Assalamualaikum,
Dalam Islam sistem kekeluargaan itu amat penting. Suami ada tanggungjawab. Begitu juga isteri ada tanggung jawab. Tanggung jawab isteri adalah mengurus rumah tangga suaminya. Inilah mesej hadith berikut. Malah, mesej yg lebih dari itu disebutkan dalam hadith ini.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Nafi' hadith dari ibnu Omar (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: 'Setiap kamu sekelian adalah pengembala (i.e. pengurus yg bertanggung jawab terhadap) orang yg diurusinya; dan setiap kamu sekelian akan ditanya dari rukyah (i.e. orang-orang yg diurusinya); dan setiap amir (i.e. ketua atau imam jema'ah umat Islam) adalah mengurus (i.e. bertanggung jawab terhadap) rukyahnya (i.e. rakyatnya), dan lelaki pengurus (i.e. bertanggung jawab terhadap) ahli keluarga rumahnya, dan perempuan (i.e. isteri) pengurus (i.e. bertanggung jawab terhadap) rumahtangga suaminya dan anak-anak suaminya (i.e. anak-anaknya); maka setiap kamu sekelian adalah pengurus (i.e. bertanggung jawab terhadap) orang-orang yg diurusinya, dan setiap kamu sekelian akan ditanya dari orang-orang yg diurusinya.' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
Hadith ini memberitahu bahawa setiap seorang kita itu bertanggung jawab terhadap orang yg dibawah jagaannya atau pengurusannya dalam Islam, yakni:
1. Setiap seorang bertanggung jawab terhadap orang yg diurusinya atau yg dijagainya - seperti suami terhadap isteri dan rumahnya, isteri terhadap rumah tangga suaminya dan anak-anaknya;
2. Ketua atau pemimpin (Nota dalam Islam kepimpin adalah tergolong dalam istilah 'ulil amri' dalam Ayat 59, Surah an-Nis'a itu), bertanggung jawab terhadap rakyatnya (i.e. jema'ah di bawah tanggungannya atau tanggung jawabnya);
3, Setiap yg memimpin adalah akan ditanya terhadap mereka yg dipimpnnya kelak di akhirat.
Sebagai contoh: suami akan ditanya tentang rumah tangganya termasuk isteri dan anakanya, bukan setakat rumah untuk berlindung, makan minum harian yg halal, pakaian yg halal dan mencukupi, tetapi juga bekalan ilmu yg membolehkan isteri dan anak-anaknya mengabdikan diri dengan baik kepada Allah (a.w) - dari segi tanggung jawab mengerjakan segala perintah Allah (a.w) dan RasulNya, seperti bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan menginfaqkan sebahaguian rezki yg diterima pada jalan Allah (a.w), mengerjakan amal makruf dan meninggalkan yg mungkar dan sebaaginya, termasuklah menjauhi tegahan dan larangan Allah (a.w) dan Rasul.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment