Assalamualaikum, Seterusnya kita sambung lagi perbincangan kita tentang tajuk ini. Aapakah pula kefadhalan atau kebaiakan atau pahala yang termungin dalam kelazimanmemberi salam ini? Kita lihat ketetapan as-Sunnah seterusnya:
Pahala atau Kebaikan Memberi ‘Salam’
Hadith di bawah ini memberitahu kita bahawa banyak pahalanya kita memberi ‘salam’ itu. Lebih panjang atau sempurna kita mengucapkan ‘salam’ atau menjawab ‘salam’, maka lebih banyak kefadhalannya (yakni, pahalanya). Jawapan minima adalah ‘’Assalamu-alaikum’ atau (menjawab) ‘Alaihis-salam‘ (dapat 10 pahala atau kebaikan), lebih baik, ditambah ‘Assalamu-alaikum warahmatullah’ atau (menjawab) ‘alaihis-salam warahmatullah’ (dapat 20 pahala atau kebaikan), dan lebih afdhal ‘Assalamu-alaikum warahmatullahi wabarakatuh’ atau (menjawab) ‘Alaihis-salam warahmatullahi wabarakatuh’ (dapat 30 pahala atau kebaikan), dan yang terbanyak pahala atau kebaikan (yakni, lebih afdhal lagi) berkata ‘Assalau-alaikum warahmatullahi wabarakatuhu walmaghfirah’ atau (menjawab) ‘Alaihis-salam warahmatullahi wabarakatuhu walmaghfirah’ (dapat 40 pahala atau kebaikan):
1. Diriwayatkan hadith daripada ‘Imran bin Husin berkata: ‘Datanglah seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia: ‘Assalamualaikum.’ Maka menjawab Nabi (s.a.w): ‘’Alaihis salam’. Kemudian duduk (lelaki itu). Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawa mengucapkan ‘Assalamu-alaikum’ mendapat pahala sepuluh’. Kemudian datanglah pula seorang lelaki (lain) maka berkata dia: ‘Assalamu-alaikum warahmatullah’, maka menjawab Rasulallah (s.a.w) atasnya. Maka duduk lelaki itu. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dua puluh.’ Kemudian datanglah seorang lelaki yang lain pula, maka berkata dia: ‘Assalamu-alaikum warahmatullahi wabarakatuh’, maka menjawab Rasulallah (s.a.w) akan salamnya, maka duduk lelaki itu. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiga puluh.’ [Hadith sahih Abu Daud]
Seseorang yg memberi 'salam' dengan kalimah yg disebutkan dalam hadith di atas mendapat ganjaran pahala 30 kebaikan.
2. Diriwayatkan hadith daripada Sahli ibni Muaz bin Anas, katanya hadith daripada bapanya (yakni, Anas bin Malik hadith daripada Nabi (s.a.w), [yang bersabda seperti hadith di atas dengan (satu) tambahan]: ‘kemudian datanglah seorang lelaki yang lain, maka berkata dia: ‘Assalamu-alaikum warahmatullahi wabarakatuhu, wamaghfiratuhu’, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Empat puluh.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Demikianlah adapun yang paling afdhal.’ [Hadith sahih Abu Daud]
Hadith di atas pula menyebutkan bahawa sesiapa yg memberi salam dengan kalimah-kalimah yg lebih panjang seperti dalam hadith itu mendapat 40 kebaikan baginya. Itulah salutation yg terbaik.
Allah (a.w) Sukakan Orang Memberi ‘salam’
Hadith ini menyatakan bahawa Allah (a.w) sukakan seseorang itu memulakan memberi ‘salam’:
3. Diriwayatkan hadith daripada Abi Umamah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Bahawasanya orang yang utama di kalangan manusia di sisi Allah (a.w) adalah orang yang memulakan mereka dengan ucapan ‘salam’. [Hadith sahih Abu Daud]
Hadith di atas itu memberitahu kita bahawa orang yg memulakan salutation itu lebih baik pada sisi Allah (a.w). Ini adalah sejajar dengan prinsip asas dalam Islam bahawa umat Islam itu sesama mereka adalah bersaudara. Kerana asal usul manusia dari nenek moyang yg satu, iaitu Adam (a.s). Dan, umat Islam itu digalakkan sentiasalah berbuat baik kepada saudaranya sesama Islam dan menjauhi melakukan sesuatu yg tidak baik terhadap saudaranya. Maka dengan itulah sesiapa yg mendahului salutation itu, mendapat ganjaran pahala tinkatan yg lebih baik. Dan, sesiapa yg menerima salutation 'salam' itu, wajib atasnya menjawabnya setara dengan penghormatan atau lebih baik sebagaimana yg dijelaskan dalam firman Allah (a.w) yg telah kita teliti sebelum ini.
Semoga mulai dari hari ini kita jadikan tabiat lazim kita memberi salam kepada saudara kita yang kita temui - sama ada kita kenal atau tidak kenal akan dia. Amin
Memberi Salam Kepada Kanak-kanak dan Wanita
Dua hadith di bawah ini menjelaskan bahawa as-sunnah menggalakkan kita (orang lelaki) memberi ‘salam’ juga kepada kanak2 (atau orang muda atau orang yang lebih rendah kedudukan daripada kedudukan kita) dan juga memberi ‘salam’ kepada perempuan:
Diriwayatkan hadith daripada Sulaiman, yakni Ibnu Mughirah, hadith daripada Thabit berkata: ‘Telah berkata Anas bin Malik (r.a): ‘Datang Rasulallah (s.a.w) kepada sekumpulan budak-budak sedang bermain-main maka memberi ‘salam’ dia kepada mereka.’ [Hadith sahih Abu Daud]
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abi Husin (r.a) yang mendengar hadith daripada Syahri bin Hausab berkata memberitahu kepadanya oleh Asma’ binti Yazin (r.ah) berkata: ‘Lalu di hadapan kami Nabi (s.a.w) (dan kami) beberapa perempuan, maka memberi ‘salam’ Nabi (s.a.w) kepada kami.’ [Hadith sahih Abu Daud]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment