Sunday, March 21, 2010

Solat: Peringatan ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudari, sebagai seorang wanita saudari mendapat sedikit keringanan dalam solat, kerana wanita yg haid atau nifas tidak dibolehkan bersolat (dan tidak boleh melakukan sesuatu yg mewajibkan wudu' seperti Tawaf mengelilingi Ka'abah. walaupun membaca al-Quran tidak mewajibkan ada wudu', tapi wanita haid dan nifas tidak dibolehkan membaca al-Quran atau membaca surah-suarah atau ayat-ayat al-Quran yg dihafal sekalipun.
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.a) sesunggunya seorang perempuan bertanya kepada Aisyah (r.ah): 'Apakah perempuan yg haid ketika telah suci (dari haidnya) membayar atau mengganti solatnya?' Aisyah menjawab: 'Apakah kamu perempuan Khawairiah?' Pada zaman nabi (s.a.w) kami haid kemudian suci (dari haid) lalu Nabi (s.a.w) memerintahkan kepada kami supaya membayar atau mengganti puasa dan tidak memerintahkan kami mebayar atau mengganti solat.' [Hadith an-Nasa'i]
Dalam hadith ini disebutkan dialog antara seorang wanita dengan Aisyah (r.ah) bertanya tentang permasalahan haid bersabit puasa dan solat. Aisyah (r.a) menjawab bahawa yag diwajibkan Islam adalah membayar puasa yg tertinggal ketika haid (atau nifas) dan tidak mengganti solat fardu yg tertinggal kerana haid (dan nifas). Maksudnya, kalau tertinggal atau ditinggalkan solat dan puasa kerana haid atau nifas, maka yg diwajibkan ganti hanyal puasa dan tidak solat. Maka dengan itulah dalam Islam, kedudukan perempuan itu tidak disamakan dengan lelaki. Kerana, sepanjang hidup lelaki dan perempuan, perempuan akan tertinggal solatnya setiap bula sepanjang umur kesuburannya - kira-kita dari umur 12 atau 13 tahun hinggalah 10-51 tahun. Maka dengan itu dalam Islam dua orang perempuan baru boleh menjalankan tugas sebagai saksi dalam pentadbiran hukum-hukum Islam bagi setiap lelaki, kerana amalan dan ibadahnya kurang berbanding dengan lelaki. Lagipun, dalam islam lelaki adalah ketua keluarga. maka dengan itu, kepimpinan dalam Islam diwajibkan atas lelaki dan tidak dibolehkan oleh perempuan. Justeru itu, perempuan tidak boleh menjadi imam solat, walaupun dikalangan makmum yg kesemuanya perempuan. Imam solat wajib oleh lelaki.
Mungkin ketetapan Islam ini tidak disetujui oleh ramai wanita, termasuklah perkumpulan wanita yg jahil ilmu Islam seumpama 'Sisters in Islam'. Mereka yg menentang ketetapan ini, adalah menentang Allah (a.w) kerana ketetapan sedemikian itu telah ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya.
Wanita haid dan nifas tidak boleh solat. Kalau sudah tus darah haid dan nifasnya maka wajib dia solat. Bila? Jikalah seseorang wanita itu haid sebelum, katalah masuk waktu Zohor atau 'Asar, maka dia tak perlu solat Zohor atau 'Asar. Tapi, jika sudah masuk waktu Zohor atau 'Asar, tetapi dia tidak segera solat, kemudian dalam waktu Zohor atau 'Asar itu dia haid, maka dia tak boleh solat. Dalam kes ini, wanita itu terhutang Solat Zohor atau 'Asar, kerana dia wajib solat tapi tak dikerjakannya ketika dia masih suci. Berdosa dia. JIkalah darah haid atau nifasnya tus, ketika masih ada waktu Zohor atau 'Asar, dan dia tidak mandi junub dan bersolat Zohor atau 'Asar, dan dia hanya mandi selepas luput waktu Zohor atau 'Asar? Dia terhutang satu waktu, i.e. satu solat, Zohor atau 'asar, jika disengajakan maka dia kafir selagi tidak mengerjakan solat selepasnya pula, dan tetap ketika dia bersolat Asar atau Maghrib, wajib dia solatkan dulu Solat Zohor atau Solat 'Asar yg ditinggalkannya kerana belum mandi junub itu.
Di dalam Isalm kita diwajibkan mengerjakan sesuatu solat itu ketika masuk waktunya. Kita tidak boleh leka. Kita abaikan dan tunggu beberapa waktu untuk mengerjakannya. Hnedaklah solat kita utamakan dalam setiap ketika. Kerana, kalaulah kita masih hidup waktu Zohor atau 'Asar, kita leka dan tidak bersolat, kemudian kita mati, maka kita terhutang satu solat, Zohor atau 'Asar, maka kita mati ketika kita kafir, wal iyazubillah. Apakah akibatnya? Kita Islam sepanjang umur kita katalah 30 atau 40 atau 50 atau 60 atau 70 tahun, tapi di saat-saat akhir kita mati kafir?? Semata-mata kerana remehkan satu waktu solat fardu?
Oleh itu berngatlah. Dahlulukan tanggung jawab kita terhadap Allah (a.w) dalam hidup kita, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment