Monday, March 1, 2010

Salam: Salutation sesama orang Islam dan Iman (Samb.)

Assalamualaikum,
Selanjutnya kita yg Islam dan beriman juga disurtuh memberi salam kepada kanak-kanak yg kita temui. Islam itu sentiasalah mengutamakan umatnya tak kiran saudara sesama Islam itu kecil atau besar, tua atau muda.

Memberi Salam Kepada Kanak-kanak dan Wanita

Dua hadith di bawah ini menjelaskan bahawa as-sunnah menggalakkan kita (orang lelaki) memberi ‘salam’ juga kepada kanak-kanak (atau orang muda atau orang yang lebih rendah kedudukan daripada kedudukan kita) dan juga memberi ‘salam’ kepada perempuan:

1. Diriwayatkan hadith daripada Sulaiman, yakni Ibnu Mughirah, hadith daripada Thabit berkata: ‘Telah berkata Anas bin Malik (r.a): ‘Datang Rasulallah (s.a.w) kepada sekumpulan budak-budak sedang bermain-main maka memberi ‘salam’ dia (Rasulallah (s.a.w)) kepada mereka.’ [Hadith sahih Abu Daud]

2. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abi Husin (r.a) yang mendengar hadith daripada Syahri bin Hausab berkata memberitahu kepadanya oleh Asma’ binti Yazin (r.ah) berkata: ‘Lalu di hadapan kami Nabi (s.a.w) (dan kami adalah) beberapa perempuan, maka memberi ‘salam’ Nabi (s.a.w) kepada kami.’ [Hadith sahih Abu Daud]

Dua hadith di atas menyebutkan bahawa kita digesa memberi 'salam' kepada kanak-kanak dan perempuan yg kita temui. Amalan memberi 'salam' sedemikian memberikan ganjaran pahala kepada kita.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment