Assalamualaikum,
kali ini kita akan lihat beberapa hadith menyentuh tentang perkara rumah tangga atau hubungan suami isteri yg ada haubungan rapat dengan masa depan wanita/lelaki di akhirat kelak. Mudah-mudahan dengan panduan tersebut, kita - sama ada lelaki ataupun perempuan - akan terjaga dari memikul dosa yg besar, dan kerananya tidak berjaya mendapat syurga. Kerana, syurga adalah matlamat utama serta matlamat sebenar kehidupan di dunia.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Abdullah b Abbas (r.a) bahawasanya berkata: 'Gerhana matahari suatu zaman Rasulallah (s.a.w, maka bersolat Rasulallah (s.a.w) dan (bersolat) manusia bersama-samanya. Maka berdiri dia (Nabi (s.a.w) berdiri yg panjang (i.e. lama) agak-agak berdirinya selama membaca Surah al-Baqarah (i.e. 286 ayat), kemudian beliau Rukuk satu Rukuk yg panjang (i.e. lama), kemudian bangkit (i.e. Iktidal) maka berdiri Nabi (s.a.w) berdiri yg lama (i.e. panjang) dan berdirinya itu kurang sedikit dari yg awal, kemudian Rukuk Nabi (s.a.w) satu Rukuk yg panjang (i.e. lama) dan Rukuknya kurang dari Rukuk yg awal, kemudian bangun atau bangkit Nabi (s.a.w), kemudian Sujud Nabi (s.a.w), kemudian bangkit Nabi (s.a.w) berdiri dan berdirinya yg panjang (i.e. lama) selain berdirinya yg awal (i.e. pendek sedikit), kemudian Rukuk Nabi (s.a.w) satu Rukuk yang panjang (i.e. lama) selain Rukuk yang awal (i.e. pendek sedikit), kemudian bangkit atau bangun Nabi (s.a.w) berdirinya yg panjang (i.e. lama) selain dari berdiri yg awal, kemudian Rukuk Nabi (s.a.w) satu Rukuk yg panjang (i.e. lama) selain Rukuk yg awal, kemudian bangkit (ie. bangun) Nabi (s.a.w), berdiri berdirinya yg panjang (i.e. lama) selain dari berdiri yg awal (i.e. pendek sedikit); kemudian bangkit atau bangun Nabi (s.a.w) berdiri berdirinya yg lama (i.e. panjang) selain berdiri yg awal, kemudian Sujud nabi (s.a.w), kemudian bersurai dan sungguh-sungguh telah jelas (i.e. terang) matahari (i.e. sudah tamat gerhana). Maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda-tanda antara tanda kebesaran Allah (a.w), tidak gerhana kedua-duanya kerana ada kematian salah seorang kamu dan tidak gerhana (kedua-duanya) kerana lahirnya salah seorang kamu. Maka ketika melihat kamu demikian (kejadian, i.e. gerhana) maka bersyukurlah kepada Allah (a.w).' Maka berkata (sahabat): 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Aku melihat engkau meraih (i.e. mencangkau) sesuatu di dalam berdiri engkau demikian, kemudian melihat aku engkau mengundur diri!' maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Sesungguhnya melihat aku syurga atau buah-buahan dalam syurga, maka meraih (i.e. menjangkau dengan tangan aku untuk mengambil) darinya tandan atau tangkai buah-buahan (tersebut), dan seandainya mendapat aku akan buahnya, maka nescaya makan kamu sekelian darinya sehingga kiamat dunia. Dan (kemudian) melihat aku neraka (yg sangat menakutkan) maka tidak seperti apa-apa yg pernah aku lihat sesuatu (yg menakutkan) sedikitpun, dan melihat aku ramai (i.e. kebanyakan) ahli (i.e. penghuni) neraka itu adalah perempuan.' Berkata (para sahabat): 'Kenapa begitu! Wahai Rasulallah (s.a.w)?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kerana kufur mereka.' Dikatakan: 'Kufur mereka terhadap Allah (a.w)?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kufur mereka.' Dikatakan (oleh para sahabat): 'Kufur mereka kepada Allah (a.w)?' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Kufur mereka kepada suaminya, dan kufur mereka terhadap ikhsan suami mereka. Seandainya berbuat baik suaminya terhadap salah seorang mereka satu tahun, kemudian dilihatnya dari suaminya sesuatu yg tidak disukainya, maka berkata dia: 'Tidak ada (i.e. pernah) melihat aku dari engkau suatu kebaikan sedikitpun!' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
Hadith menceritakan suatu peristiwa ketika berlakunya gerhana matahari dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w), maka Nabi (s.a.w) dengan dikuti oleh para sahabat bersolat (i.e. Solat Gerhana). Ketika Nabi (s.a.w) bersolat itu sahabat melihat dia ketika berdiri ke depan mengkaut dengan tangannya seolah-olah hendak mengambil sesuatu, dan kemudian Nabi (s.a.w) berundur dengan cepat, seolah-olah cuba mengelak sesuatu. Apakala ditanya para sahabat dia memberitahu bahawa dinampakkan kepadanya syurga atau buah-buahan dalam syurga, dan dia cuba mengambilnya; kemudian dinampakkan pula padanya neraka, kerana begitu dahsyatnya, maka dia berundur ke belakang ketika berdiri itu.
Ada dua perakar utama dalam hadith ini: pertama, bagaimana Nabi (s.a.w) mengerjakan Solat Gerhana (Matahari); dan kedua, bahawa ramai atau majoriti penghuni neraka itu adalah perempuan.
Di dalam post yg lalu ketika berlakunya Gerhana matahari, walaupun tidak jelas kelihatan kerana awan tebal, penulis telah beritahu bagaimana hendak mengerjakan Solat Gerhana itu. Solat Gerhana itu adalah dua rakaat. Bagi setiap rakaat ada dua kali Rukuk, kemudian Sujud sepertimana solat-solat lain, kemudian memberi 'salam'. Disunahkan membaca Al-Fatihah (i.e. Ummul Kitab) dan satu surah yg panjang, kemudian Rukuk, kemudian berdiri semula membaca al-Fatihah dan satu surah yg panjang tetapi tidaklah sepanjang berdiri pertama. Rukuknya juga lama dengan membaca Tasbih Rukuk berulang-ulang, demikian jugalah ketika Sujud membaca Tasbih Sujud berulang-ulanmg.
Mesej kedua hadith ini menyebutkan bahawa kebanyakan atau majoriti isi atau penghuni neraka dinampakkan Alllah (a.w) kepada Nabi (s.a.w) adalah perempuan. Apakala ditanya para sahabat beliau memberitahu bahawa kebanyakan perempuan penghuni neraka itu kufur (i.e, tidak mensyukuri kebaikan suami mereka dan tidak mensyukuri ikhsan atau kebaikan suami mereka. malah, walaupun suaminya baik dan menjalankan tanggung jawabnya memberi nafkah kepadanya dan anak-anaknya, jika berlaku sesuatu yg tidak disukainya, para isteri akan menidakkan segala kebaikan suami mereka selama berumah tangga, dan menyatakan tidak pernah diberikan apa yg sepatutnya diberikan kepadanya.
Itulah kelemahan atau sifat pribadi wanita atau isteri yg lazim berlaku dalam kehidupan berumah tangga. Isteri yg syukur kepada Allah (a.w) tetapi tidak menghargai kebaikan suaminya selama berumah tangga! Maka dengan itulah, ramainya wanita menjadi penghuni neraka kerana tidak menghargai ikhsan dan kebaikan suami mereka.
Mudah-mudahan dengan ilmu yg sedikit ini, para isteri sedar betapa besarnya dosa tidak mensyukuri kebaikan yg dicurahkan oleh sumai mereka.
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment