Assalamualaikum,
Kehidupan berumah tangga itu mungkin timbul perselisihan yg disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau perlakuan seorang isteri yg tidak disukai oleh suaminya. Di dalam Islam si suami dilarang meninggalkan isterinya tanpa sebab dan jika si suami hendak mengajar isterinya supaya tidak melakukan sesuatu yg tidak disukainya, maka dia dibolehkan dalam Islam bersumpah untuk tidak bersama dengan isterinya di rumah, i.e. tidak tidur dengan isterinya setilam sebantal. Ini disebut 'ilat' dalam Islam. Kita lihat nas dan dalil hadith mengenai perkara ini.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata: 'Bersumpah (Ilat) Rasulallah (s.a.w) dari beberapa isterinya (Nota: Pada suatu masa Nabi (s.a.w) mempunyai 9 isteri) selama sebulan, dan menetap dia di atas loteng rumahnya, maka turun dia selepas 29 hari. Maka dikatakan kepadanya: 'Sesungguhnya engkau bersumpah (membuat ilat) engkau sebulan!.' Maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Sesungguhnya sebulan itu adalah 29 hari.' [Hadith Bukhari]
Hadith ini menyebut tentang sumpah Nabi (s.a.w) tidak bersama dengan isterinya sebantal sekatil selama sebulan, dan beliau mengasingkan dirinya di atas loteng rumahnya. Dia tidur diloteng selama 29 hari (i.e. sebulan, mengikut bulan Islam). Selepas tamat sebulan, dia kembali bersama dengan isterinya semula, tidur bersama-sama mereka.
Peristiwa ini berlaku pada suatu masa apabila Nabi (s.a.w) mengambil/dihadiahkan seorang jariah (hamba perempuan) baru dan menidurinya. Brikutan itu dua isterinya Aisyah dan Habsyah telah protes, tidak menyetujui perbuatan Nabi (s.a.w) itu. Maka sebagaimemperingatkan kedua-dua isterinya tersebut bahawa perbuatan mereka tidak wajar dan tidak patutu dilakukan, maka Nabi (s.a.w) membuat sumpah (ilat) tidak meniduri mereka atau tidak tidur sekatil sebantal dengan isteri-isterinya selama sebulan. Sumpah sedemikian itu hanya dibolehkan dalam Islam selama tidak lebih dari sebulan. Dalam tempoh tersebut si suami tidak dibolehkan meninggalkan isterinya menetap di lain-lain tempat, kecuali dalam rumahnya. hanyalah si suami tidak tidur atas ktil atau tilam yg sama dengan isterinya. Dia mungkin tidur di loteng (dalam kes Nabi (s.a.w) ini) atau di dapur atau diserambi dan sebagainya. Ilat adalah untuk menunjukkan kurang senang atau tidak dipersetujui oleh si suami sesuatu perbuatan isterinya terhadap dirinya.
Dan menceritakan hadith dari Muawiyah b Haidah memarfu'kan hadith ini: 'Meninggalkan isteri itu bahawa tidak meninggalkan isterinya dengan pergi ke tempat lain kecuali meninggalkan isterinya di dalam rumahnya.' [Hadith Bukhari]
Maksudnya, apabula si suami membuat ilat atau bersumpah tidak meniduri atau tidur sekatil dengan isterinya itu, tidaklah bermaksud dia berpindah ke lain rumah atau tempat, tetapi berada di dalam rumah yg sama tetapi tidak tidur sekatil atau sebantal dengan isterinya sahaja.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment