Assalamualaikum,
Saban hari kita bertemu dengan gelagat manusia, yg Islam dan yg tidak Islam. Kita tidak perlu lihat gelagat bukan Islam, kerana sewajarnyalah mereka itu, penghuni neraka di akhirat kelak, sekiranya mereka tidak Islam. Kita harus lihat orang yg mengakui dirinya Islam dan lebih-lebih lagi beriman. Apakah gelagatnya. Terkadang kita cuba buat perbandingan. Orang yg tidak Islam itu jauh lebih baik semangat kemanusiaannya berbanding dengan yg Islam, walhal sepatutnya adalah sebaliknya!
Ramai orang yg sombong - sombong kerana harta dan kekayaan, sombong kerana ilmu dan kebijaksanaannya, sombong kerana kedudukannya, sombong kerana kemewahannya, sombong kerana status dunianya, kerana gelarannya dan kedudukannya dalam masyarakat. Ada yg sombong kerana keturunannya - kerana dia keturunan diraja, keturunan syed (maka anak daranya tidak diridhainya berkahwin dengan orang biasa). Dan berbagai-bagai lagi. Kita tahu seseorang yg wujud perasaan sobong dan bangga diri itu, tidak akan masuk syurga kecualilah dia bertaubat dan meninggalkan perangai kesombongannya. Ini sering dilupakan oleh orang yg mengakui dirinya Islam. Dalam sepotong hadith disebutkan sesiapa yg ada dalam hati kecilnya kesombongan sebesar zarah (i.e. sebesar debupun), tidak akan masuk syurga!
Apakah yg utama pada Allah (a.w)? Ini diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya berikut:
Diriwayatkan hadith dari Yazid b Asam hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya Allah (a.w) tidak melihat kepada kamu sekelian kepada rupa bentuk (i.e. wajah dan kekacakan fisikal) kamu sekelian dan (Allah (a.w) tidak melihat kepada kamu sekelian) akan harta (atau kekayaan) kamu sekelian, dan akan tetapi Allah (a.w) melihat kepada hati-hati kamu sekelian dan (Allah (a.w) melihat kepada amalan kamu sekelian.' [HadithMuslim]
Oleh itu janganlah kita berbangga dengan sesuatu yg tidak kekal dalam kehidupan kita dan sesuatu yg mendatangkan kemusnahan kepada diri kita dalam kehidupan akhirat kita, jika kita tidak berwaspada. Segala sesuatu yg menentukan kebajikan akhirat kita adalah hati atau kalbu atau keikhlasan kita dalam berbuat segala sesuatu dan kepada amal dan ibadah yg kita kerjakan semasa hidup kita. Timbangan di padang mahsyar adalah bergantung kepada malan yg menepati Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 14, Surah an-Nisa' itu. Walau bagaimana cantiknya kita dan kacaknya kita, tetapi jika buruk amalan kita dan bakhil pula kita dan membazir pula kita dengan harta dan kekayaan kita, maka musnahlah kita di akhirat.
Didalam sepotong hadith disebutkan bahawa orang yg kaya dan mewah itu akan menjalani hisaban yg terperinci, dan merupakakan orang yg terakhir diputuskan mendapat syurga, jikalah dia berjaya dalam hisaban itu. Maka dengan itulah juga dalam sepotong hadith disebutkan bahawa dalam konteks harta yg memanfaatkan kita hanyalah makan yg kita beli dan kita makan, kain baju yg kita beli dan kita pakai sampai lusuh dan infaq fi sabilillah yg kita belajakan wang ringgit kita, yg selainnya milik ornag lain, apabila kita mati. Jika kita kaya, banyak harta danmewah wang ringgit, bantulah golongan yg menegakkan segala kegiatan fi sabilillah, terutama program fi sabilillah tentang program dan proses pengilmuan kepada umat Islam, kerana program sedemikian merupakan pelaburan akhirat yg mendatangkan gandaan pahala yg amat banyak dan berbagi pula. Kerana itulah disebutkan dalam sepotong hadith, apabila mati seorang anak Adam, putuslah amalan dan ibadahnya yg membantu dia demi akhiratnya, i.e. mendapat syurga, kecualilah tiga perkara yg dilakukan semasa hidupnya: pertama, ditinggalkannya anak-anak yg mantap imannya menjadi orang soleh/solehah, berdoa mereka untuk kebajikan akhirat kedua-ibubapanya; kedua, wang yg dibelanjakannya untuk fi sabilillah seumpama sedekah jariah semasa hidupnya, yg mengalirkan pahala baginya; dan ketiga, ilmu yg diajarkannya (atau, yg dia bantu membolehkan ilmu diajarkan) kepada orang Islam yg apabila diamalkan oleh orang yg belajar mengirim mereka pahala kepadanya sehinggalah kiamat dunia. Justeru itu, infaq fi sabilillah yg terbaik adalah dalam dimensi ketiga.Lebihan kekayaan dan hartabenda serta wang ringgit yg kita tinggalkan kpd waris kita adalah ancaman pula apabila disalahgunakan oleh waris dan anak-anak kita, semasa kita tiada di dunia. Oleh itu orang-orang kaya dan mewah antara kita wajiblah berwaspada.
Untuk mengatahui dengan lebih lanjut bagaimana kita boleh 'stretch' serta manfaatkan kekayaan dan kemewahan kita demi menjadikannya pelaburan terbaik untuk akhirat kita, bolehlah berhubung dengan penulis blog ini, untuk dapatkan nasihat, insya Allah.
Semoga kita dapat memahami segala cubaan dunia ini. Mudah-mudahan Allah (a.w) dapat menolong memperingatkan kita sentiasa supaya tidaklah kita lupa dan menganianya diri kita sendiri semasa hidup, ketika melalui kehidupan akhirat semasa di padang mahsyar, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment