Tuesday, March 16, 2010

Hak isteri terhadap suaminya ...

Assalamualaikum,
Dalam berumah tangga itu, suami ada hak terhadap isterinya dan isteri ada hak terhadap suaminya, yg masing-masing perlu dilunaskan hak-hak tersebut.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... Abdullah b Amru b 'As berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Wahai Abdullah! Adakah tidak diberitahu kepadaku bahawasanya engkau puasa di siang hari dan berdiri (i.e. bersolat) di waktu malam?' Maka berkata aku (Abdullah): 'Benar! Wahai Rasulallah (s.a.w).' Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Maka janganlah engkau berbuat sedemikian! Berpuasalah kamu dan berbukalah kamu; dan berdirilah (i.e. bersolatlah) kamu, dan tidurlah kamu. Maka sesungguhnya jasad (i.e. tubuh) engkau atas engkau ada haknya, dan sesungguhnya mata kamu atas kamu ada haknya, dan sesungguhnya isteri engkau atas kamu ada haknya.' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
Hadith ini menceritakan bahawa sampai kepada pengetahuan Nabi (s.a.w) bahawa Abdullah b 'As b 'Amru adalah seorang yg warak, sehinggakan dia sentiasa berpuasa (sunat) di siang hari dan pada waktu malam harinya pula dia bersolat (sunat), tanpa berhenti. Abdullah adalah seorang ahli ibadah, yg merasakan dia mampu berpuasa setiap hari dan mengerjakan solat sunat pada setiap malam. Maka Nabi (s.a.w) menasihatkannya tiga perkara: pertama, janganlah dia meneruskan amalannya itu - berpuasa siang hari dan bersolat malam ketika malam setiap hari. Kedua, Nabi (s.a.w) memberitahu bahawa tubuh badannya ada hak, i.e. perlukan rehat, dan matanya juga ada hak perlu tidur yg cukup, dan isterinya pula ada hak terhadapnya dalam rumah tangga. Ketiga, hendaklah dia berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari, dan mengerjakan solat malam, dan berehat atau merhatkan matanya. Juga, isterinya wajib dilayaninya, dan jangan meninggalkannya tanpa diberikan hak kemesraan dan sebagainya terhadap isterinya.
Abdullah b 'Amru b 'As kebetulan baru mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yg bukan sahaja cantik tetapi juga dari golongan keluarga yg hebat. Tetapi, sering diabailkannya atau dibiarkannya tanpa dilayan sebagai isteri yg muda lela kerana dia lebih cenderung untuk beribadah sebanyak mungkin kerana ketaqwaannya kepada Allah (a.w). Dia tidak bersama dengan isterinya (i.e. tidak memberikan nafkah batin kepadanya).
Ada dua mesej utama dalam sabda Rasulallah (s.a.w): pertama, seseorang yg Islam dan kuat imannya serta ketaqwaannya itu tidak boleh mengerjakan ibadah sehingga boleh memudaratkan jasmaninya; dan kedua, seorang suami itu hendaklah dia melaksanakan tanggung jawabnya kepada isterinya dalam konteks memberikan nafkah batin, supaya jangan dibiarkan isteri itu sentiasa mnerasa tidak diindahkan atau tidak dikasihi atau disayangi. Hendaklah ada masa diluangkan untuk bermesra dengan isterinya. Abdullah mampu memberikan nafkah zahir - rumah, makan minum dan pakaian, tetapi dia mengabaikan tanggung jawab batin terhadap isterinya.
Mudah-mudahan hadith ini dapat dijadikan panduan bahawa sekiranya kita ingin membanyakkan amalan dan ibadah, kita tidak lupa dengan tanggungjawab keduniaan seumpa menjaga kesihatan tubuh badan serta melaksanakan tanggung jawab sebagai suami terhadap isteri kiya, insya Allah, amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment