Monday, March 1, 2010

Salam: Salutation sesama orang Islam dan Iman (Samb.)

Assalamualaikum,
Bagaimana pula respons kita apakala kita berada di dalam suatu perkumpulan dan tiba-tiba datang kepada kita seseorang dan memberi 'salam' dia>? Siapakah yg berhak menyambut 'salam'nya? Ini diperjelskan dalam hadith berikut:

Menjawab ‘Salam’ ketika dalam kumpulan

Hadith ini menjelaskan bahawa apabila seseorang itu tiba ke suatu majlis orang Islam, maka memberi ‘salam’ dia kepada mereka yang berada dalam majlis tersebut. Memadailah salah seorang daripada mereka yang sudahpun berada dalam majlis (kumpulan) tersebut menjawabnya:

Diriwayatkan hadith daripada Ali bin Abi Thalib (r.a) berkata Abu Daud mengangkat hadith daripada Hasan bin Ali (r.a) berkata: ‘Mencukupi dengan jemaah ketika lalu dan bahawasanya memberi ‘salam’ salah seorang dari kamu, dan mencukupi dari orang yang duduk bahawasannya menjawab salah seorang dari kamu.’ [Hadith sahih Abu Daud]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment