Assalamualaikum,
Saudara suatu masa dulu nenek moyang atau bapa kita ada memakai sanggul rambut yg ditambah dengan rambut palsu, supaya kelihatan besar dan cantik. Kerana, suatu zaman dulu perempuan yg berambut panjang dan tebal adalah simbol kecantikan wanita. Hari ini, ada lelaki dan lebih bayak pula perempuan yg memakai rambut paslu kerana keguguran rambut yg menjadikan seseorang itu nipis rambutnya atau botak terus. Untuk mencantikan wajah mereka, adalah yg memakai rambut palsu. Bolehkah memakai rambut palsu dalam Islam?
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Humaid b Abdul Rahman b 'Auf sesungguhnya dia mendengar Mu'awiah b Abi Sufyan mengerjakan haji dan dia di atas mimbar dan dia berkata: '(sambil memegang segumpal rambut dari seorang pengawalnya) 'Dimanakah amalan kamu sekelian? Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) melarang dari seumpama ini (i.e. rambut palsu)!, bersabda: ' Anak keturunan Bani Israil rosak (i.e. dihancurkan) apakala kaum wanita mereka mula menggunakan ini (i.e. rambut palsu).' [Hadith Bukhari]
Hadith ini memberitahu kita ketetapan as-Sunnah bahawa wanita (dan juga lelaki) dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) memakai rambut palsu. Malah dalam hadith-hadith lain Allah (a.w) melaknat orang Islam memakai rambut palsu. Demikian jugalah Islam melarang lelaki yg beruban mewarnakan rambutnya dengan warna, kecuali dibolehkan mewarnakan rambut dengan inai.
Oleh itu, berjaga-jagalag saudara dan saudari. janganlah menmpah laknat Allah (a.w) semata-mata hendak mengubah keaslian diri kita.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Aisyah (r.ah) menceritakan: 'Sesungguhnya seorang hamba dari orang Ansar sudah berkahwin, dan jatuh sakit dia, maka gugur rambutnya, maka berkehendakkan untuk mengadakan rambut baginya (dengan rambut palsu), mereka bertanya kepada Nabi (s.a.w) (untuk mendapat suatu ketetapan mengenai perkara itu). Maka bersabda Nabi (s.a.w):' Nescaya Allah (a.w) melaknat seorang perempuan yang memanjangkan rambutnya (dengan rambut palsu) dan (melaknat orang yg) memanjangkan rambut seseorang (dengan rambut palsu).' [Hadith Bukhari]
Hadith di atas itu jelas menyampaikan ketetapan as-Sunnah bahawa seseorang itu tidak dibenarkan sekali-kali memakai rambut palsu untuk mencantikkan kepala atau untuk tujuan apapun. Mudah-mudahan, mereka yg telah melazimkan diri menggunakan rabut palsu (dam mewarnakan rambut mereka) akan terpandu dan menghentikan perbuatan sedemikian, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment