Assalamualaikum,
Dalam menyebut pahala yg didapati kerana mengerjakan sesuatu amalan atau ibadah itu, kita diberitahu bahawa orang yg menyertai perang sabil (i.e. jihad fi sabilillah) itu mendapat syurga yg tinggi mertabatnya, apabila mereka mati ketika berjihad. Syurga dijamin untuk mereka. Jika tidak mati, terpulanglah pula kepada nilai ibadah jihad serta ibadah selainnya pula. Namun, jihad tetap memberi ganjaran pahala yg besar. Tapi, ada suatu amalan yg amat besar pahalanya, malangnya sering tidak diberi perhatian utama oleh orang Islam, kerana kejahilan atau kerana kurang yakin mereka dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).
Menceritakan hadith kepadaku (kata Abu Daud) ... hadith dari said b Jubarin hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Tidak ada hari yg beeramal soleh di dalamnya yg lebih disukai oleh Allah (a.w) dari ini beberapa hari, yakni yg sepuluh.' Berkata (sahabat): 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan tidak jihad fi sabilillah (i.e. dalam membela ugama Allah (a.w))!' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Dan, tidak (i.e. tidak dikalahkan oleh) jihad fi sabilillah!' Bersabda Rasulallah (s.a.w) (menyambung cakapnya): 'Kecuali seorang lelaki yg keluar berjihad dengan dirinya dan dengan hartanya, maka tidak kembali dia dari demikian (jihad).' [Hadith Abu Daud]
Apakah maksud atau mesej hadith di atas itu? Apakah yg dimaksudkan 'hari yg kesepuluh' itu? Kerana hari itu apabila dilakukan suatu amalan mendapat pahala lebih banyak atau lebih besar dari pahala yg diperolehi oleh seorang yg berjihad fi sabilillah i.e. orang yg berjihad dengan dirinya dan hartanya untuk membela ugama Islam. Pahala tersebut hanya boleh dikalahkan oleh pahala orang yg berjihad dengan dirinya dan hartanya, kemudian dia mati (i.e. mati syahid) sahaja. Demikianlah besarnya pahala amalan tersebut. Amalan apa?
'Hari yg kesepeluh' itu adalah merujuk kepada tanggal 10 Zulhijjah. Ibadat yg paling afdhal atau paling banyak pahalanya pada hari itu adalah menyembelih kurban - kambing atau lembu atau unta - untuk diagih-agihkan kepada orang Islam. Menyembelih kurban adalah salah satu syariat Islam yg utama. Amalan ini bermula zaman Nabi Ibrahim (a.s) yg diperintah Allah (a.w) menyembelih anaknya, Nabi Ismail (a.s), yg ditinggalkannya semasa Siti hajar sarat mengandung, dan kemudian menemuinya semula ketika Ismail berumur 13 tahun. Kemudian, setelah berjumpa dengan anak kesayangannya itu, diwahyukan Allah (a.w) supaya menyembelih Ismail (a.s). Nabi Ibrahim (a.s) akur dan ismail (a.s) sendiri akur, kerana taatkan perintah Allah (a.w). Semasa hendak disembelih, Allah (a.w) gantikan dengan seekor kibas, yg disembelih oleh Nabi Ibrahim (a.s) atas perintah Allah (a.w). Nabi Ibrahim (a.s) digelar 'khalilullah' (i.e. kekasih Allah (a.w)) kerana ketaqwaan yg amat tinggi. Fikirlah, ketika isteri keayanagnya mengandung, Allah (a./w) perintahkan dia ke Syam untuk berdakwah, meninggalkan isterinya tanpa sebarang bekalan di kelilingi oleh padang pasir kering kontang tanpa tanaman dan tumbuhan, apa lagi bekalan makan minum. Isteri yg hendak ditinggalkan pula sedang sarat mengandung anak sulung isterinya, Siti Hajar. Kemudian, setelah berkesempatan menemui anaknya selepas anaknya berusia 13 tahun, diperintah Allah (a.w) menyembelih anak kesayangannya! Fikirkanlah tahap ketaatan Nabi Ibrahim (a.s), namun dia tetap pasrah dan bertawakal kepada Allah (a.w). Sesungguhnya, Allah (a.w) mengetahui kesudahan segala sesuatu.
Suruhan menyembelih kurban itu diperintahkan dengan jelas dalam Ayat 3, Surah al-Kauthar.
Memandangkan begitu besarnya pahala berkurban atau menyebelih kurban, maka insya Allah ketika datang bulan Zulhijjah kelak, semoga kita boleh membelanjakan sebahagian daripada wang merupakan rezki kita, untuk membeli ternakan kurban untuk disembelih pada 10 Zulhijjjah atau dalam tempoh hari tasyrik, insya Allah. Kerana besarnya pahala menyembelih kurban itu, apalah ruginya membelanjakan Rmm 600.00 untuk seekor kambing dan RM 2,500.00 untuk seekor lembu? Semoga, bagi kita yg belum upaya, Allah (a.w) kurniakan rezki yg lebih tahun ini untukmembolehkan kita menyembelih kurban sekurang-kurangnya seekor kambing atau seekor lembu, insya Allah.
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment