Monday, March 22, 2010

Kepupusan ilmu ...

Assalamualaikum,
Saudara mungkin kita sedar, tapi mungkin kita tidak sedar. Kalau kita sedarpun hanya momentarily atau sekelip mata saja. Zaman akhir sudah lama bermula. Ada banyak tanda-tanda akhir zaman itu bagi mereka yg mempelajari ilmu yg haq dalam Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah, temui dan perhatikan berlaku. Ada banyak tanda-tandanya. Dalam post-post yg lalu kita telah lihat sebahagiannya. Antara tanda-tandanya termasuklah:
1. Zaman jahiliah semakin meresap ke dalam aqidah dan iktikad orang yg mengakui diri mereka Islam. Kini Rasulallah (s.a.w) baru meninggalkan kita hanya 1,400 tahun, kita sudah semakin jauh dari as-Sunnah. Orang ugama dan orang yg akui dirinya berilmu tentang Islam dan syariatnya, kini tidak lagi mahu menyampaikan atau mengajarkan ilmu mengenai Islam tanpa dibayar lumayan tanpa diberi imbuhan yg tinggi. Maka kita dapati ramai orang ugama jadi motivators yg mengenakan bayaran tinggi untuk secebis ilmu darinya. Ramai ahli ugama yg mengutamakan kemewahan seumpama inginkan rumah umpama istana kalau tidak mahligai lengkap dengan kelengkapan moden, dihiasi kereta mewah seumpama BMW dan Mercedes sebagainmana orang-orang bukan ugama meraih keuntungan menjadi 'consultants'. Para ulama' dan ilmuwan Islam menjadi 'consultants' dalam bidang ugama. Islam melarang orang berilmu memperdagangkan atau menjual ilmunya untuk mendapat wang. Ilmu dalam Islam bukan barang dagangan! Orang yg mentadbirkan ugama Islam dan menguruskan hakl ehwal umat Islam pula seperti peguam dan hakim, sudah meniru kaedah penghakiman dan perilaku peguam duniawi, mengenakan bayaran yg tinggi, dan membuat keputusan atas kebijaksanaannya sendiri dalam menentukan hukum Islam. Mereka tidak lagi merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. d
Dalam bidang ekonomi dan kewangan, kita akan dapati biayaan ala-Islam yg kononnya tanpa usury (i.e. riba) sebenarnya tetap wujud hanya yg membezakannya adalah istilah yg esoterik dan kononnya ada 'akad' antara peminjam dan pemberi pinjam, namun dalam kesemua dimensi tetap tidak berbeza serta kadar bayaran balik pinjaman jauh lebih berat dari sistem sekular. Ini berlaku kerana mereka yg menjadi perunding perbankan Islam sebenarnya jahil tentang sistem kewangan Islam maka mereka gunakan sistem tradisional kewangan dan perbankan dan bubuh label 'Islamic' dengan menggunakan pelbagai istilah yg sebenarnya mereka tidak faham dan faqih mengenainya, untuk menjadikan sistem dan kaedah kononnya adalah Islamic atau 'syariat-complied financial systems'!
2. Ilmu mengenai Islam dan syariatnya sudah begitu tercemar dengan banyak serta meluas sehinggakan, kita boleh samakan apa yg berlaku dalam Islam sekarang kini sama dengan apa yg berlaku kepada masyarakat Bani Israil, selepas wafatnya Musa (a.s) apabila Kitab Taurat diubahsuai dan dipinda oleh cerdik pandai Yahudi, sehinggakan keaslian Kitab Taurat hanya sedikit yg kekal. Dan, menyerupai apa yg berlaku kepada ajaran dalam Kitab Injil, selepas Isa (a.s) diangkat ke langit, maka masyarakat Kristian telah mengubah pinda Kitab Injil menjadi The Bible, yg sama sekali tidak sama dengan Kitab Injil yg diturunkan Allah (a.w) kepada Isa (a.s). Dalam Islam, walaupun belum ada al-Quran yg telah diubah atau dipinda, namun begitu banyaknya kitab-kitab ugama yg ditulis oleh para ulama' dan ilmuwan Islam yg merasai mereka lebih berilmu dan pintar menjelaskan perintah dan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulalah (s.a.w) dalam as-Sunnah, yg dalam banyak hal berlainan atau berbeza dengan apa yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Kemudian kitab-kitab karangan ini dijadikan pula teks wajib dalam sistem pengajaran dan pengajian ilmu mengenai Islam dan syariatnya, sehinggakan majoriti umat Islam hari ini belajar Islam dan syariatnya bukan menggunakan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi teks atau kitab karangan manusia. Akibatnya samalah seperti meminda ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w)! Tidak hairanlah pula kita dapati begitu banyaknya amalan dan ibadah umat Islam, yg jika ditelek atau diaudit mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, begitu berlainan dan begitu berbeza dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Tidak lama lagi, kita akan temui masyarakat Islam yg tidak merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam menganuti ugama Islam tetapi merujuk kepada kitab manusia menjelaskan atau memberitahu perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w). Jika demikian, jadikan umat Islam sebagaimana umat-umat zaman selepas kewafatan Musa (a.s) dan selepas diangkat Isa (a.s) ke langit. Manusia yg 'cerdik' mengubah syariat ugama yg asli dan murni, membelakangkan sumber ilmu yg haq serta panduan hidup yg haq, mengambil catatan manusia.
3. Ilmu yg haq mengenai Islam dan syariatnya - al-Quran dan as-Sunnah - akan pupus kerana dua sebab utama: pertama, orang yg berkuasa dalam ugama tidak membenarkan ilmu yg haq itu disampaikan atau diajarkan kepada orang Islam. Kalau nak diajarkan diwajibkan penyampai mempunyai 'tauliah', dan tauliah itu ditimbangkan sama ada wajar diberikan atau tidak oleh orang yg ilmunya belum sempurna serta mampu menilai orang orang yg lebih sempurna ilmunya. Apabila pentauliahan bersandarkan pula konvensyen dan amalan serta pandangan majoriti, maka semakin sukarlah ilmu yg haq disampaikan. Maka akan terjadilah apa yg dikatakan oleh Sulaiman al-Farisi sepotong hadith yg menyebut bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu:' Tidak henti-hentilah manusia itu mendapat kebaikan selama ada orang-orang yg awal (i.e. generasi tua) mengajarkan mereka ilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah) kepada orang yg terkemudian (i.e. generasi muda), maka ketika mati orang-orang terdahulu (i.e. generasi tua, yg berilmu dan faqih tentang Islam dan syariatnya) sebelum bahawasnya (sempat) mengilmukan orang-orang yg terkemudian (i.e. generasi muda yg jahil tentang Islam), maka rosaklah manusia (i.e. hancurlah masyarakat Islam).' [Hadith ad-Daramiu]
Dan, apakala pihak berkuasa ugama membatasi pula proses dan program pengilmuan sedemikian kerana pelbagai pertimbangan strategik yg batil, maka semakin tenatlah umat Islam dalam konteks kejahilan mereka itu. Kedua, kerana membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah, maka banyaklah amalan dan ibdah yg sama sekali berlainan serta menyimpang dari keaslian ilmu dalam Islam. Kalau kita teliti amalan dan ibadah umat Islam hari ini, lihat apa yg diajarkan oleh kitab-kitab dan buku-buku panduan yg ditulis oleh para ulama' dan ilmuwan, serta kita bandingkan pula dengan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, kita lihat begitu banyak bezanya. Mungkin kita lebih cepat memasuki zaman jahiliah berbanding dengan orang-orang dulu?
Manusia zaman selepas Musa (a.s) hanya menjadi kufur dan jahil serta sesat selepas Musa (a.w) wafat lebih dari 800 tahun. Namun, masrakay Bani Israil masa itu dipandu oleh beberapa orang nabi pula. Begitu juga, masyarakat Barat yg diajarkan Injil hanya menjadi sesat dan kufur terhadap ugama Allah (a.w) selepas 600 tahun. Orang Islam sudah mula memasuki zaman jahiiah semula selepas ditinggalkan Rasulallah (s.a.w) awal-awal lagi, kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu perpecahan umat Islam dalam iktikad itu timbul kerana mereka tidak berpandukan panduan Rasulallah (s.a.w). Maka orang islam sekarang samalah sebagaimana orang Yahudi dan Kristian sekarang yg mengaku mereka pengikut Musa atau Isa, walhal, mereka sudah sangat jauh dari ajaran Musa atau Isa. Orang Islam sekarang ini sudah hampir menyimpang jauh dari ajaran Rasulallah (s.a.w). Walhal ajaran Rasulallah (s.a.w), sebagai 'uswatun hasanah', adalah yg wajib dijadikan panduan dalam Islam.
Renungkanlah, yg untung dan selamat adalah mereka yg kekal berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan yg rugi dan merana kelak adalah orang Islam yg berpandukan ajakan serta panduan manusia dan kitab-kitab karangan manusia. Pilihlah. Hanya ada dua kesudahan bagi manusia, iaitu segolongan orang Islam akan masuk neraka dan segolongan lagi masuk syurga. Semua bergantung pada pilihan mereka. Tidak ada jalan tengah ... Berwaspadalah. Jadilah orang yg bijak memilih, insya Allah.
Jazakalallahu khairah.

2 comments:

  1. Tuan,

    1. Kata mereka, "kalau boleh bayar penyanyi ribu ribu, kenapa tak boleh bayar ustaz atau ustazah macam tu. Kita pun nak rasa pakai BMW ke Mercedes juga, apa salahnya. Lagipun, kita kena invest tau", bukan senang nak sampai tahap 'ustaz penghibur'.

    2. Lagi kata mereka, "kita ikut nabi, ikut al quran dan sunnah, ala itu semua masaalah 'furu', kan ke ada hadis yang mengatakan sesiapa yang melafadzkan 'syahadah' akan masuk syurga."

    Kata saya ... kalau insan di muka bumi ini faham akan sebab musabab mereka dijadikan, Allah SWT tidak akan perlu menyediakan . Nanti siapa pula yang nak jadi gang iblis laknatullah?

    Hidayah itu hak Allah SWT, keikhlasan hamba hanya datang dari ilmu yang HAQ.

    ReplyDelete
  2. Pembetulan pada post terdahulu.

    Kata saya ... kalau insan di muka bumi ini faham akan sebab musabab mereka dijadikan, Allah SWT tidak akan perlu menyediakan NERAKA.

    Orang orang yang mengaku Islam, tetapi tidak melaksanakan 'PERINTAH' serta menjauhi 'LARANGAN', kan ke ancamannya menjadi bahan bakarnya api neraka.

    Na u'zubillah min zalik

    ReplyDelete