Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita akan teliti seterusnya dari masa ke semasa sesuatu topik utama dalam Islam dan syariatnya sebagai peringatan dan juga sebagai panduan ibadah dan amalan. Semoga dengan itu kita lebih terpandu dan lebih benar serta betul ibadah dan amalan kita. Kerana,ibadah dan amalan yg benar itu hendaklah sebagaimana yg ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) i.e. menepati as-Sunnah.
Di dalam Islam, solat fardu itu diwajibkan dijema'ahkan - sama ada di masjid atau di surau ataupun di rumah. Solat Jum'at wajib dijema'ahkan. Solat-solat Aid - Raya Puasa dan raya Haji - juga wajib dijema'ahkan. Begitu jugalah Solat Jenazah. Apabila solat fardu dijema'ahkan, kita mendapat gandaan pahala sebanyak 27 kali ganda, berbanding dengan solatfardu secara persendirian. Solat-solat sunat itu, yg merupakan manifestasi keikhlasan individuyg beriman, tehadap Allah (a.w), hendaklah dibuat di rumah, terutama solat-slat malam, supaya tidak sedikitpun dicemari oleh rasa ujub diri atau riak terhadap manusia.
Di dalam Islam solat fardu itu jika dikerjakan di rumah dan kita boleh mendengar azan dikumandangkan, maka solat di rumah itu tidak diterima Allah (a.w)! Tapi yg disyaratkan mendengar azan itu adalah azan yg didengar melalui suara muazin bukan suara muazin yg dilaungkan oleh pembesar suara atau speaker, sebagaimana sekarang.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa mendengar panggilan kepada solat (i.e. azan solat), maka tiada keuzuran baginya yg menghalangnya untuk mengikuti panggilan itu (maksudnya, pergi bersolat berjemaah di masjid), maka tidak diterima solatnya. Para sahabat bertanya: 'Apakah 'uzur' itu Wahai Rasulallah (s.a.w).' Nabi (s.a.w) menjawab: 'Rasa takut atau sakit.' [Hadith Abu daud, Kitab Solat]
'Rasa takut' bermaksud, ketika dalam darurat seperti peperangan atau ancaman huruhara yg berlaku ketika itu. 'Sakit' bermaksud, sakit yg tidak membolehkan seseorang itu datang ke masjid untuk berjema'ah. Di dalam syarah hadith ini dijelaskan bahawa mendengar panggilan azan itu adalah panggilan mulut muazin secara biasa bukan panggilan melalui pembesar suara. daalm ijtihad para imam jema'ah sesiapa yg mendengar azan yg dikumandangkan melalui pembesar suara, maka syarat mendengar azan itu tidak terpakai. Yg terpakan ketika kita berada di suatu tempat atau melalui suatu berhampiran masjid atau surau ataupun mana-mana musalla, solat sudah diazankan, dan azan dari mulut muazin dapat didengar jelas, maka wajib berhenti dan mengerjakan solat berjema'ah di tempat tersebut dahulu, barulah kita meneruskan apa-apa yg hendak kita uruskan ketika itu. Tidak boleh kita teruskan perjalanan dan bersolat di tempat lain.
Solat fardu itu boleh dijema'ahkan berdua di rumah dengan isteri menjadi makmum atau bertiga dan lebih dengan isteri dan ahli keluarga lain menjadi makmum. maka, 27 gandaan pahala tersebut di dapati. Namun, keafdhalannya dalah bersolat dimasjid.
Solat fardu itu wajib dijema'ahkan mengikut ketetapan as-Sunnah berikut, iaitu ketika ada sekumpulan umat Islam bertiga di mana-mana, hendklah didirkan solat fardu berjema'ah:
Diriwayatkan hadith dari Abu Darda' berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) berkata: 'Barangsiapa ada bertiga di dalam sesuatu qariah atau tempat tinggal dan tidak juga (i.e. berada) di dalam hutanpun, tidak didirikan solat fardu berjema'ah di kalangan mereka bertiga, kecuali syaitan telah berjaya menggoda mereka. Maka kerjakanlah solat secara berjema'ah kerana sesungguhnya serigala itu menjadikan mangsa kambing yang menyendiri (i.e. bersendirian). [Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
Hadith ini memberitahu bahawa sekiranya seseorang itu mengerjakan solat fardu menyendiri tanpa dijema'ahkan walhal ada seorang atau dua lagi yg boleh menjadi makmum, maka sudah barang tentu solatnya tidak akan khusyuk kerana diganggu syaitan. maka dngan itu usahakanlah, walaupun berada di rumah didirikan solet fardu secara berjema'ah.
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment