Assalamualaikum,
Saudara dalam blog ini kita belumpun cerita tentang puasa. Puasa adalah ketetapan ketiga dalam 'Rukun Islam', selepas bersyahadah dan solat. jangkaannya, tahun ini puasa akan jatuh pada bulan Ogos nanti, lama lagi tapi masa akan pantas berjalan, insya Allah, kita akan temui sekali lagi Ramadhan. Tapi, sebagai seorang yg beriman, mungkin saudara ingin mengrjakan Puasa Sunat, kerana puasa sunat itu memberikan ganjaran pahala yg besar pula, sebagai pelaburan akhirat kita, dan sebagai mencukupkan lompang-lompang puasa Ramadhan yg kita tertinggal atau senagaja tinggalkan masa lampau! Puasa sunat, semasa hisaban, dapat menutupi lompang-lompang puasa wajib yg kita tertinggal itu, insya Allah.
Hari ini pelbagai cara orang nak kuruskan badan dengan menggunakan berbagai ubat-ubatan dan sebagainya. Ada yg masuk realiti program macam 'Wipeout' AXN. Nape tidak puasa aje, [asti boleh menguruskan badan, melangsingkan badan serta mendapat pahala pula.
Ada berbagai jenis puasa sunat yg boleh kita kerjakan dan mendapat manfaat dalam bentuk pelaburan akhirat, seperti:
1 Puasa Arafah pada 10 Zulhijjah;
2. Puasa dua hari sebulan setiap hari Isnin dan Khamis setiap bulan, seumpama berpuasa sepanjang tahun;
3. Puasa tiga hari sebulan, iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 bulan-bulan Hijriah, seumpama berpuasa sepanjang tahun;
4. Puasa Asyura pada 9 dan/atau 10 Muharram;
5. Puasa enam hari dalam bulan Syawal setelah selesai berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan (mendapat syurga); dan
6. Puasa yg terbaik dan yg paling disukai Allah (a.w) selepas Puasa Wajib bulan Ramadhan adalah 'Puasa Nabi Daud (a.s)'.
[Nota: Tidak ada puasa 'Tiga Bulan' pada bulan Rejab, Sya'ban dan disambung dengan Ramadhan dalam syariat Islam.
Insya Allah kita akan teliti setiap suatu ini kemudian kelak supaya saudara lebih faham tentang puasa sunat, ganjaan pahalanya serta kefadhalannya untuk kebahagian akhirat kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment