Saturday, March 27, 2010

Solat: Waktu solat fardu

Assalamualaikum,
Saudara, kita dalam zaman moden ini medah untuk mengetahui bilakah ,asuk waktu solat sesuatu solat itu. Kalau kita tengok TV ada azan ketika masuk waktu. Kalau radiopun bgitu juga. Di dalam akhbarpun dituliskan waktu-waktu solat fardu. Dulu, zaman nenek mpyang kita, mereka takda TV takda radio malah tak jumpa akhbar. kalau jumpa akhbarpun tak dimuatkan nota tentang waktu solat. Kalau kita ke hutan, katalah mencari makanan seumpama nisan lebah, atau memburu, kita tak ada jam dan takda sesuatu yg membolehkan kita tahu sudah masuk atau belum waktu solat, kerana kita wajib solat di mana-mana saja kita berada.
Demikianlah zaman awal Islam. Kalaulah kita terserempak dengan situasi bilamana kita tiada sesuatu untuk dijadikan panduan bersolat, bagaimana? As-Sunnah memberikan kita panduan.
Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ...hadith dari Abu Hurairah (r.a): 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ini Jibril (a.s) datang kepada kamu sekelian mengajarkan kamu sekelian tentang ugama kamu sekelian. Maka bersolat (solat) Subuh ketika ketika terbit fajar (i.e. kelihatan awan merah di sebelah Timur), bersolat (solat) Zohor ketika condong (i.e. tergelincir) matahari; kemudian bersolat (solat) 'Asar letika melihat bayang-bayang seumapama bayang (sesuatu); kemudian bersolat (solat) Maghrib ketika tenggelam matahari dan (ketika) itu halal berbuka seseorang yg berpuasa; kemudian bersolat (solat) Isya' ketika hilang cahaya merah malam (di barat). Kemudian (Jibril (a.s) datang pula keesokannya. maka bersolat (solat) Subuh ketika warna kekuning-kuningan (sebelah Timur) tinggal sedikit; Kemudian denganya bersolat (solat) Zohor ketika ketika ada bayang-bayang seumpamanya (i.e. benda); Kemudian bersolat (solat) 'Asar ketika ada bayang-bayang dua seumpamanya (i.e. dua kali panjang); kemudian bersolat (solat) Maghrib dengan waktu yg satu (i.e. sebagimana disebutkan sebelum ini); kemudian bersolat (solat Isya' ketika hilang gelap pada malam hari. Kemudian berkata (Jibril (a.s): 'Adapun (waktu) solat itu apa-apa antara solat engkau kelmarin dan solat engkau hari ini.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]
Hadith di atas adalah satu versi hadith yg lebih panjang tentang waktu-waktu masuknya waktu solat-solat fardu dan, pada bahagian kedua hadith itu, waktu tamatnya waktu solat-solat fardu.
Hadith ini mencceritakan bahawa Jibril (a.s) turun ke langit dunia untuk menunjukkan atau mengajarkan atau mencontohkan kepada Rasulallah (s.a.w) tanda-tanda masuk serta tamatnya waktu-waktu solat-solat fardu. Beliau datang mengimamkan solat-solat tersebut, dan Rasullalah (s.a.w) bermakmum dengannya. [Nota: Hadith ini juga menunjukkan kepada kita bahawa tanpa ilmu Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak tahu bagaimana nak solat, bila masuk waktunya dan bila tamat waktunya. Tanpa ilmu juga, Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak tahu bagaimana nak bersolat. Maka dengan itulah dalam Islam hendaklah kita buat sesuatu hanya dengan sandaran ilmu (i.e. ilmu yg sah). Jibril (a.s) mengajarkan Rasulallah (s.a.w) tentang cara bersolat serta waktu-waktu mula dan tamatnya bagi setipa solat. Kita yg Islam wajib berilmu dahulu sebelum kita lakukan sebarang ibadah dan amalan. Rasulallah (s.a.w) mendapat. Ilmu sama ada melalui wahyu atau melalui utusan Jibril (a.s).]
Maka dengan itulah di dalam Islam kita diwajibkan menuntut ilmu. Wajib bagi seseorang Islam itu mengerjakan amalan dan ibadah setelah tahu ilmunya. Inilah ketetapan firman Allah (a.w) dalam Ayat 36, Surah al-Isyra': '... wala taqfu ma laisa bihi ilmun ...' [Maksud: Janganlah kamu kerjakan sesuatu tanpa memiliki ilmu mengenainya (i.e. sesuatu amalan atau ibadah itu) terlebih dahulu]. Dan, peringatan ini diulangi dalam sabda Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah: 'Al-ilmu qabla amal' [Maksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan]. Dalam apa juga bentuk dan kaedah beramal dan beribadah, kita tidak boleh ikut-ikutan (i.e. taqlid) kepada pandangan, kata-kata atu pendapat seseorang, melainkan mereka berkata bersandarkan ilmu i.e. al-Quran dan as-Sunnah. Segala amalan dan ibdah yg tidak diasaskan kepada ilmu, terbatal dan tidak sah.
Apakah rumusan hadith di atas itu? Kita teliti satu persatu:
1. Masuk waktu Solat Subuh itu apakala terbit fajar iaitu kita lihat mendung mereh di ufuk Timur dan tamat waktunya apakala kita melihat mega kuning di bahagian Timur sudah lenyap;
2. Masuk waktu Solat Zohor apabila tergelinciri matahari, iaitu jika ditegakkan sebatang kayu atau pancang, sudah boleh kelihatan bayang-bayangnya;
3. Masuk waktu Solat 'Asar ketika melihat kayu atau pancang yg dipacakkan itu mempunyai bayang-bayang sama panjang dengan kayu atau pancang tersebut dan luput waktu 'Asar ketika bayang-bayang kayu atau pancang yg dicacakkan itu dua kali panjang kayu atau pancang tersebut;
4. Masuk waktu Solat Maghrib ketika matahari sudah tenggelam dan luput waktu Maghrib itu ketika ketika sudah malam hari, yakni ketika mega merah arah Barat sudah hilang (i.e. waktu masuk dan waktu luput Maghrib itu pendek sahaja, kira-kiran 30 minit sahaja); dan
5. Masuk waktu Solat Isya' ketika hilang mega merah di ufuk arah Barat dan tamat waktunya ketika hilang gelap atau kegelapan malam hari i.e. waktu Isya' itu panjang.
Demikianlah sunnah sebagai panduan kita dalam menentukan masuk dan luputnya waktu-waktu solat fardu, jikalah kita tiada sesuatu untuk memberi kita tahu waktunya.
Jazakallahu khairah


2 comments:

  1. As salam. Bolehkah tuan beri komen sedikit adakah jadual waktu solat dalam takwim bertepatan masuknya waktu solat bersaksian seperti penerangan di atas? T.k

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah cuba dua kaedah utk zohor dan asar..pakai kayu tegak atas court badminton..beza dgn takwin 2-3 minit je..mmg betullah kaedah tu..jibrail yg ajar..bukan manusia..

      Delete