Tuesday, March 23, 2010

Bekalan akhirat: Sediakan sebanyak-banyaknya ...

Assalamualaikum,
Saudara, sekali sekala hendaklah kita lupakan dunia dan ingatkan akhirat, atau renungkanlah bekalan untuk akhirat. Sesungguhnya orng yg banyak harta dan ada kemewahan dan mampau menggunakan wang ringgit serta tenaga untuk membuat pelaburan akhirat, buatlah sebanyak mungkin.
Marilah kita renungi pesanan Rasulallah (s.a.w) di bawah ini dan manfaatkanlah sebaik mungkin dan usahakanlah menyediakan diri kerananya:
Diriwayatkan hadith dari Rasulallah (s.a.w) yg bersabda: ' Ada empat perkara yg termasuk dalam kebahagian seseorang (yg Islam dan beriman itu), iaitu (pertama) isterinya yg solehah; (kedua), anak-anaknya yg soleh dan solehah (i.e. baik-baik), (ketiga) teman dan rakan taulannya orang-orang yg baik-baik; dan (keempat) rezkinya dari negaranya sendiri.' [Hadith Ibnu 'Asakar, hadith dari Ali dan ibnu Abi Dunya]
Hadith di atas menyebutkan bahawa kebahagian manusia di dunia itu antaranya adalah memiliki empat perkara berikut:
1. Isteri yg soleh;
2. Anak-anak yg soleh (lelaki) dan solehah (perempuan);
3. Rakan taulan atau sahabat yg soleh dan solehah; dan
4. Rezki yg diperolehi dari negara atau di tempat dia berada.
Jika memiliki empat perkara ini, maka akhiratnya juga akan terjamin. Kerana? Isteri yg soleh akan sentiasalah taat dan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anaknya dengan baik, berdisiplin serta bertaqwa. Anak-anakyg soleh dan soleh pastilah yg taatkan kedua ibu bapanya dan sentiasalah akur dengan perintah keduanya serta mendoakan mereka kesejahteraan dunia dan akhirat untuk keduanya. rakan taulan yg baik pastilah dia nasihat menasihati kita dan mengajak kita mencari keridhaan Allah (a.w), dan memandu kita supaya berbuat kebaikan di dunia. Rezki yg diterima dari negara sendiri pastinyalah lebih berkat dan tahu kita sumber dan punca-puncanya.
Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran bahawa isteri, anak-anak serta harta seseorang itu adalah percubaan(fitnah) dan juga 'musuh' yg getir bagi orang yg beriman ketika di dunia. Jika kita mendapat isteri yg sukakan dunia dan liar dengan akhirat maka suami sebagai pentadbir rumah tangga diancam Allah (a.w) kelak. Dunianya kucar kacir dan akhiratnya mungkin tidak terurus. Begitu juga anak-anak. Berapa ramaikah anak-anak yg tidak kasihkan kedua ibubapanya? Berapa ramaikah anak-anak yg menghabis harta serta kekayaan kedua ibu bapanya yg dibelanjakan ke arah atau dengan tujuan kebatilan yg akan menyiksa kedua ibubapanya? Berapa ramaikah kawan taulan yg mengajar kita atau mengajak kita membuat sesuatu yg batil dalam banyak perkara?
Mudah-mudahan, kita diselamatkan Allah (a.w) dari semua ujian itu dan terus diberi kesempatan untukmemperbaiki diri dan menyediakan diri untuk masa depan kita, insya Allah.
Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment