Sunday, March 7, 2010

Syukurkan nikmat

Assalamualaikum,
Saudara sesungguhnya kita sebagai manusia itu diberi kurnia oleh Allah (a.w) dalam kehidupan kita sehari-harian amat banyak nikmat. Nikmat yg paling utama adalah diberi peluang hidup di dunia - kita dilahirkan oleh ibu kita, dijaga dan dididik sehingga dewasa, kemudian kita terus hidup sehinggalah sampai ajal kita. Nikmat yg kita take for granted adalah memiliki pancaindera yg cukup sempurna - ada mata yg boleh melihat, hidup yg boleh menghidu, telinga yg boleh mendengar, anggota kedua tangan dan kaki tanpa cacat, tubuh badan yg cantik dan sempurna bentuknya, anggota dalaman yg secara otomatis berjalan dan bergerak untuk mengalirkan darah kita setiap saat, paru-paru yg menghirup udara (i.e. oxygen) untuk kita hidup, malah jantung dan paru-poaru itu berjalan walaupun kita sedang tidur nyenyak.
Apabila kita lapar dan dahaga kita makan dan minum, pancaindera dalaman kita pula memberikan kita nimat kelazatan makanan dan minuman. Dan berbagai-bagai lagi. Apakah kita bersyukur (i.e. berterima kasih) kepada Allah (a.w)?
Inilah peringatan Allah (a.w) dalam Ayat 24, Surah Ibrahim:
Dan didatangkan kepada kamu sekelian dari setiap apa-apa yg kamu minta padaNya (dari Allah (a.w)); dan jikalah kamu sekelian hendak menghitung pada nikmat kurniaan Allah (a.w) (atas kamu sekelian), tidak berkuasa kamu (menghitungnya) (kerana nikmat itu berbagai macam dan sentiasa kamu terima setiap saat dan ketika); sesungguhnya manusia itu nescaya menzalimi diri mereka (dan manusia itu) lagi ingkar (kufur) (terhadap Allah (a.w).' [Ayat 34, Surah Ibrahim]
Dalam ayat ini Allah (a.w) memperingatkan kita manusia bahawa begitu banyak serta berbagainya nikmat yg kita perolehi ketika kita hidup di dunia. kalaulah hendak dikira dan dihitung nescaya tidak mungkin terhitung oleh kita. Dalam pada itu, manusia itu seringlah menzalimi diri sendiri (i.e. menzalimi diri sendiri bermaksud setelah tahu perintah dan larangan, manusia itu tidak mahu akur perintah) dan manusia juga kufur nikmat dan kufur terhadap Allah (a.w) (i.e. kufur maksudnya ingkar akan perintah Allah (a.w) dan perintah RasulNya, kerana perintah Rasul itu adalah juga perintah Allah (a.w). Orang kafir itu ingkar, yakni tidak mau terima Allah (a.w) sebagai tuhan mereka. Orang Islam itu kufur apabila dia tidak mahu akur dengan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Dalam Islam istilah 'kafir' itu sama dengan uistilah 'kufur', hanya yg membezakan adalah tahap keingklaran tersebut sahaja. Orang kafir kufur atau ingkar menyembah Allah (s.a.w) sebagai Tuhan mereka. Sebaliknya mereka menyembah sembahan yg dicipta mereka sedniri seperti patung dan tokong dan sebagainya. Orang Islam itu kufur apabila dia enggan mengerjakan apa yg disuruh dan melakukan pula apa yg dilarang. Sama saja. Yg membezakannya adalah orang yg kafir itu akan masuk neraka dan tidak akan diberi peluang masuk syurga, selagi mereka tidak Islam dan tidak beriman. Orang islam yag kufur atau ingkar itu juga akan masuk neraka untuk dibersihkan dari dosa-dosa mereka, selagi dosa-dosa tersebut tidak ditaubatkan dan taubat mereka tidak diterima Allah (a.w). Namun Allah (a.w) menyebut bahawa Allah (a.w) itu zat yg maha Pengampun dan Maha Penyayang. Kita dipohon keampunan akan diampunkanNya. Jika ditaubatkan, akan diterimaNya. maka dengan itu juga sesiapa yg kafir kemudian masuk Islam, maka Allah (a.w) menghapuskan dosa-dosanya yg lalu dan kebaikan yg dilakukannya semsa kafir, akan di carry forward pahalanya dalam Islam. Demikianlah kerahmatan Allah (a.w). Sebaliknya orang yg Islam dan kemudian murtad atau keluar dari Islam, maka pahala-pahala yg didapatinya semasa Islam akan terbatal, tetapi dosa-dosanya kekal.
Mereka yg mempelajari hadith akan bertemu dengan cerita bagaimana seorang yg asalnya kafir, kemudian masuk Islam kemudian mati, maka dia dimasukkan ke dalam syurga. Demikianlah juga cerita seorang yg telah membunh 99 orang dan kemudian bertemu dengan seorang alim untuk mendapat nasihat sama da dosa-dosanya membunuh 99 orang itu boleh ditaubatkan. Apabila dikatakan tidak boleh ditaubatkan, dibunhnya pula orang itu, menjadi 100 orang dibunuhnya. Kemudian dia menemui seornag alim yg menasihatkan supaya pergi ke suatu tempat untuk bertanyakan orang itu bagaimana bertaubat. Namun belum sempat menemui sampai ajalnya. Maka berbalahlah malaikat menjaga syurga dengan amlaikat menjaga neraka, masing-masing ingin mengambil jasadnya. Kemudian, disukat (measure) perjalanannya ke arah rumah orang alim yg ingin ditemui untuk belajar bagaimana hendak bertaubat, di dapati dia mati di suatu tempat yg lebih hampir pada tempat yg ingin ditujuinya untuk bertaubat. Maka dia berjaya diserahkan kepada malaikat penjaga syurga, kerana lebih hampir kepada tempat kebaikan yg dicarinya. Demikianlah kerahmatan Allah (a.w) itu.
Mudah-mudahan kita sering diperingatkan untuk bersyukur terhadap segala sesuatu nuikmat yg kita terima, insya Allah. Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment