Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti criteria perlantikan imam untuk solat fardu di sesuatu qariah. Mudah-mudahan hari ini kita dapat membetulkan kesilapan yg timbul dalam perkara ini supaya sejajar dengan ketetapan as-Sunnah, dan kerana itu kita sama-sama mendapat keberkatan bersolat berjema'ah.
Tugas imam itu berat selain mengimami solat jema'ah Islam dalam qariahnya. Segala kesilapan yg berlaku atau dilakukan oleh makmumnya ditanggung olehnya. Kalau makmumnya melakukan sesuatu yg tidak sejajar dengan Islam dan syariatiatnya - berpandukan as-Sunnah - pabila diimamkannya, maka dia sama-sama menganggung dosanya.
Hari ini mungkin kerana kejahilan maka berlakulah berbagai-bagai perkara. Antaranya, apabidla muazin mengazankan untuk bersolat, orang lain pula yg mengqamatkan solat itu. Atau, apabila muazin qamatkan solat, ketika imam tiada di masjid atau di surau atau belum sampai ke surau. Muazin hanya mengqamatkan solat apabila imam solat sudah masuk masjid atau surau atau hadir. Apabila sudah diqamatkan, imam tidak boleh terus memulakan solat selagi sof atau barisan belum diluruskan atau ditertibkan. Hendaklah imam mempastikan sof baik dan rukun dan membetulkannya jika tidak lurus atau bengkang-bengkok.
Menceritakan hdith kepadaku (kata an-Nasa'i) ... hadith dari Ibnu Mas'ud (r.a) berkata: 'Adapun Rasulallah (s.a.w) mengusap (i.e. memegang) pada bahu kami (i.e. makmum solat), dan bersabda: 'Istau wala takhtalifu, fatakhtalifa qulubahum' [Maksud: Luruskan sof (atau barisan), dan jangan berselisih (i.e. bengkang bengkok), maka akan berselisihlah (i.e. bengkang bengkoklah) hati-hati kamu], dan kemudian merapatkan kami dari antara mereka (i.e. makmum), yag lain mendekati yg lain, kemudian yg lainnya mendekati yg selainnya (ie. merapatkan dan meluruskan barisan sesama sendiri dalam sof).' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]
Demikianlah imam berbuat setiap kali hendak memulakan solat supaya jangan tergesa-gesa atau terus mengangkat Takbiratul Ikhram apabila makmum belum sempat bersedia dan meluruskan serta merapatkan barisan. Di dalam Islam makmum hendaklah mendekatkan jari kaki mereka dengan jari kaki rakan disebelahnya. Sof hendaklah dipenuhi dari sebelah tengah di belakang imam, kemudian di isi kanan kiri, kanan kiri, bukannya terus kanan dan dilompangkan di sebelah kiri. Barisan di belakang imam hendaklah dikhususkan bagi imam pengganti kedua atau ketiga atau orang yg layak dilantik menjadi imam, supaya jika terbatal wudu' atau solat imam, salah seorang mereka di belakangnya boleh mara ke depan mengimamkan solat menyambung solat hingga selesai.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment