Tuesday, March 16, 2010

Orang faqir dan syurga kaum Wanita dan neraka

Assalamualaikum,
Dalam post sebelum ini kita telah lihat sepotong hadith yg agak panjang tentang cara dan kaedah mengerjakan Solat Gerhana dan kenyataan Rasulallah (s.a.w) bahawa majoriti penghuni neraka adalah perempuan kerana tidak mensyukuri atau berterima kasih kepada kebaikan dan keikhsanan suami mereka!
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Abi Raja' hadith dari 'Imran hadith dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: 'Melihat aku (i.e. diperlihatkan oleh Allah (a.w) kepadaku) syurga, maka melihat aku kebanyakan (i.e. majoriti) penghuninya adalah orang-orang faqir; dan melihat aku (i.e. diperlihatkan Allah (a.w) kepadaku) neraka, maka melihat aku kebanyakan (i.e. majoriti penghunnya adalah perempuan.' [Hadith Bukhari]
Hadith ini menyebut bahawa Rasulallah (s.a.w) diperlihatkan syurga, dan dia mendapati majoriti penghuninya adalah orang-orang faqir, manakala apakala diperlihatkan pula neraka, maka didapatinya majoriti penghuninya adalah wanita. Mengapa majoriti penghuni neraka itu wanita, kita telah diberitahu antara sebabnya adalah apa yg disebutkan dalam hadith post sebelum ini - isteri yg tidak mensyukuri kebaikan suaminya dalam rumah tangganya. Orang yg faqir adalah orang yg disebutkan di dalam pepatah Melayu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Maksudnya, rezki yg diperolehi oleh orang faqir setiap hari hanya mencukupi untuk menyara diri dan keluarganya bagi hari itu. Tiada baki atau lebihan. Untuk esoknya pula dia perlu mencari pula, kerana tiada lebihan dari rezki hari ini atau tiada baki untuk disimpan untuk esok hari. Di dalam Islam 'faqir. adalah lebih rendah kedudukan sosio-ekonominya berbanding yg miskin. Orang miskin juga susah tetapi mendapat rezki yg melebihi keperluan hari ini, untuk disimpan esok harinya, jikalah tidak dapat mencari rezki keesokan harinya.
Apabila faqir seseorang itu, maka tidak mungkin dia membazir dan sudah pastilah dia amat mensyukuri kurniaan Allah (a.w). Sebaliknya orang yg kaya dan mewah pasti membazirkan rezki yg diperolehinya dengan berbelanja ke arah kebatialn. Atau, dia kufur nikmat sehinggakan mungki beranggapan bahawa yg diperolehinya adalah hasil usaha penat lelahnya dan kerana kebijaksanaannya megurus hidup. Dia berkemungkinan kikir dan bahil, tidak mahu bersedekah atau mengeluarkan zakat atau menginfaqkan sebahagian rezki yg diperolehinya demi membela Islam dan umat Islam. Maka dengan itu, kemungkinan besar dia lupakan amanah Allah (a.w_ pada rezkinya itu, sebagaimana Qarun dan Sya'labah yg tidak mahu mengeluarkan zakat. kalau dizakatkan atau dinfaqkannyapun dia tidak ikhlas atau melakukannya secara riak dan menunjuk-nunjuk pula. supaya disanjung manusia.
Mudah-mudahan hadith ini dpat memberi kita pandua supaya berhati-hati dalam hidup supaya tidaklah kita lupa tanggung jawab terhadap Allah (a.w), insya Allah, amin
Jazakalallhu khairah

No comments:

Post a Comment