintah Allah (a.w) dan ketetapan RasulNya.
Nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai perintah atau ketetapan menyampaikan ilmu? Sila rujuk post yg lalu.
Atau, adakah penulis silap dalam perkara ini? Adakah, pihak berkuasa yg berkenaan itu jahil tentang ketetapan Islam? Atau, mereka tahu tetapi kerana pertimbangan dunia, sanggup mereka memperdagangkan akhirat mereka? Wal iya zubillah.
Mudah-mudahan mereka yg tahu Islam dan syariatnya dan tahu ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, sebelum terlambat dengan membahayakan diri mereka sendiri. Di Malaysia, begitu ramai para ulama' dan ilmuwan Islam yg tahu tetapi senagaja tutup mata dan telinga terhadap ketetapan Islam yg haq. Malah mereka mengubah ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Mereka sanggup mendahulukan dunianya dan mengkeduakan akhiratnya. Mudah-mudahan kita dijaga Allah (a.w) dan diselamatkan oleh Allah (a.w) dari senagaja menempah kecelakaan demi pertimbangan dunia, Amin.
[Nota: Ilmu yg wajib dipelajari dan wajib pula disampaikan kepada saudara Islam yg lain adalah tiga: pertama, ilmu al-Quran; kedua, ilmu as-Sunnah (i.e. al-Hadith); dan ketiga, ilmu faraid (i.e. pembahagian harta warisan dalam Islam). Panduan yg utama lagi haq dalam Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah.]

Jazakallahu khairah

2 comments:

  1. Assalamu'alaikom,

    Perkara ini tak akan selesai hingga hari kiamat. Allah dah pun menghuraikan kepada orang2 yang beriman tentang ciri2 orang2 munafik sebagaimana tercatit dalam surah Al-Baqarah ayat 6 hingga 20 dimana disimpulkan Allah telah menutupkan hati mereka, dibutakan pemandangan mereka dan dipekakkan pendengaran mereka padahal mereka tidak menyedarinya.

    Kalau nak tahu lebih lanjut sila layari blog www.jomngaji-quranhadith.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikom,

    Maaf sila rujuk blog www.jom-ngaji.blogspot.com sebagai yang betul dan terbaru.

    ReplyDelete