Tuesday, March 30, 2010

Kecantikan: Bolehkah mencantikkan diri ??

Assalamualaikum,
Saudara pernahkah kita tertanya atau bertanya apakah perempuan Islam dibolehkan mencantikkan dirinya apabila dilihat oleh orang lain? Sememangnya menjadi suatu tabiat serta naluri asli wanita ingin kelihatan cantik serta dipuji orang apabila cantik. Semua wanita ingin kelihatan cantik. Lelakipun sama. Mereka ingin kelihatan macho dan kacak serta handsome. maka dengan kerana itu jugalah sesiapa yg ingin menjadi pelakon filem hendaklah lelakinya nampak segak dan tampan, kalau boleh macho, memiliki sifat-sifat kelelakian yg terserlah, dll. Itulah specs artis Barat. Dan, orang Melayu suka tiru Barat. Sehinggakan filem-filem yg diusahakan merekapun meniru filem-filem dan plot Barat!
Perempuan Islam, khususnya Melayu pun sama suka dilihat cantik dan menawan serta memikat. Maka dengan itu, mereka suka menghias diri, sukakan make-up dan wangi-wangian. Bagi mereka yg menganggap diri mereka berada di zaman maya ini, mereka akan memakai pula pakaian yg ketat, yg dapat menonjolkan lagi susuk bentuk badan seumpama buah dadanya, yg kadangkala di dedah pula separuh, sebagaimana baju yg nampak senteng mendedahkan pusat dan sebahagian dari ponggongnya pula! Kalau pelakun tu, amat laku kalau seniman atau seniwati itu berasal dari hasil kacukan: Cina-Melayu, India-Cina, Prancis-Melayu, British-Melayu, Melayu-India, Melayu-Arab, atau lebih baik lagi kalau campuran berbagai seumpama Melayu-KulitPutih-Cina-Jepun dan seumpamanya. Lagilah nampak terasing dan unique dan bak kata orang hanmpir seumpama bidadari (kononnya mereka pernah lihat bidadari itu!) [Nota: Tiada seorangpun wanita yg menyamai kecantikan bidadari itu. Kerana walaupun dia memakai kain sutera tujuh lapis, masih dapat dilihat tulang dan urat sarafkakinya!]
Demikianlah lumrah manusia. Dalam post yg lalu kita telahpun lihat satu hadith yag menyebutkan bahawa Allah (a.w) itu tidak melihat kepada rupa bentuk manusia atau kepada hartanya, tapi kepada ketaqwaannya dan amalanya dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w).
Allah (a.w) itu zat yg Maha Kaya kerana semua yg ada di dalam dan di atas bumi dan segala sesuatu yg ada dalam dan di atas tujuh lapisan langit itu adalah milik Allah (a.w). Jadi Allah a.w) tidak hairankan orang yg kaya. Kalau kaya sebanyak mana sekalipun manusia sekarang, yg pasti mereka tidak sampai sedikitpun menyamai tahap dan darjat kekayaan Qarun! Walau macam mana segak dan kacaknya seseorang lelaki atau perempuan itu, tidak mungkin dia dapat menandingi kekacakan Nabi Yusof (a.s) dan kejelitaan Mariyam (a.s), ibu Nabi Isa (a.s). Oleh itu janganlah kita sombong, kalaulah kita kelihatan menarik dan menawan kerana parasan muka kita yg baik sedikit dari orang lain dan jika kita seorang lelaki yg kachak dan menarik serta memikat kepada perempuan! Atau, jika perempuan yg kelighatan begitu cantik dan menawan!
Allah (a.w) jadikan Nabi Yusof (a.s) itu manusia terkacak dan terhandsome dalam dunia semenjak zaman Adam (a.w) hinggalah kiamat dunia. Tidak ada siapa yg dapat menandingi kekacakannya. Kita diberitahu daripada zaman Adam (a.w) dan hinggalah kiamat dunia, Allah (a.w) agihkan kekacakan serta 'kehandsoman' lelaki itu 50% kepada Nabi Yusof (a.s), manakala bakinya 50% lagi dibahagi-bahagikan oleh Allah (a.w) kepada semua lelaki yg hidup di dunia mulai Adam (a.w) sehinggalah lelaki terakhir ketika kiamat dunia! Perempuan pula? Allah (a.w) agihkan kecantikan perempuan itu 50% kepada Mariyam (a.s), ibu Nabi Isa (a.s), dan segala wanita di dunia bermula Hawa (a.s), wanita pertama, sampailah ke wanita terakhir dilahirkan sebelum kiamat dunia, berkongsi kecantikan baki 50% tersebut! Fikirkanlah, kalau kita merasa sangat handsome atau merasa kita wanita amat cantik, tidak dapat dihairankan sedikitpun. Mariyam (a.s) agaknya bagaimana? Yusof bagaimana? Kita diberitahu bahawa ketika kesemua wanita Mesir zamannya dihimpunkan untuk melihat Yusof, sebagai satu kaedah menepis tuduhan yg dilemparkan oleh wanita Mesir terhadap Zulaikha, apakala melihat wajah Yusof (a.s) kesemuanya memotong jari mereka tanpa terasa dan sedari apabila terlihat Yusof! Demikianlah hebatnya Yusof (a.s). Tidak dapat kita bayangkan bagaimana ..
Insya Allah kita akan teliti ketetapan Islam tentang mencantikkan dan menghias diri, termasuklah isu 'aurat' dalam post-post yg akan datang. Hari ini kita lihat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan yg menyerupai lelaki. Hari ini kita lihat lelaki dan perempuan berpakaian kemas dan mahal serta berjenama, tetapi sebenarnya atau pada hakikatnya mereka berbogel. Insya Allah, kita akan dapat panduan, dan dengan panduan itu, kita dapat menghindar diri dari menanggung dosa secara percuma. Contoh: orang lelaki dilarang memakai sutera, tapi kita lihat lagi tinggi kedudukan seseorang itu atau lagi alim seorang ulama' itu, lagi halus sutra yg dipakainya! Lagi labuh pula jubahnya. Perempuan pula, lagi cantik dia, maka semakin tinggi keinginannya untuk mempamirkan dirinya, semakin terbayang kelihatan susuk badan, pusatnya bertindik, menegak pula buah dadanya serta separuh didedahkan supaya dapat kelihatan orang lurah dadanya! Mereka berpakaian, tetapi mereka juga mendedahkan diri mereka.
Demikianlah dunia, manusia semakin jahil dan semakin menjauhi ugamanya. Lelaki dan wanita Islam semakin tidak yaknin yg mereka akan mati dan bertemu dengan Allah (a.w) untukmenerima balasan siksa atas segala keburukan yg dialjkukannya di dunia.
Apakah mereka boleh lari dari Allah (a.w)? Sama-samalah kita lihat nanti.
Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment