Wednesday, March 24, 2010

Rumah tangga: Hubungan suami isteri

Assalamualaikum,
Saudara menyambung sedikit lagi perbincangan kita tentang rumah tangga dan hubungan suami isteri, kita lihat satu amalan orang Melayu dalam usaha mencegah kehamilan apabila berlum bersedia untuk mendapat zuriat atau ingin melambatkan dapat zuriat selepas berkahwin dan sebagainya. Suatu masa dulu suami isteri ditegah mendapat zuriat lebih dari satu di Indonesia. Begitu juga suatu masa di Singapuran dan juga di Cina. Di Malaysia, tidak ada sekatan mengenai perkara ini. Namun banyak amalan masyarakat Melayu untuk mengurangkan zuriat atau menjarangkan zuriat. Ada yg menjadikan mereka syirik kerana percaya kpd bomoh atau dukun dan sebagainya. Selain itu Islam melarang umatnya menggunakan perkara-perkara berikut untuk mencegah kehamilan:
1. Memakai kondom (oleh lelaki)
2. Memakai kondom (oleh perempuan, ie. kondom khas untuk perempuan);
3. Memakan ubat pencegahan hamil i.e. 'family-planning pills';
4. Menggugurkan anak dalam kandungan.
Malangnya di malaysia ini, walaupun pemimpin kerajaan dan amnya kerajaan ingin diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa sebagai model negara Islam, tetapi dasar dan amalannya lebih mirip kpd negara sekular. Dalam perancangan keluarga jelas kerajaan membolehkan sesuatu yg ditegah oleh syariat Islam, itu penjarangan anak atau perancangan anak dengan menggunakan alat-alat atau ubat-ubatan yg tidak dibolehlah oleh Islam. Malah dasar memberikan kondom percuma atau membiarkan kondom dijual di merata tempat, seolah-olah menggalakkan muda mudi melakukan seks bebas!
Kalau Islam melarang kaedah penjarangan anak atau perancangan keluarga dalam bentuk-bentuk di atas itu bagaimana?
Di dalam al-Quran jelas difirmankan oleh Allah (a.w) supaya kita jangan membunuh anak-anak kita kerana takutkan tidak dapat menyaranya, kerana Allah (a.w) yg memberi rezki kepada kita. Malah Allah (a.w) memberitahu bahawa semua yg hidup melata di bumi ini disediakan rezki masing-masing oleh Allah (a.w) untuknya. Justeru itu tidak perlu khuatir tentang saraan terhadap anak-anak. Islam menggalakkan lebih ramai zuriat lebih baik. Malah seorang ibu (dan bapa) yg kematian anaknya 2 atau 3 ketika dilahirkan atau kecil, akan mendapat syurga di akhirat kelak, kerana anak-anaknya akan meminta Allah (a.w) masukkan ibubapanya ke dalam syurga. Dan permintaan itu diperkenankan oleh Allah (a.w) [Hadith].
Bagaimana mencegah kehamilan dalam Islam? Kita teliti beberapa potongan hadith menyebutkan tentang cara yg dibenarkan oleh Islam dalam proses perncangan keluarga:
1. Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari 'Ata' hadith dari Jabir berkata: 'Adapun aku mencabut aku (zakarku) dalam zaman Rasulallah (s.a.w).' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
2. Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari 'Ata' yg mendengar Jabir (r.a) berkata: 'Ada aku mencabut (zakarku) dan al-Quran diturunkan' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
3. Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Jabir (r.a) yg berkata: 'Adapun aku mencabut (zakarku) atas zaman nabi (s.a.w) dan al-Quran diturunkan.' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
4. Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: 'Memperoleh kami perempuan (tawanan perang), maka adapun aku mencabut (zakarku), maka bertanya aku kepada Rasulallah (s.a.w), maka bersabda (rasulallah (s.a.w)): 'Adakah engkau berbuat sedemikian?' Bersabda Nabi (s.a.w) sedemikian tiga kali (kemudian menyambung sabdanya) 'Tiada dari suatu jiwa yg ada akan ada sampai kiamat dunia kecuali akan ada.' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah].
Kita petik 4 hadith dari Sahih Bukhari di atas memberikan kita panduan tentang perancangan keluarga yg dibolehkan dalam Islam. Panduan sedemikian juga boleh didapati dalam kitab-kitab hadith yg enam (i.e. Kuttubul Sittah, iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunnan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan ibnu Majah). [Nota: Apabila blog ini menyebut sumber ilmu mengenai as-Sunnah atau al-Hadith yg haq itu, penulis merujuk kepada Kuttubul Sittah. Sebenarnya dalam perkara ilmu as-Sunnah, terdapat sejumlah 49 kitab-kitab himpunan hadith yg sudah diketahu para ulama' muhadithin yg menumpukan perhatian mereka kepada pengkajian as-Sunnah. Penulis tidak melihat kepada kitab-kitab karangan manusia, kerana itu belum sah kebenarannya, dan lazimnya lebih merupakan pendapat dan taklid semata-mata, dan banyak pula bid'ah atau penambahan atau pembaharuan dalamnya]
Tiga hadith yg pertama menyebut dengan rengkas kalimah 'azal' atau melayunya kaedah 'mencabut (zakar)' itu. Maksudnya, ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, apabila terasa hendak keluar atau terpancut mani, maka dicabutlah zakar kita supaya mani keluar di luar farji isteri. Dalam istilah saintifiknya atau istilah Barat 'coitus interuptus' = mencabut zakar dari farji ketika terasa nak terpancut atau keluar mani.
Dalam hadith keempat itu, disebutkan bahawa dalam zaman Rasulallah (s.a.w), orang Islam berjaya dalam peperangan dan mendapat habuan, selain harta, perempuan atau wanita tahanan. Wanita-wanita tersebut dijadikan hamba oleh orang Islam. Justeru itu, apabila tuan punya hamba mengadakan hubungan kelamin dengan mereka, dan supaya hamba-hamba wanita tersebut tidak hamil, maka diamalkanlah 'azal' itu, i.e. mencabut zakar dari farji ketika terasa hendak keluar mani.
Dalam hadith keempat, ketika Abi Said bertanya kepada Rasulallah (s.a.w), Rasulallah (s.a.w) minta pengesahannya dengan menyebut pertanyannya tiga kali. [Nota: Adalah menjadi kebiasaan oleh nabi (s.a.w) menyebut sesuatu yg memerlukan ketetapan hukum bertanya atau memberitahu sesuatu tiga kali] Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa jikapun dilakukan sedemikian, jika telah ditakdirkan hendak menjadi anak dalam hubungan kelamin sedemikian, dicabut atau tidak dicabutpun pasti jadi jika Allah (a.w) takdirkan jadi. Maksudnya, di dalam Islam amalan ''azal' atau coitus interuptus atau mencabut zakar itu dibolehkan. Kerana, ketika amalan sedemikian dipraktikkan oleh para sahabat, al-Quran tidak pula melarang. [Nota: Jika sesuatu amalan atau perbuatan itu terlarang, kerana Allah (a.w) tahu walaupun tidak dizahirkan oleh manusia. Maka jika tidak dibolehkan oleh Islam, akan turun ayat al-Quran mengenainya].
Saudara Islam melarang seseorang itu menggugurkan anaknya. Jika janin yg berusia lebih dari empat bulan (i.e. 120 hari) di gugurkan maka perbuatan tersebut membunuh satu nyawa, yakni membunuh manusia. Membunuh dalam islam adalah dosa yg amat besar, dosa kedua terbesar selepas dosa syirik. Membunuh seorang islam jatuh kafir, maka nerakalah tempatnya, kecualilah jika dia bertaubat dan Allah (a.w) terima taubatnya. [Nota: Di dalam al-Quran disebutkan bahawa roh manusia itu dimasukkan ke dalam jasad sesuatu janin pada umur 120 hari selepas pensenyawaan (fertilization) antara ovum (telur) perempuan dengan sperma lelaki, dan ketika roh dimasukkan, Allah (a.w) meminta penyaksian (i.e. bertanyakan untuk perjanjian) [Nota: Perjanjian Roh] dari roh tersebut dengan firmanNya Ayat 172, Surah al-A'raf:'
Allah (a.w) berfirman: 'Dan, ingatlah ketika Tuhan kamu (i.e. Allah) menjadikan keturunan anak-anak Adam dari punggung (i.e. tulang sulbi ibubapa) mereka, dan (Tuhan) mengambil penyaksian (i.e. perjanjian) mereka atas diri mereka (dengan firmanNya): 'Bukankah Aku (Allah (a.w)) Tuhan kamu?' Mereka (yakni roh) menjawab: Ya! Kami mempersaksikan (i.e. kami akui, Engkaulah Allah (a.w), Tuhan kami)' Supaya tidaklah kamu katakan pada hari qiamat nanti bahawa 'kami tertegah dalam perkara ini (i.e. perkara mengabdikan diri kepada Allah (a.w) yg esa semata-mata).' [Ayat 172, Surah al-A'raf]
Inilah dia 'Perjanjian roh' kita dengan Allah (a.w). Jika Islam seseorang itu dia tahu bahawa wujudnya perjanjian dengan Allah (a.w) dalam alam roh. Jika tidak Islam mereka, maka tidaklah mereka tahu berjanjian tersebut. Maka dengan itulah manusia itu wajib mencari ilmu supaya faham dia kedudukannya vis-a-vis Pencipta mereka, yakni Allah (a.w). Jika manusia itu kafir, maka kerana kejahilannya terhadap 'Perjanjian roh' itu, rugilah dia. Jika dia tidak Islam kemudian menemui perjanjian ini, maka dia pasti tahu tanggung jawabnya, iaitu wajib dia menjadi Islam.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment