Tuesday, March 23, 2010

Bekalan akhirat: Sediakan sebanyak-banyaknya ...(Samb)

Assalamualaikum,
Saudara dalam post sebelum ini kita telah bincangkan 4 perkara yg menyenangkan hidup seorang yg beriman dalam hidupnya. Kali ini kita lihat pula satu lagi panduan Rasulallah (s.a.w). Pesanan ini memanfaatkan orang yg kaya dan orang yg tidak kaya asalkan dia boleh berusaha menyumbang ke arahnya - melabur untuk akhirat.
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) katanya hadith dari Rasulallah (s.a.w) yg bersabda: 'Ketika mati seorang insan (i.e. manusia Islam dan beriman itu), maka putuslah darinya amalannya (i.e. amalan dan ibadah yg dapat membantu dia mendapatkan syurga dan keridhaan Allah (a.w) di dunia dan di akhirat) kecuali selain tiga perkara: iaitu (pertama) aliran pahala dari sedekah jariahnya semasa hidupnya; (kedua) ilmu yg dimanfaatkannya (untuk orang lain); dan (ketiga) anak-anaknya yg soleh (dan solehah) yg mendoakan (kebaikan serta kesejahteraan akhirat) kedua orang tuanya. ' [Hadith Abu Daud]
Kita sebutkan orang yg Islam dan beriman mendapat manfaat, kerana segala kebaikan seumpama oleh orang kafir atau tidak Islam tidak mendapat ganjaran pahala apa-apa dan segala ibadah dan amalan tidak diterima Allah (a.w)! Kemanfaatan yg disebutkan hanya untuk yg Islam, terutama yg beriman.Apa yg memanfaatkan akhirat seseorang itu. Apabila kita sudah mati, tiada suatupun yg dapat menolong kita demi kebajikan akhirat kita, kecualilah apa-apa yg telah kita ibadahkan dan amalkan semasa hidup kita. Namun, ada tiga perkara yg pasti menambah kepada kebajikan atau berat timbangan pahala kita di akhirat, iaitu:
1. Sedekah (dan zakat) atau segala sesuatu yg kita belanjakan semasa hidup demi Islam dan umatnya, terutama infaq, yg kita keluarkan untuk sabilillah - membela Islam dan orang Islam yg beriman;
2. Ilmu yg kita ajarkan kepada orang Islam dan beriman ketika hidup kita, bukan sebarang ilmu, tetapi ilmu yg haq, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah, yg membolehkan manusia lebih faham ugamanya dan lebih tepat ibadah dan amalannya dalam mencontohi apa-apa yg diuntujukkan oleh Rasulallah (s.a.w), kerana Rasulallah (s.a.w) itu 'uswatun hasanah'; dan
3. Anak-anak yg soleh (dan solehah) yg mendoakan kebajikan akhirat kita setelah matinya kita.
Ada diantara kita yg kaya dan mewah dan berhata, maka golongan ini, sebenarnya mempunyai peluang keemasan untuk menydiakan yg terbaik untuk akhirat mereka, jikalah mereka bersedia bertindak sebagaimana Omar b Khattab (r.a) dan Abu Bakar as-Siddiq (r.a), menghabiskan harta kekayaan mereka demi fi sabilillah. Kita berbangga ada orang seumpama Syad Mukhtar al-Bukhari dan Daim Zainuddin yg kaya raya, terbilang, sampai tersenarai dalam Majalah Forbes! Ada yg kaya seumpama TS Azman, TS Mustafa Kamal, Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza. Dan ramai lagi orang Melayu Islam yg kaya raya dan separa kaya seperti CEO atau MD Melayu yg digaji melebih RM 50k sebulan, dgn syarat harta dan kekayaan mereka itu diperolehi secara halal dalam konteks Islam, diberi Allah (a.w) peluang yg banyak untuk menempah tiket kelas pertama pula ke akhirat! Ada ramai lagi. Orang yg diwajibkan mengeluar zakat dan terutamanya menginfaq itu adalah mereka yg kaya dalam ertikata memiliki rezki melebih keperluan harian diri dan keluarganya. Memang ada yg menderma dan meninfaq, tetapi diselubungi oleh riak pula, kerana sengaja dihebah-hebohkan untuk pengetahuan manusia lain. Ini adalah infaq yg batil, tidak mendatangkan sebarang faedah. Kemungkinan dikira berbangga diri dengan rasa ujub diri dan sombong diri. Maka mendapat dosa dan tidak mendapat pahalapun!
Ramai ulama' dan ilmuwan di Malaysia, terutama yg bertuagas dalam institusi atau organisasi ugama serta mengajar di IPTS dan IPTA, yg memiliki ilmu yg banyak asalkan ilmu itu tidak bertentangan dengan ilmu yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah yg boleh menyumbang meninggalkan hzanah ilmu kpd orang Islam, terutama genaerasi akan datang. Tapi, malangnya mereka jarang sekali memanfaatkan peluang keemasan sedemikian itu. Ada pula yg mencegah dan menghalang ilmu disebarkan dan diajarkan kpd umat Islam kerana pertimbangan-pertimbangan seemingly baik tetapi sebenarnya batil. Ada yg berkeras dengan ilmu yg batil apakala mereka mengajarkan sesuatu yg sama sekali bercanggah dengan as-Sunnah dan menyeleweng dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Rugilah mereka. Kerana, kalau disebarkan atau diajarkan ilmu yg tidak sejajar dengan as-Sunnah, maka mendapat dosa serta mendapat kiriman dosa pula dari mereka yg beramal atau mengamalkannya pula! Bahaya. Orang yg kaya dan mewah mungkin tidak memiliki ilmu yg haq itu untuk dimanfaatkan. Tetapi, mereka boleh membelajankan atau menginfaq sebahagian kekayaan mereka bagi mengembangkan proses dan program pengilmuan oleh orang yg berilmu, maka dia juga seumpama menyebar dan mengimarahkan Islam dan menginfaq demi mengilmukan umat Islam yg jahil atau kurang berilmu.
Semua kita mempunyai anak. Ada yg berbelas anaknya. Ada yg memiliki isteri lebih dari satu memiliki zuriat yg lebih besar pula. tapi, anak-anak tidak dididik, maka anak-anak mereka tidak tergolonga dalam golongan orang yg soleh, seumpa anak-anak yg merempit, menjadi pelakun, penipu, pencuri, pelaku maksiat yg berbagai dan bagi yg kaya pula anak-anak mereka menghabiskan masa di kelab-kelab malam, di disko, karaok dan seumpamanya. Maka terlepaslah peluang untuk mendapat anak-anak yg soleh! Hari ini begitu ramai golongan muda yg terjebak, kerana kejahilan, dalam maksiat - seks bebas, seks rambang, seks bermai-ramai, pembuang anak - yg kebetulan melibatkan anak-anak muda Islam. Semua ini berlaku kerana kecuaian ibubapa dan kemandulan ibubapa mengurus anak-anak mereka, terutama ibubapa golongan berpendapatan lumayan dalam kerajaan mahupun swasta.
Jika kita teliti as-Sunnah, kita akan dapati betapa banyak dan berbagainya serta besarnya ganjaran pahala mengimarahkan Islam dan menyebarluaskan ilmu Islam yg haq itu. Antara tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk mengilmukan masyarakat Islam yg internet savvy supaya mengenali Islam dan syariatnya yg haq berpandukan al-Quran dan as-Sunnah secara maya (virtual). Wajib diingat ilmu yg haq i.e. benar tentang Islam dan syariatnya serta segala sesuatu mengenai Islam adalah berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah, bukan belajar dari kitab-kitab dan buku-buku atau ceramah yg disampaikan oleh para ulama' dan ilmuwan Islam. Kerana, kesemua sumber tersebut tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka banyak kebatilan dari kebenarannya! Apabila kita berpandukan yg batil, maka rugilah kita beramal dengannya. Mereka yg mempelajari as-Sunnah atau al-Hadith tahu mengapa.
Penulis berdoa kepada Allah (a.w) agar akan menjelmalah suatu Yayasan Ilmu' yg real dimana terdapat pusat-pusat ilmu yg dapat mengajarkan umat Islam pelbagai peringkat umur serta kedudukan ekonomi berbagai didedahkan kepada ilmu yg haq - al-Quran dan as-Sunnah - untuk memandu mereka secara mudah tanpa kos untuk menguasai ilmu dan faham tentang Islam dan syariatnya, insya Allah. Dan, melalui Yayasan Ilmu itu juga akan dapat dihasilkan manusia Islam yg benar-benar peka serta mengikuti ajaran Rasulallah (s.a.w) dan mencontohi Rasulallah (s.a.w) dalam ibadah dan amalan, dan, dengan itu menjadi manusia yg benar-benar dapat mengabdikan diri mereka dengan benar. Dan, insya Allah, melalui Yayasan ilmu itu juga akan dapat dikembangkan pengilmuan secara maya yg lebih berkesan.
Mudah-mudahan akan tergerak hati orang yg beriman, bersama-sama membangunkan hasrat tersebut dan sama-sama meraih laba dari pelaburan akhirat yg dapat menjamin kiriman pahala yg besar, i.e. mendapat dividen akhirat yg tinggi lagi kekal sehingga kiamat dunia, insya Allah.
Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment