Assalamualaikum,
Saudara, Islam mewajibkan solat fardu yg lima itu disolatkan secara berjema'ah - sama ada di masjid atau surau ataupun di mana-mana sahaja. Solat-solat sunat itu hendaklah dibuat di rumah, dan solakan bersendirian, kecualilah beberapa solat sunat yg lazimnya di solatkan secara berjema'ah, iaitu Solat Terawih, Solat Gerhana (matahari atau bulan), solat memohon hujan, Solat Aid (Shawal dan Zulhijjah). Lain-lain solat sunat prlu dikerjakan bersendirian, kerana ketika solat sunatlah kita disuruh membaca surah-surah yg panjang, manakalasemasa Solat Fardu berjema'ah kita disunatkan membaca surah-surah pendedk supaya tidak menyulitkan makmum segera selesai solat untuk urusan mereka yg mungkin mendesak.
Kita mendapat ganjaran pahala yg digandakan sehingga 27 gandaan (darjat) apabila bersolat secara berjema'ah. Namun, hendaklah kita pastikan bahawa imam yg mengimamkan solat kita itu tidaklah mencemari solat tersebut dengan sesuatu yg ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), seumpama mencemari solat dengan 'pembahruan dalam amalan' atau bid'ah, kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam as-Sunnah solat yg dicemari oleh bid'ah tidak diterima Allah (a.w). Inilah mesej hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man 'amala 'amilan laisa minni, fahua raddun' [Maksud: Barangsiapa membuat sesuatau amalan yg (amalan itu) tidak didatangkan dari aku (Nabi) (i.e. yg tidak dicontohkan oleh Nabi (s.a.w)), maka dia (i.e. amalannya) ditolak.' [Hadith Bukhari].
Oleh itu sia-sialah amalan atau ibadah kita! Maka dengan itulah wajib kita pastikan bahawa kita berimamkan orang yg faqih tentang Islam dan syariatnya. Jika begitu, siapa yg layak jadi imam solat? Kita teliti hadith berikut:
Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ... hadith dari Abi Mas'ud (r.a) berkata: 'Hendaklah mengimami sesuatu kaum (i.e. jema'ah umat Islam itu) orang yg pandai mereka dengan Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) (dari segi bacaan, lagu, makhraj huruf dan tajwidnya), maka jika ada di dalam ilmu al-Quran itu sama (beberapa orang yg layak itu), maka mendahulukan (i.e. pilih) orang yg terlebih dahulu berhijrah (i.e. berpindah ke qariah tersebut), dan jika mereka (yg layak) sama waktu berhijrah (i.e. bertempat di qariah tersebut), maka (pilihlah) orang yg lebih banyak ilmu dan amalannya tentang as-Sunnah (i.e. al-Hadith), maka jika sama (di kalangan yg layak itu), di dalam ilmu as-Sunnah, maka mendahulukanlah (i.e. pilihlah) , mereka yg lebih tua umurnya (dikalangan mereka); dan janganlah mengimami sungguh seorang lelaki di dalam kekuasaan qariah lain (i.e. imam dari qariah lain) dan jangan menduduki sungguh seseorang atas kemulian imam (i.e. tempat duduk imam) kecuali dengan izinnya atas kamu.' [Hadith an-Nasa'i]
Hadith di atas itu menjelaskan bahawa, imam solat fardu itu hendaklah ditetapkan ats asa-asa yg disebutkan; iaitu:
1. Dipilih orang yg lebih pandai membaca al-Quran atau lebih banyak ilmunya tentang bacaan al-Quran;
2. Kalau beberapa orang yg layak sama pandai, maka dipilih orang yg terdahulu menetap di sesuatu qariah itu;
3. Kalau beberapa orang yg layak itu sama waktunya pula menetap di qariah tersebut, maka dipilih orang yg lebih ilmunya tentang as-Sunnah;
4. Kalau sama faqih dalam ilmu as-Sunnah, maka hendaklah diambil orang yg tertua di kalangan yg layak.
Kemudian hadith tersebut menentukan beberapa larangan pula, iaitu:
1. Tidak dibolehkan imam dari qariah lain mengimamkan solat diqariah tersebut kecualilah, diizinkan oleh imam qariah yg dia menjadi tamu; dan
2. Tidak dibenarkan seseorang itu menduduki atau duduk di tempat duduk yg lazim bagi imam yg dilantik kecuali diizinkannya terlebih dahulu.
Imam solat perlu lebih faqih dalam ilmu membaca al-Quran, maka dengan itu didahulukan orang yg faqih dalam ilmu al-Quran. Imam juga wajib faham ketetapan as-Sunnah kerana segala sesuatu yg terperinci mengenai ibdah solat itu dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka hendaklah berpandukan kepada ilmu as-Sunnah. Lagipun seorang imam itu adalah pemimpin jema'ahnya, maka wajib dia berilmu tentang panduan hidup mukmin. Imam itu pemimpin qariah dalam Islam, maka hendaklah dihormati dan tidak boleh digugat kedudukannya dan kewibawaannya sebagai pemimpin qariah tersebut.
Jazakallahu hairah
No comments:
Post a Comment