Assalamualaikum,
Saudara, kita telah tahu dalam post sebelum ini dua perkara, iaitu: pertama, solat fardu itu diwajibkan atas semua yg mengakui dirinya Islam dan beriman, kerjakan tanpa excuse. Solat itu hanya boleh ditinggalkan jika kita uzur syar'i, iaitu kita hilang akal, gila dan seumpamanya. Selagi kita bernyawa dan kita waras, tahu walaupun tidak boleh berkata-kata, kita wajib tunaikan. Kedua, Allah (a.w) janjikan sesiapa yg mengerjakan solatnya akan diberikan syurga, jika tidak dilaksanakankan, tiada janji Allah (a.w), dan jika tidak dirahmatiNya, pastilah kita masuk neraka!
Rasulallah (s.a.w) di dalam suatu hadith pula bersabda: 'As-solatu 'imadud-dini' [Hadith al-Baihaqi], maksudnya: 'solat fardu itu adalah tiangnya ugama Islam'. Di dalam hadith itu disebutkan juga bahawa sesiapa yg meninggalkan solatnya maka dia meruntuhkan ugamanya, i.e. dia terkeluar dari Islam, kerana ugamanya sudah runtuh, maka dia tiada ugama lagi!
Kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita tahu dalam sabdanya: 'Sesungguhnya amalan atau ibadah yg terawal (i.e. mula-mula) dihisab di akhirat kelak adalah solat ...' [Hadith at-Termidzi]. Sambungan hadith tersebut menyatakan bahawa jika hisaban solat fardunya itu baik, maka baiklah hisaban amalan dan ibadah yg lain. Jika buruk atau teruk, maka pastilah teruk hisaban ibadah dan amalan yg lainnya. Maksudnya, jika kita gagal dalam hisaban solat fardu, maka sudah pastilah kita akan gagal dalam hisaban amalan yg lain. Bila gagal, nerakalah tempatnya! Justeru itu, walau apapun yg kita kerajakan setiap hari,kita jangan tinggalkan solat fardu. Kita menempah neraka jika kita abaikan solat fardu.
Kita diberitahu oleh alim ulama' bahawa di akhirat kelak kita boleh mendapat syfaat (i.e. pertolongan) Rasulallah (s.a.w) agar azab kita dihapuskan atau diringankan oleh Allah (a.w). Demikian jugalah solat. Jika kita kerjakan solat maka kita berkemungkinan mendapat syafaat Rasulallah (s.a.w). Inilah mesej hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesunggunnya janji yg membezakan antara kita (i.e. orang Islam dan beriman) dengan orang yg tidak Islam dan beriman, adalah solat fardu, maka barangsiapa yang meninggalkan solat fardunya maka sungguh-sungguh dia kafir.' [Hadith an-Nasa'i]. Maksudnya, kita dianggap Islam jika kita bersolat. Jika kita tidak solat kedudukan kita pada Allah (a.w) samalah dengan kedudukan orang yg tidak Islam. maka dengan itu jika kita tinggalkan satu waktu solat fardu, maka jatuh kafirlah kita. Orang kafir pasti masuk neraka!
Saudara, walau bagaimana sibuknya kita sehari-harian janganlah kita lupa menunaikan solat fardu itu. Bahaya bagi kita. melainkan saudara tidak yakin bahawa setelah matinya kita, selesai masalah kita. Itulah pandangan orang kafir. Walhal, dalam Islam setelah mati kita, maka terputuslah kesempatan kita untuk memperbaiki diri dan menunaikan tanggung jawab kita kepada Allah (a.w), yg menjadikan kita, yg memberi kita pelbagai nikmat hidup di dunia dan yg akan kita temui kelak di akhirat. Sesiapa yg berjaya dapat menemui Allah (a.w) di akhirat pastilah mendapat syurga. Orang yg masuk neraka tidak akan berpeluang menemui Allah (a.w).
Oleh itu sentiasalah kita beringat. Supaya walau bagaimana sibuknya kita dengan urusan dunia, hendaklah adakan sekurang-kurang 5-10 minit untuk berwudu' dan menunaikan solat kita. Mungkin kita fikir di dunia ini kita amat sibuk, tetapi kesibukan di akhirat jauh lebih hebat, apakala kita dapat neraca hisaban kita itu berat ke arah dosa dan menunjukkan kita ahli neraka, wal iya zubillah. Kalau di dunia kita mungkin dimarahi bos, tapi di akhirat bospun, kalau tak solat pasti masuk neraka, apatah lagi bos yg tidak Islam sudah pasi nerakan tempatnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment